About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Monday, October 29, 2012

342#Ai no Kotoba ~ Datang dan Pergi

Finding Nemo Is Back!


Setiap orang datang dan pergi dalam hidup kira. Keluarga, kawan-kawan or your loved ones. Ada yang datang membawa kebahagiaan kepada kita dan tinggalkan kita dengan kebahagiaan. Ada yang datang membawa kesusahan dan tinggalkan kita juga dengan kesusahan. Bahkan ada yang datang membawa kebahagiaan tetapi tinggalkan kita dengan kesusahan. That's life for you.

Tak ada perkara yang kekal dalam hidup kita. Setiap objek bernyawa pasti akan mati atau akan pergi meninggalkan kita. Hanya Dia sahaja yang kekal selamanya. Kembali kepadanya, pasti anda akan bahagia.

Manusia ni biasanya kalau seseorang atau something yang dia sayang tanpa disedari pergi barulah dia perasan betapa bernilainya something itu kepadanya. Typical homo sapiens. Sayangilah apa yang ada di sekeliling kita. Jangan bila dia dah menghilang baru nak terhegeh-hegeh mencari balik. Kalau dia boleh kembali, tidak mengapalah. Dibuatnya dia tidak akan kembali selama-lamanya?

Ibu bapa adik abang kakak atuk opah kawan suami isteri. Semuanya penting. Ayam itik lembu kambing arnab hamster. Sama juga penting. Pokok-pokok yang tumbuh melata kat bumi Allah ini juga penting. Cuma kita yang kena pandai menilai sesuatu.

Akan tiba masanya mereka akan pergi. Dan, bila sampai masanya untuk mereka pergi, sentiasa ingat mereka yang kita sayang akan sentiasa berada dalam hati kita. No more no less. As long as you love them deary. As simple as that.

Finding Nemo Is Back!
Nescafe On The Life!
Arrival On Windows 8!

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, October 28, 2012

341#Ai no Kotoba ~ [Drama Review] One Liter of Tears


Sekarang mood nak buat entri pasal review drama, anime dan manga yang Hana pernah tengok dan baca aje. Tapi takkanlah nak update pasal benda tu 24 jam kan? Tak apalah, kali ni Hana nak review pasal salah satu drama Jepun yang dah lama. Hana aje yang baru tengok (-__-) Baru adalah masa lah katakan.


One Liter of Tears. Satu kisah benar yang mengisahkan seorang gadis bernama Aya yang menghidap spinocerebellar degenerating disease. Satu penyakit yang melibatkan saraf dan sehingga sekarang penyakit ini masih belum boleh diubati. Siapa-siapa yang tengok drama ni memang akan menangis, kena sediakan tisu banyak-banyak (T__T)

Bayangkan, daripada seorang gadis yang ceria dan aktif dalam sukan basketball, akhirnya tidak boleh berjalan, tidak mampu bercakap dan menulis dengan betul. Aya dilakonkan oleh Sawajiri Erika dan heronya Haruto dilakonkan oleh Nishikido Ryo.

Aya yang pada mulanya tidak dapat menerima hakikat penyakit yang dialaminya, mula bersikap positif. Haruto yang pada asalnya tidak suka bersosial selepas kematian abangnya, mula berkawan dengan Aya dan sentiasa menolong gadis itu. Kebetulan ayah Haruto merupakan pengarah hospital tempat Aya dirawat. Kerana penyakit Aya juga lah Haruto bersetuju untuk menjadi doktor seperti ayah dan mendiang abangnya.


Drama ini berdasarkan diari One Liter of Tears yang ditulis oleh Aya (in real life) bermula dia mendapat penyakit itu sehinggalah sebelum dia meninggal dunia. Tapi Hana tak sure pasal Haruto tu betul atau tidak atau sekadar watak rekaan untuk drama ni.

Apa-apa pun, selamat menonton kepada sesiapa yang belum pernah tengok lagi drama ni :) Semestinya suatu drama yang tidak rugi untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada drama ni. OST drama ni pun best. Only Human dan One Liter of Tears :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Cubit-cubit Manja


Join klik banner :)

Saya join segmen ni kerana tertarik dengan banner comel ni ;)

Boleh klik bawah ni tak? ;)



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, October 27, 2012

340#Ai no Kotoba ~ Aidiladha Tahun Ini

Finding Nemo Is Back!


Tak update blog sejak semalam. Nak kata sibuk layan tetamu datang beraya. Tak. Nak kata pergi tengok pak cik-pak cik-atuk-atuk sembelih lembu korban. Tak. Nak kata pergi tolong angkat parang kapak segala bagai untuk pak cik-pak cik-atuk-atuk yang sembelih lembu korban. Tak. Mana tak nya jawapan memanjang kalau mood raya tak ada?

