About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, March 31, 2013

377#Ai no Kotoba ~ [Review Novel] Cheese

Mood nak review novel yang baru aje ditutup. Lega.
Novel ni baru aje dapat petang semalam dan malam ni baru habis baca :)
Check it out!


Lawa kan cover tu? Geram betul tengok cover comel macam ni. Colourful! Dahlah siap ada sweets dan choc bagai. Rasa nak gigit-gigit aje. He he :)

Judul : Cheese
Penulis : Cik Qwerty
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 19, Sabah/Sarawak -> RM 22

Cheese ni Hana boleh kategorikan sebagai novel cotton candy. Sama seperti Lelaki Versi Dia dan Kafe Damia. Sebuah novel yang sempoi. Memang gelak aje sepanjang baca novel ni. Tapi kalau baca kat ruang tamu memang kena coverlah. Nanti abah keluar ayat, " Baca apa tu? Aku Cinta Padamu ke? Ke Aku Rindu Kamu? Ha ha ha!"

Abah memang (-__-) Sukati abah aje nak bagi tajuk novel. Dahlah tajuk abah keluarkan tu cheesy habis.

Tapi memang serius novel ni lawak. Sengal sangat si Adi Ashq dan Nia Saffiya ni. Kalaulah Hana ni Hana kawan si Nia tu, memang dah lama hempuk dua orang tu. Geram betul! (>_<) Setiap bab wajiblah diorang gaduh. Tak sedar diri umur dah 25.

Biasanya lelaki yang susah sikit nak tunjuk bab perasaan ni. Tapi, dalam novel ni berbeza sikit. Si Nia pula yang hati batu. Kesian betul dengan Encik Hubby yang dok mengayat dia sampailah setahun lebih berkahwin. Tapi, terasalah juga hati Encik Hubby tu. Kesian si Ashq.

Ada juga love story lain dalam novel ni :) Kisah cinta Hana si gadis tidak berperasaan macam Nia dan Faiz yang bajet cool, kisah cinta abang Nia si Nash yang kuat menyakat dan kakak Ashq iaitu Aina dan kisah cinta Encik Bobo dan Cik Didi. Mahu tak siapa mereka? Terutamanya Encik Bobo dan Cik Didi? Sila dapatkan Cheese di pasaran sekarang juga!

Hana sarankan novel ni  kepada penggemar novel cotton candy (kredit kepada Kak Zizie yang bagi nama cotton candy itu :P), yang suka cerita yang sempoi tanpa banyak konflik dan sewaktu dengannya. Buat masa sekarang Hana guna baca novel seperti ni :) Sebab dah banyak sangat baca novel-novel yang bagi Hana berat isi kandungannya. Kiranya nak beralih anginlah ni. He he.

Cik Qwerty, thumbs up! You made me laugh, gelak guling-guling atas katil, tampar objek terdekat dengan Hana sepanjang masa baca Cheese ni! :D And, I love your quote, this :

Cheese dikarang dengan cara dan gaya saya sendiri. 
Mungkin ada cliche here and there, 
but again cliche is everywhere, peeps =)
Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

Cik Farhana said...

Waa untunglaa dpt layan novel..hee..comel je cover, ase mcm nk makan..wuuu~sgt attractive :)

lawak lah abah adik..hee

aisya said...

tajuk pun dah mengancam.. haha.. tgk cover lagi la.. ehe

Mrs Velentine said...

tajuk nya menarik..unik

syaza rafiae said...

thanks hana sebab sudi bagi review novel cheese tue! menarik nak kena pi cari dah nie novel tue ! hehehehe

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)