About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Thursday, May 10, 2012

291#Ai no Kotoba ~ ALERT Muslim! Jom Report Page Ni!





Mula online awal pagi tapi dah buat Hana mengucap panjang. Mula-mula sebab terbaca status Liyana Izzati pasal Edward Martin Jesus. Seorang lelaki yang terlalu bodoh kerana murtad dan telah menetapkan ingin membunuh diri pada 3 Jun ini hanya kerana cintanya di-reject oleh seorang perempuan. 

Jikalau profil FB Edward Martin Jesus itu real, bukan fake dan memang benar dia murtad dan nak bunuh diri kerana cinta di-reject, doakanlah dia agar segera bertaubat sebelum terlambat. Berdasarkan komen-komen kat setiap status dia, kawan-kawan FB dia telah menasihatkan dia hampir berbulan-bulan kerana sayangkan dia yang sudah sesat daripada jalan Islam. 

Kedua, sebab tengok share kat Fan Page Apit pasal satu page yang cukup-cukup menghina Islam dan page itu memang wujud. Hana dah siap buka dan report page tu lagi. Sebak betul tengok Islam dihina sebegitu rupa dan mereka menghina Rasulullah SAW dengan lakaran seekor haiwan, al Quran dilukis seolah-olah berada di atas tanah dan najis ada di atas kitab suci itu.


Sila ke link INI untuk report page.

Begitu mudahnya Islam dihina sedemikian rupa. Di mana kegemilangan Islam sewaktu pemerintahan Khulafa al Rasyidin, Khalifah Umar al Aziz, Salahudin al Ayubi dan Sultan Muhammad al Fateh? Benar lah dunia semakin mendekati kiamat. Bila kita hanya menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri, bila agama kita dengan mudahnya dipersendakan oleh musuh-musuh Islam dan bila kita hanya mampu melihat sahaja tanpa dapat bertindak apa-apa.

Ya Allah, Kau jauhkan kami daripada fitnah akhir zaman, selamatkanlah kami daripada sebarang kegoncangan iman. Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami memohon. Kami sedar iman kami tidak setebal iman para sahabat Rasulullah, para tabiin dan ulama-Mu yang lain, maka kami mohon serendah-rendah hati kami agar Engkau sentiasa memelihara kami dalam jagaan-Mu Ya Rabb. 

Jangan biarkan musuh-musuh Islam mentertawakan kita. Kita gunakan peluang yang kita ada untuk menentang mereka semula. Peringkat iman ada dalam tiga kategori. Pertama, mencegah dengan menggunakan tangan (kuasa), kedua mencegah dengan lisan dan ketiga ialah mencegah dengan hati dan mencegah dengan hati merupakan selemah-lemah iman.

update : Apa yang seorang rakan blogger beritahu, page ni ada lagi. Cuma orang yang buat report tu aje yang tengok page ni Not Found sedangkan page ni ada lagi sebenarnya. :(

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

20 book page(s) ♥:

ezzamalik said...

ezza ada baca jugak.serius memang geram dkt org yang buat macam tu.harap ALLAH berikan pengajaran dan buka pintu hati dia untuk bertaubat.amin

Haruno Hana 하나 said...

@ezzamalik insya-Allah :) amin.. skrang ni mcm2 hal berlaku

9n0L4 said...

dunie skrg sudah terlalu tua. speechless bile dgr bnde² ni sume.

Shiema Sufian said...

Astaghfirullah Al-Azim. Terkejutnya shiema. Done reportng. Thanks awak. Nasib baik share. Jomlah tolong report untuk jada nama baik Islam

Masz Sidek said...

memang sedih dan gemam kat fan page tu... bila dpt tahu akak terus report... memang melampau dan biadap...

emeliena said...

Masya-Allah. dunia akhir zaman.. ;'[

aisya said...

penghinaan yg org tabur, sabar yg kita bagi... lumayan ganjaran Allah utk org yg sbr ni..

report page je la yg tmampu skrg ni.. huhu

izan mama mia said...

dasyat cara mereka ni..dan makin menjadi-jadi pula..itulah kita semua umat kena bersatu menentangnya...jom kita report...

Cik Kay Jue said...

thanks.. malam ni ckj report fb tu...

sedih + geram dengan mereka yang menghina agama islam ni... benarla da akhir zaman... mudah-mudahkan kita semua msh dalam lindugan dan iman kita terpelihara..

Amanina said...

Ya Allah, sesuka hati dia hina2 macam tu. Nt sy report page takguna tu. Geram sungguh!

elyna mirsada said...

mcm2 yg terjd..mga Allah selalu melindungi kita sume

aRa ❤ aFiq™ said...

td bukak da xde page ni..

Nurmujahidah Ismail said...

page tu dah takde :D

fArAh kUchEnGg said...

smoge org itu di bls oleh Allah.. hrp2 dye brtaubat. aminn..

Cik Puan Muda Umi said...

dah report dah haritu,memang geram bila baca..lega sebab page tu dah di-delete..huhu

Ardini Izzati said...

Dinie sempat bukak page tu. Dinie bukak semalam masa doh heboh2 kat fb. Masya-Allah sampai macamtu sekali gambar2 dia. Dinie sempat tengok DP je sbb tak sanggup tengok. Seriously terkejut. Then cepat2 mengucap sebab takut iman rosak. Haihh.

Yg Edward tu pun bodoh. Nak mati sebab cinta direject. Pandai laa kepala otak dia.

Apa nak jadilaa --"

Yayah Nasake said...

SAYA KE SINI UNTUK MENCABAR ANDA

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-nasz-saya-sahut-cabaran-anda.html

CiK FizA said...

Subhanallah...
moga Allah buka pn2 ati dye utk bertaubat. Moga dye mendapat petunjuk dr Allah.

Secret Drifter said...

actually bila awk buat report... page tu xakan ada di profile awk.. sebenarnya page tu ada lagi..

btw budak ni attention seeker.. n jahat sbb gunakan agama !! mmg patut diberi tindakan !!

*dia gila sampai ugut nak buuh MAIS kalau datang rumahnya

Teenager Housemaid said...

Astaghfirullah...
-_-'
speechless

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)