Lepas abah balik dari solat sunat Aidiladha kat masjid, terus pergi rumah tok wan. Tradisi tak kiralah raya apa. Nenek belah abah. Cuma Hana, Neesa dan Haikal aje yang ikut. Mama tak ikut sebab jaga Imi sakit kat rumah. Syikin pun duduk rumah.

Talking about Imi, sepanjang minggu ni sakit aje memanjang. Awal minggu ni, dia muntah-muntah nak pengsan, pergi check dengan doktor kat klinik, doktor syak appendiks. Lepas balik daripada rumah tok wan dan rumah mak sedara, abah kata nak bawa Imi pergi hospital sebab nampak teruk sangat. Adik beradik lain tinggal rumah. Mama dan abah aje pergi. Barang-barang semua packing sekali.

Alhamdulillah tak. Kat hospital doktor scan sekali lagi. Rupa-rupanya jangkitan kuman. Imi kurang minum air kosong. Mama memang harap bukan appendiks sebab tak nak Imi kena operate. Alhamdulillah :)

Sepanjang dua hari ni Hana dok layan manga aje. Faster Than A Kiss, Love So Life, Fall in Love Like a Comic dan sekarang tengah baca Sora Log. Nampak cam best aje. Lepas ni nak review manga ni semua :) Rasa cam nak buat entri banyakkkk hari ni sebab nak review manga tu ^_^ Hee~

Till then.
Wassalam.

Acer Windows 8 Bonanza!
Nescafe On The Life!
HiShop Lollipops!



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, October 26, 2012

339#Ai no Kotoba ~ Neesa dan Netbook


1.25 AM

Aktviti Neesa pagi semalam (25/11/2012). She conquered my netbook like a boss! Sebok je nak tengok Bola Kampung X dan Pingu kat Youtube. (^_^)





Till then.
Wassalam.

nota : Salam Aidiladha!

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, October 25, 2012

338#Ai no Kotoba ~ [Review] Ouran High School Host Club


6.06 AM. 25/10/2012
*jam di taskbar*

Selamat pagi! Orang sibuk nak ber-Aidiladha, Hana sibuk nak review anime. Dah lama tak review mana-mana anime ni :D Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha! Jangan makan daging banyak sangat, kang ada yang pening-pening nanti ^^ Hehe.

Kali ni Hana nak review anime Ouran High School Host Club! Satu anime yang boleh dikatakan famous dan ramai otaku suka. Anime yang sengal ala tak boleh blah dengan sorang-sorang perangai watak utama dalam ni. Weee~


The hero is Suo Tamaki and the heroine is Fujioka Haruhi. The another important characters are Ootori Kyoya, Haninozuka Mitsukuni, Morinozuka Takashi, Hitachiin Kaoru and Hikaru twins. Sorang-sorang ada perangai masing-masing yang memang takleh blah! Haha! *excited*

Ouran ni mengisahkan Haruhi yang baru nak masuk high school. Since dia dok elementary school and middle school lagi dia merupakan seorang pelajar yang bijak. Alang-alang nak masuk high school ni, dia apply scholarship kat Ouran High School, sebuah private school yang merangkumi tadika sampailah ke high school. Kira sekolah untuk geng Lord dan Lady lah ni.

Mula-mula dia masuk lagi, dah jadi hal. Dia masuk dalam satu bilik muzik yang tidak digunakan sebab nak study. Dalam banyak-banyak library kat sekolah tu, takde satu pun yang sunyi. Semua bising dengan suara orang bercakap. Mana dia tak bengang. Orang nak study, bising lak.

Nak jadi kisahnya, dalam bilik muzik tu, dijadikan bilik kelab untuk Ouran High School Host Club. Their president or Lord or King is Tamaki. Kyoya sebagai vice-president dan yang lain-lain tu ahli kelab. Kerja diaorang menghiburkan dan mendengar masalah students perempuan sekolah tu. Masa nak cabut tu, Haruhi terlanggar pasu berharga berapa entah. Yang pasti dia tak mampu bayar. 

Then, dia kena jadi host kelab tu sebagai ganti rugi pasu mahal tu. Mereka ingatkan dia tu lelaki sebab dia pakai sweater dan seluar. Then, insiden berlaku and terbongkar yang dia tu perempuan pada hari tu juga. Sejak hari tu lah macam-macam jadi dan semua episod best!



Siapa yang tak tengok lagi? Jom terjah kat SINI! Hana dah banyak kali ulang tengok anime ni. Huhu. Best best. Ni pun nak ulang lagi ni.

