About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, March 6, 2012

140#Ai no Kotoba ~ Segmen : Secebis Kata Untuk Ibu Bapaku


Baca baik-baik tak tajuk segmen tu? Kali ni Hana ditag oleh Aisya juga. Segmen ni khas untuk sesiapa yang mahu mengatakan apa-apa sahaja mengenai parents mereka sebagai tanda penghargaan.Yalah, rasanya ramai jugak yang segan nak ucapkan apa-apa pada parents mereka, macam Hana *kantoi*. Apa pun, tu tidak bermakna yang korang tak sayangkan parents korang, kan? 

Mul-mula, nak tag Kak Dila dan Cik Fiza.


Nak join? Klik aje banner tu. Harap korang support Inche Hanafi sebab ni first segmen dia ^_^
So, lets begin!

Hana merupakan anak sulung daripada lima beradik. Walaupun abah hanyalah seorang guru dan mama pula suri rumah biasa, tetapi Hana cukup bersyukur dengan apa yang kami miliki sekarang. Alhamdulillah. Yes, I admit yang kami tak berada macam kebanyakan orang lain. Tapi, makan pakai kami cukup. Kalau ada masa, mesti abah bawa kitorang pergi jalan-jalan atau makan kat luar. Abah seorang bapa yang penyayang, dan cukup payah untuk memarahi kami. Mama pun begitu. Kadang-kadang, kami macam kawan aje.

Abah seorang yang suka menyakat. Dan Hana lah mangsa utamanya, selain Neesa *adik bongsu Hana :D* Hari-hari mesti nak sakat Hana dan kitorang akan bergaduh. Bukan gaduh macam yang korang fikirkan, alah... gaduh-gaduh manja. 

Mama pula seorang yang sporting tapi akan marah kalau kami adik beradik lambat solat dan sebagainya. Seawal umur 9 tahun lagi, Hana disuruh belajar pakai tudung dan alhamdulillah, masuk umur 10-11 tahun, tudung terus melekat kat kepala, dah tak ada buang-buang dah.

Hana tak pandai nak kongsikan apa-apa di sini, cuma Hana memang sayangkan mama dan abah Hana walaupun Hana jarang mengucapkannya. Dah macam-macam perkara yang mereka buat untuk kami adik beradik selama kami hidup. Perkara yang basic, kehendak kami, insya-Allah akan dipenuhi selagi tidak membebankan mereka. 


Kakak doakan mama dan abah sentiasa dalam rahmat-Nya, iman sentiasa menyinari kehidupan kita dan keluarga kita akan kekal harmoni seperti sekarang dan tahun-tahun yang lepas. Amin.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

CiK FizA said...

Tengs tag dear~ InsyaAllah nnt akak join ye :))

**Moga family adek bahagia selalu n sentiasa berada dlm lindungan Allah SWT. Amin amin amin... :)

Mohamad Hanafi said...

Coretan papan kekunci Hanafi;
Amin....
Memang susah nak gambarkan penghargaan untuk mereka yg kita cintai secara face to face,,, menulis merupakan salah satu cara terbaik untuk meluahkannya... Tahniah, best baca entri ni... Bahasa x complicated...
Terima kasih join segmen :D
K.I.T ok :)

Mohamad Hanafi said...

http://hanafisjourney.blogspot.com/2012/03/pengumuman-mengenai-segmen.html

lin~ said...

kasih sayang ibu bapa bukan terletak pada kemewahan hidup.
bersyukurlah dengan anugerah cinta dan kasih yang Allah kurniakan dalam keluarga kita (:

nak tengok ibu bapa bahagia dan menangis kegembiraan?
jom hadiahkan mereka kejayaan yang menggunung.

seringkali jugalah kita ucapkan terima kasih kpd mereka. mungkin segan utk diucapkan dngn kata2, jadi ucapkanlah dgn gurauan (:

terima kasih

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)