Thursday, March 28, 2013

371#Ai no Kotoba ~ Praktikal Lambat Lagi -_-



Sekarang ni kan Hana tengah cuti Sem 2. Program foundation Hana ni ada tiga sem; dua sem kat KMKN dan satu sem kat mana-mana UniKL pilihan untuk bachelor program yang kita pilih nanti. Hana pilih Bachelor of Clinical Laboratory (Hons.) kat UniKL MESTECH, Kajang.

Sepatutnya 28 April ni dah start Sem 3 untuk praktikal. Praktikal atau technical training ni untuk memudahkan kami FIST students sebelum masuk degree nanti. Sepanjang praktikal ni kami akan didedahkan dengan lab apparatus yang memang kitorang tak pernah jumpa, field trips dan projek. Sem 3 ni tak ada dah kuiz exam bagai tu. Kami cuma ada projek sahaja.

Semalam tengok ada kawan post kat group. Katanya, CFS UniKL tengah arrange lagi tarikh untuk kitorang praktikal nanti. Ada dua option; sama ada 4 May hingga 28 June atau 8 June hingga 2 August. Harap harap dapat first option, sempat lagi nak puasa sebulan kat rumah kalau macam tu. He He :) Cuma mungkin jadual agak packlah nanti kalau dapat first option.

Alamatnya, cuti sem Hana kali ni extend lah. 

And, the moment I told abah and mama about the changing, abah was like, " Lama lagilah abah kena tengok muka kakak kat rumah ni? Buat habis beras aje. Biasanya beras tu bolehlah tahan 3 bulan. Kalau kakak cuti panjang, keraplah abah kena beli beras."

And me was like, " Abah ni (-__-) memang nak kena agaknya. Kakak makan nasi hari ni pun tak. Grrr grrr..."

Cepat-cepatlah praktikal. Nak merasa jugak puasa sebulan kat rumah tahun ni. Haha.

Till then.
Wassalam.

7 comments:

  1. hehe..tak apa..menghabis kan beras tu dah biasa kan.. Semoga terus berjaya. ^___^

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum haruno...sabar2 yer ada juga nanti...;)

    ReplyDelete
  3. biasalah tuh.. kena banyak bersabar..

    ehhehh , kita salah masuk blog ke nie ? ? errr
    :P

    ReplyDelete
  4. salam dikk
    gud luck
    insyaallah ada tu nanti ;)

    ReplyDelete
  5. Wah bestnye study. Tak sabar nak sambung belajar ! btw, thanks sudi masukkan blog sy kat bloglist.. Sy dh masukkan awk jgk.. Boleh cek :)

    ReplyDelete
  6. haha. "buat habis beras"
    saya pun buat habis beras jugak ni duduk kat rumah sajeee :D

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News