Waaaa~

Till then. 
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Bloglist Akhir Tahun 2012 by Liyana Syafiqah



Teringin nak join segmen bloglist camni ^^
Hana nak letak bloglist tapi tak tahu nak letak blog siapa.
Nak join klik banner :)


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Jom Usha


Tergerak hati nak join segmen simple ni. Jom join ^^ 
Klik banner ya?


Done :)


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Tuesday, October 23, 2012

337#Ai no Kotoba ~ [Freebies] Assalamualaikum + Butterflies



Nak bagi freebies! :D Dah lama rasanya Hana tak bagi freebies. Yang ni freebies kedua untuk perkataan Assalamualaikum. Comel tak comel tak? Hee :D

Hope you like it and feel free to use it (^_^)v

Oh ya, guna tutorial ni untuk pasang perkataan ni ya? Untuk check ada atau tak, sila ke New Post lepas Save.

Blue













By the way, boleh tolong Hana klik link kat bawah tak? Klik satu aje pun tak apa. Thanks!

Till then.
Wassalam.

nota : Komen kay for those yang nak guna freebies ni ^_^ Your pleasure :)

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

336#Ai no Kotoba ~ [Tutorial] Post Template Untuk Dashboard Baru


Dah lama Hana tak buat tutorial kan? Hana rasa tak perlu sangat kot sebab dah banyak blog yang sediakan tutorial untuk bloggers sekalian. Yang ni Hana nak tunjuk pasal post template untuk dashboard baru. Hari tu lepas dashboard Blogger bertukar, mencari jugalah kat mana post template ni. Rupa-rupanya kena add.

Post template ni untuk letak perkataan Assalamualaikum (greetings) di setiap entri. Tutorial asal di blog Kak Lyssa. Masa tu still dashboard lama :)

Mula-mula, Dashboard ---> Settings ---> Posts and Coments

Nampak red arrow kat bawah? Klik Add then akan keluar satu kotak.


Lepas tu, copy kod kat bawah ni. Kredit pasal Kak Lyssa ^_^

<center><img src="URL PERKATAAN ASSALAMUALAIKUM"/></center>
Warna merah tu boleh gantikan dengan URL perkataan Assalamualaikum yang korang suka :)


Lepas tu Save tau!
Selamat mencuba. Nantikan freebies Assalamualaikum daripada Hana untuk next entri ya. Hope so :)
Hee~

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

335# Ai no Kotoba ~ Blog Cikgu Dhira & Aira


Selamat pagi! Entri ditaip dengan suka hati. Memang betullah kata orang tua, kenyang perut suka hati, ya kan? Breakfast di awal pagi. Jangan tinggal breakfast! Tak boleh, tak boleh. Breakfast tu penting. Kalau lunch ke, dinner ke yang korang nak tinggal, boleh dimaafkan lagi. Tapi tidak untuk breakfast.

Okey, skip to the main topic *ehem, ehem*

Dah lama kot Hana tak edit blog orang lain. Edit free aje. Lagipun Hana takdelah pro sampai nak minta upah. Sekadar edit mana yang patut aje. Kali ni, Hana tolong edit blog Aira dan Cikgu Dhira. Jom singgah blog mereka. Sambil tu follow lah mereka sekali. Mereka still baru dalam dunia blogging ni (^_^)v

Yang ni header khas yang Hana reka untuk mereka. Harap puas hati ya ;)

Blog Cikgu Dhira

Yang ni 100% Hana edit. Pink-blue. Nasib baik Cikgu Dhira bukan jenis yang cerewet. Harap-harap dia sukalah baju baru blog cikgu ni.

Blog Aira

Yang ni tema warna pink 100% tapi hasil edit bukan Hana 100%.
Aira pun ada edit sikit-sikit.

Apa lagi, jom terjah mereka ramai-ramai (^_^)

Till then.
Wassalam.

nota : Lepas ni nak kasi freebies :) Harap sangat ada yang akan suka nanti (^_^)v


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, October 22, 2012

334#Ai no Kotoba ~ Hana & Abah


Oh yeah! Abah main bowling :P

Situasi 1

Nampak abah pakai baju cantik-cantik keluar dari bilik.

Hana : Abah nak pergi mana? *soalan lazim*

Abah : Apa you susah? I nak pergi dating. Jangan sibuk.

Hana : Mana boleh! *muka tak puas hati*

Abah : Mama you tak marah pun. 

Hana : ......* (-__-) *

Situasi 2

Tengah makan kat dapur. Hana, abah, mama, Neesa si adik bongsu.

