About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Wednesday, February 1, 2012

76#Ai no Kotoba ~ Cerita Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan dan...


Hana nak kongsi cerita kali ni *ter-excited nak update new entry lepas blog cantik. This is a story 'bout Cinta, Kekayaan, Kecantikan, Kegembiraan & Waktu. To be frank, I love this story since I first reading it. I was a elementary schooler when I first learnt this story. Cerita ni dah lama and I thought maybe most of you dah tahu cerita ni. Gara-gara Encik Ben , my high school friend post cerita ni kat FB, I thought 'bout this story again and again. Here goes the story...



Ada sebuah kisah.... kisah ini mengenai Cinta, Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan yang tinggal di sebuah pulau. Pada suatu hari, tsunami dikhabarkan akan melanda secara tiba-tiba. Kesemua mereka meninggalkan pulau tersebut dengan perahu masing-masing. Tetapi, Cinta tidak dapat menyelamatkan dirinya kerana hanya Cinta yang tidak ada perahu. Cinta meminta bantuan daripada Kekayaan, Kecantikan dan Kegembiraan.

Cinta : Kekayaan, selamatkanlah aku...
Kekayaan : Maaf, perahuku sudah penuh dengan harta benda dunia.
Cinta : Kecantikan, selamatkanlah aku...
Kecantikan : Maaf, perahuku terlalu cantik untuk dinaiki oleh orang seperti kamu.
Cinta : Kegembiraan, selamatkanlah aku...

Akan tetapi, Kegembiraan terlalu gembira kerana dia berjaya menyelamatkan dirinya sehingga dia terlupa akan keadaan Cinta. Maka, Cinta menanti di tepi pantai seorang diri sedangkan tsunami sudah hampir tiba. Kemudian, muncul seorang Lelaki Tua dengan perahunya yang usang.

Lelaki Tua : Marilah naik bersamaku, akan kubawa kamu ke tempat yang selamat.

Meskipun Cinta ragu-ragu akan pelawaan Lelaki Tua itu, Cinta tetap naik. Akhirnya, dia selamat tiba di sebuah pulau baharu. Kemudian, Lelaki Tua itu beredar sebelum sempat memperkenalkan dirinya kepada Cinta. Maka, Cinta bertanya kepada penduduk asal di pulau baharu itu.




Cinta : Siapa dan mengapakah dia menyelamatkanku?
Penduduk Kampung : Dialah Waktu. Dia menyelamatkanmu kerana sesungguhnya hanya Waktu yang dapat mengerti harga sebuah Cinta.





See? Bestkan cerita ni? Sebelum ni Hana baca dari buku bergambar. Feelings lain sikit ;)


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

0 book page(s) ♥:

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)