About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, February 21, 2012

109#Ai no Kotoba ~ Blogger Atau Novelis?


Blogger atau novelis? Aku pilih dua-dua! Dua-dua sastify me walaupun ada pros & cons. Tak kira blogger ataupun novelis, kedua-duanya aku suka. Kalau blogger, update aje mana yang korang suka hatta letak gambar sekeping aje. Kalau novelis, korang kena ambil masa yang lama nak siapkan manuskrip korang dan kena sanggup korbankan banyak masa semata-mata nak siapkan manuskrip tu. Blogger senang aje. Entri pendek sejemput pun dah boleh update blog. Iya dak?


Jadi blogger & novelis pun membolehkan apa yang aku nak sampaikan dalam penulisan. Aku memang minat menulis. Sejak aku sekolah rendah lagi aku minat dengan subjek bahasa ni. Tak kiralah Malay, English or Japanese. Ingat senang ke nak menghafal tiga bahasa tu semua? Okey, aku ter-over. Abaikan.

Mula-mula aku jadi blogger, masa aku Form 3. Aku ingat lagi bulan berapa. Pertengahan Ramadhan tahun tu. Tu pun sebab aku terbaca e-novel best kat blog Finding Mr. Glasses. Tiba-tiba aje rasa cam nak ada blog sendiri dan mula menulis novel. Aku jadi novelis tak bertauliah pun masa tu juga. Novel Lovin' You tu aku tulis *taip sebenarnya sebab aku memang akan taip terus dalam Word* pakat hentam kromo aje. Tak susun pun storyline camne, nak progress camne. Yang aku tau, aku nak starting dia camni dan ending dia camtu. Bolehlah aku jadi blogger & novelis masa hayat aku semput aje sebab PMR dah dekat *jangan tiru macam aku*


Alhamdulillah, novel hentam kromo aku tu bolehlah diterima orang even macam mengarut aje kerja aku tu. Aku siapkan Lovin' You pada minggu terakhir 2009 dan kawan-kawan gesa aku hantar manuskrip tu. Aku cuba ajelah and memang tak fikir langsung pasal ni. Pertengahan tahun 2010 tu tetiba aje aku dapat e-mel daripada Kaki Novel Enterprise. Sayang KN sebab tolong realisasikan impian aku even dengan manuskrip yang entah apa-apa tu. 

Berbalik pada blogger pulak, sebab aku bertapa kat asrama since Form 1, jadi kerjaya sebagai blogger tu agak terhad. Ha ha ha :D . Mana taknya, bukan senang tau nak update blog bila aku bertapa kat sana. Nak blogwalking kat blog yang best-best pun lagilah tak boleh. Bila masuk zon lepasan SPM ni barulah aku boleh nak aktif blogging balik. Chill~ I love blogging. Lepas aku touch up blog aku ni kasi cantik sikit *pandangan aku ajelah. tak tau korang rasa cantik ke tidak*, entri aku untuk Februari ni dah nak masuk 40 entri. Ha ha. Tak pernah lagi aku buat camtu. Benda remeh temeh pun aku post. Tak apalah, my blog is my territory, kan? Ha ha.

Jadi, aku suka dua-dua. Blogger dan novelis sama-sama jadi pilihan aku. Chill~

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

22 book page(s) ♥:

Pupel Liyana said...

dari berblog kita leh asah bakat kita nanti leh jadi novelis. (ceh angan2 pupel masa dulu2 nak jadi novelis juga tapi asik typo dan salah eja je terus lupakan hasrat tu)

Haruno Hana 하나 said...

hehe~ betul3... takpela, Cik Pupel jd top blogger pun dh okey~ kalo ada peluang, try la jadi novelis.. mana tau rezeki ada gak kat bidang tu ^_^

cinta siswi said...

siswi suke menulis.. tp xleh jd novelis.. kejap lg xde halangan pun.. semua bahagia..hikhik..

#loving u the best.. suke3.. :)

ms hidden said...

dua-dua pun best..penulisan hana pun baik jadi boleh jadi penulis la lepas ni..salam sua kenal..

hidden follow sini..:)

eyqa amin said...

me prefer blogging. sebab me suka baca novel.
berminat nak wat create sometink, tp....radiasi kemalasan..fuh!!

better me berblogging jer :D

btw, hope u'll sukses ea :)

Haruno Hana 하나 said...

cinta siswi> hehe~ ni mesti kes Cik Siswin tak nak ada konflik ni sbb kesian kat hero & heroin.. hehe ^_^

ms hidden> alhamdulillah.. apa pun Hana rasa kena pertingkatkan lagi penulisan Hana.. insya-Allah.. thanks follow..

eyqa amin> hehe... kalo Hana malas memang tak berjalan lah manuskrip tu.. tapi selalu juga kena radiasi kemalasan tu.. haha.. thanks for the support :)

Nyue said...

nyue suka dua2 gak...tp depend dgn mood...huh..

biQa Hatmin said...

wah itu novel hana ke???? bestnyeee....hehehe

Ayumi Comot said...

wah, novelis jugak upernye..bagus2..ayu suke kumpul novel..mane tahu kot2 nnt leh kumpul yg haruno hana sekali kan?hihi..

Haruno Hana 하나 said...

nyue : high five!!! hehe :D

biqa : hehe~ gambar novel ada kat link Me kat About Me ^_^

Haruno Hana 하나 said...

Ayumi : Hana pun minat baca novel asalnya.. hehe.. insya-Allah, kalo Ayu berusaha & tawakal, Ayu pun boleh jadi novelis juga :D

Fadhila Hassan said...

so sweet laa novella niey..hehehe :)

Haruno Hana 하나 said...

Fadhila : dah pernah baca ke? hehe :) thanks ;)

O CIKTEDDY said...

cik penah tlis novel tp lama dlu..hehe dh asing kat blog lain tp skrg dh x aktif tulis novel..^__^

Haruno Hana 하나 said...

Cik Teddy : atas minat org kan? hehe~ thanks sudi singgah :D

mohdhazlan Dreadlock said...

gudluck utk apa pun yag kamu mahu jadi :)

aisya said...

la patut la mcm pernah dgr nama kamu ni.. baca jugak Lovin' You tu.. tp mcm xhabis je.. x ingat plak knape.. pinjam novel kwn kot time tu.. =)

Haruno Hana 하나 said...

mohd hazlan : thanks ^_^

aisya : hehe~ novel picisan aje tu.. tak rangka baik2 pun progress novel tu.. hehe.. apa pun, thanks sudi baca ^_^

mirmashi94 said...

wahh , hebatt . muda2 dah jadi novelis . tabik :) . tahniah ye ! ^^

Haruno Hana 하나 said...

mirmashi94 : alhamdulillah, rezeki saya.. tapi takleh tanding novelis lain lagi.. hehe.. thanks :D

Syifa' Nur Iman said...

Wah! hebatlah Kak Hana time PMR pun smpt buat novel. Klu Syifa'... berserabut dah wayar otak nie sbb dgn Prep, KOKO, Usrah dan KKQ masa tahun lepas. Hehehe~

Haruno Hana 하나 said...

@Syifa' Nur Iman akak aktif PBSM aje masa tu ^_^ sbb tu ada byk masa..

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)