Thursday, March 29, 2012

194#Ai no Kotoba ~ Segmen Cik Mun : Dia Pilihanku... Cikgu!




Hari ni baru berkesempatan nak join segmen Cik Mun yang ni. Sorry Cik Mun. Sibuk sangat sekarang ni. Semalam pun dari pagi sampai 7 malam baru ada kat rumah. He he. So, jom mulakan segmen kita. 

Tagging :

Jadi, Hana nak kenalkan cikgu kesayangan Hana iaitu Cikgu Naeimah. Guru penasihat PBSM Maher dan guru Kimia selama dua tahun. He he.

yang berkurung hitam tu Cikgu Naeimah. gambar ni masa Anugerah Ko Kebangsaan tahun lepas, kat Kuching, Sarawak

Ada banyak sebab Hana sayang beliau. Masa mengajar beliau memang tegas. Tapi sampai aje waktu kokurikulum PBSM, asyik ketawa aje dengan lawak bersahaja beliau. Sampaikan ada pelajar sekelas Hana yang tak percaya Cikgu Naeimah jenis lucu camni.

Cikgu pun banyak tolong kami dalam menguruskan hal BSM Maher. Tapi itu tak bermaksud yang cikgu uruskan semuanya. Cikgu hanya beri arahan dan petunjuk, kami yang uruskan. Alhamdulillah, dapat juga merasa pergi Sarawak secara free tahun lepas sebab BSM Maher mewakili Kelantan untuk Top 5 Unit Beruniform yang aktif.

Cikgu pun seorang yang pemurah. Bab ni memang kami tahu sangat. Bawak pergi pasar malam, ajak pergi shopping raya, ajak pergi makan kat luar, beli KFC untuk kami, memang kerja kami ni macam nak habiskan duit cikgu aje. He~he~he~. Tapi cikgu buat semua tu untuk ahli aktif aje. Sebagai tanda terima kasih sebab tolong cikgu dll. 

Thanks cikgu! Jasamu dikenang. Alhamdulillah dapat A untuk subjek cikgu. He he.

nota comel : Kalau jadi, Hana akan jadi volunteer kat Kem BSM Daerah Kota Bharu 10-12 April ni. Insya-Allah. Nak sangat join. He he. Kerja volunteer ni best tau. Macam-macam pengalaman yang kita boleh dapat. 

1 comment:

  1. zaman sekolah la yg paling best.. huhu.. dah lama giler tinggal skolah, rasa mcm baru je semalam habis spm.. =(

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News