About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, February 11, 2012

96#Ai no Kotoba ~ [Review] Cardcaptor Sakura


Ada sesiapa yang tak kenal Kinomoto Sakura? Kalau aku sebut nama penuh dia, maybe korang tak kenal sangat kot. Tapi, maybe kalau aku sebut Cardcaptor Sakura, mesti 99.99% kanak-kanak Ribena akan angkat tangan. Bukan setakat kanak-kanak Ribena aje, orang tua macam aku ni *coughs* akan mengaku kenal dengan anime ni. Err... bukan tua sangat sebenarnya. Cuma kalau nak diikutkan, umur cam aku ni mana sesuai nak layan anime lagi dah. Bukan aku yang cakap camtu! Mama aku yang cakap, " Kakak ni macam budak-budak. Asyik dok tengok citer kartun ni aje lepas SPM ni." Maafkan daku, mama. Memang kakak ni anime freak sejak zaman sekolah rendah lagi.



Aku ingat lagi, pada zaman dolu-dolu *gaya cam lama sangat aje*, anime ni pernah ditayangkan kat ntv7. Boleh kata aku memang tak lepas tengok anime ni. Sakura yang cute, Kero yang sengal dan Syaoran yang turut sama sengal aje bab gaduh dengan abang Sakura. Oh ya! Tak lupa juga dengan Tomoyo yang ayu aje gayanya.



Tak tahu anime ni pasal apa? Kenapalah ketinggalan Shinkansen sangat korang ni? Apa? Tak pernah tengok? Okey, maybe sebab anime ni dah lama sangat kot. Okeylah, meh aku cerita. Anime ni hasil kerja CLAMP, satu kumpulan mangaka yang banyak menghasilkan anime dan manga yang best-best. Antara hasil kerja diorang termasuklah xxxHOLiC, Tsubasa Chronicle, Magic Knight Rayearth, Angelic Layer etc. 

Cardcaptor Sakura ni mengisahkan Kinomoto Sakura yang secara tak ter-sengaja melepaskan semua Clow Card, iaitu kad-kad yang mempunyai kuasa sihir yang dicipta oleh Clow Reed, seorang magician yang superb hebat. Clow Reed ni pulak dah lama mati.




Alkisahnya begitu, jadi Sakura terpaksa kumpulkan balik semua Clow Card yang dah terlepas tu. Setiap cerita mesti ada sidekick kan? So, Kero Beros atau nama manjanya Kero, penjaga Clow Card tu lah yang bertanggungjawab menolong Sakura masa nak kumpul balik semua kad-kad tu. Secara kebetulan pulak, Daidouji Tomoyo, Sakura's BFF tahu pasal rahsia ni. Tomoyo ni memang akan WAJIB rakam semua aksi Sakura masa nak tangkap kad-kad tu. Tomoyo juga akan reka battle costume yang super cute untuk Sakura even Sakura tak minta pun semua tu. 

Antara battle costume yang jadi favourite aku







Tak lama kemudian, datanglah seorang budak lelaki dari Hong Kong dan bersekolah sama dengan Sakura. Rupa-rupanya budak tu dari keluarga Clow Reed, belah mak Clow Reed rasa-rasanya sebab Clow Reed tu kacukan Inggeris-Timur *dah lupa Jepun ke Cina*. Lee Syaoran ni kiranya rival Sakura untuk dapatkan semua Clow Card tu lah.




Sakura & Syaoran yang comel :D

Okey, aku malas nak cerita panjang-panjang. Anime ni semua sekali ada 70 episod. Tu pun tak termasuk dengan OVA sekali. OVA Cardcaptor Sakura : The Sealed Card pun best. Dalam OVA tu, Sakura and Syaoran sweet sesangat *senyum lebar*.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

2 book page(s) ♥:

Syifa' Nur Iman said...

Saya suke sangat cerita nie. Baru2 ni saya ada beli VCD nya di Popular. Beli tengok je cerita nie... terus terimbau kenangan dulu2. Rindu tahap giga+tera.

Haruno Hana 하나 said...

kan? comel aje mereka tu ;D

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)