Hana : Awak ni kan Neesa, main aje kerjanya. Dahlah suka kacau kakak *sambil main dengan kaki dia bawah meja*

Neesa : Ei! Adiklah!

Abah : Neesa nak kena ada adiklah tu. Boleh teman dia *ketawa sambil tengok mama*

Mama : Adik dari yang muda.

Abah : Boleh. Ada je yang muda.

Hana : Mana boleh! Tak boleh, tak boleh! *bantah sekeras-keras :P*

Abah : Apa awak susah? Ada kena minta kebenaran anak ke kalau nak kahwin lain? Anak je yang kena ada kebenaran wali. Ke anak yang kena jadi wali abah?

Hana : Tak boleh! Tak kira, jangan nak mengada.

Abah : Mama awak tak kisah pun.

Hana : .... *abah aku ni, nak kena ni*

Situasi 3

Hana kat hostel, atau somewhere else. Tengah on the phone dengan mama sebelum abah datang. Then, borak-borak dengan abah. Masa nak tamatkan panggilan.

Hana : Okeylah. Kakak nak pergi sambung kerja.

Abah : Okey. I love you.

Hana : Yaaaaaa *mengelak dari sebut perkataan tu*

Abah : I love you.

Hana : Yaaa *mengelak lagi*

Abah : I love you.

Hana : I love you. Dah, dah! Abah ni *buat muka, malu dengan roomate*

Abah : Haha! Assalamualaikum.

Hana : Waalaikumussalam * cepat-cepat letak phone*


That's it. Situasi yang selalu berlaku kalau dengan abah. (-__-) Aish..
Apa-apa pun, sayang abah. He he :D


Sayangilah ibu bapa anda (^__^)v

nota : perangai Hana memang macam budak-budak kalau dengan abah. Abah kata separuh matang. He he.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

333#Ai no Kotoba ~ 4:30 AM


Comel tak? Hee :D

Tepat 4:30 AM, alarm yang diset pada phone abah yang lama berbunyi. Aish. Phoneku habis bateri thanks to Neesa yang gunakan since pagi semalam sampailah bateri tu betul-betul habis sebab nak tengok Bola Kampung X dan main Baby Care Center (-__-). Bateri 100% habis menjelang petang dan Hana malas nak caj. Baru aje charge tadi :P

Kenapa bangun pukul 4:30?

Dah janji nak puasa dengan mama hari ni. Bangun awal sebab nak panaskan nasi, goreng telur dan drummet tadi. Subuh kat sini dalam pukul 5:45 AM. Awal kan? Belum pukul 7 PM dah bunyi azan Maghrib. Time goreng telur tu, mama pun masuk dapur. Tengok-tengok, si kecik Neesa ikut mama dari belakang. Awalnya budak ni bangun (-__-).

" Kakak, gi la idor."

Dengan gaya selamba, siap gerak tangan lagi dia suruh Hana pergi tidur balik. Ei budak kecik, awaklah pergi tidur balik. Belum pukul 5 AM lagi dia dah bukak fridge, minum air sejuk dalam tu. Tak sedar pagi ni sejuk ke Neesa oi?

Lepas tu, makan pulak toast dua keping. Sapu dengan susu pekat. Neesa oo Neesa. Abah pun tak bangun lagi. Awak dah bangun makan?

And right now, dia tengah main game dengan phone mama kat sebelah atas. Sedap punya meniarap atas katil. Hana? Of course duduk atas katil jugak. Ho ho. Eh eh, Subuh dah masuk. Bangun solat Subuh ya anak-anak. Jangan Subuh gajah pulak (^_^)

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, October 21, 2012

331#Ai no Kotoba ~ Tatkala Mereka...

Mereka mengata.
Mereka mengutuk.
Mereka tidak tahu perkara yang sebenarnya.
Pabila hijab kebenaran tersingkap.
Mereka tidak mengakui kesilapan mereka.
Malah semakin galak mengetawakan kita.
Inilah masanya untuk kita senyum kepada mereka.
Bukan kerana terhibur.
Tapi,
kerana kejahilan mereka menerima kebenaran.

Peace (^_^)v

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

332#Ai no Kotoba ~ Segmen Follow, Follow, Follow by NurulFHMT



Hana ditag oleh adik Arrien untuk segmen ni.
Kena tag tiga orang?
Masalahnya tak tahu nak tag siapa (-__-)
Dah lama Hana tak join segmen yang kena tag blogger lain ni.
Nak tag semua follower/orang yang berminat boleh tak?
Harap-harap bolehlah.
:)

Klik SINI untuk join.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)