Tuesday, April 30, 2013

420#Ai no Kotoba ~ Dua Parcels & Handsock Jejari Daripada KB


Dalam pukul 4.30 PM tadi, mama masuk bilik dengan dua parcels kat tangan :) Satu tebal sangat satu lagi nipis sangat! Yang nipis tu dah dapat agak apa, tapi bila tengok parcel yang tebal semacam aje tu mulalah confuse.

Mama : " Barang kakak order dan novel KN dan sampai."

Me : " Novel? Yayyy!"

Bukalah balutan novel tu. Yes! Kelima-lima novel terbitan Mei syarikat Kaki Novel selamat sampai kat rumah! He he :D Tak sangka KN dah post novel ni :) Novel free lagi x) Suka suka suka!



Semuanya novel yang best-best! Sila dapatkan di kedai buku berhampiran anda atau pun order aje secara online di Kaki Novel. Hajatnya nak baca Status Hati : Dia Milikku dulu :) Insya-Allah, nanti Hana buat review.

Novel makin bertambah, tapi novel-novel yang dah diterima sebelum ni pun tak habis baca lagi (-_-) *sigh*

Yang ni cerita parcel kedua pula :)

Minggu lepas Hana order handsock jejari daripada Koleksi Barakah :) Asalnya nak beli dengan orang lain, tapi memandangkan Hana tak confirm lagi dan KB ada buat early birds prize last week untuk 20 pasang terawal, Hana pun place order dengan KB :)

Hana order warna pink, blue turquoise dan dark brown. Memang dah lama cari pink tu. Dulu beli masa kat kolej, beli warna hitam, light blue dan light purple. Mencarilah warna pink tapi tak ada jual :( Disebabkan KB buka stok baru dengan pelbagai lagi warna menarik selain daripada hitam dan brown, apa lagi, order ajelah :)


Hana beli jenis jejari macam ni sebab tangan Hana kecik (-__-) Kalau beli yang jenis bukaan lengan biasa tu, memang wajib kena jahit bagi ketat melekat kat pergelangan tangan. Tak jahit? Sah-sah longgar (-__-) Kiranya kalau beli jenis jejari ni dapat jimatkan masa untuk menjahit :P Ha ha! Malas aje sebenarnya. Tapi kan, pakai yang ni pun longgar lagi (-__-) Nasib baik kalau pakai yang ni tak melorot ke bawah masa angkat tangan.

Tadi tauke KB ada beritahu, kalau ada sesiapa yang berminat nak order handsock jejari ni beliau dah jual murah. Sepasang RM 5 tapi kalau dua pasang dan ke atas, boleh dapat RM 4 untuk sepasang. Sama harga dengan yang Hana beli masa kat kolej dulu :) Murah kan?

Oh ya! Yang ni Hana beli dengan harga RM 3 sepasang sebab dah order awal-awal masa tengok promo 20 pasang terawal tu :) 


Ini antara warna handsock jejari yang beliau jual :
1 . White
2. Pink
3. Light pink (macam yang Hana beli)
4. Blue turquoise
5. Grey
6. Dark blue
7. Dark brown
8. Black

Menarik kan? Banyak betul pilihan (^__^)

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah order dengan Koleksi Barakah. Selain handsock jejari, banyak lagi barangan yang beliau jual. Boleh tengok sendiri dalam album. Jangan lupa like fan page FB dan add friend!

nota : menanti parcel daripada ZALORA :) Lewat pukul 6 PM semalam baru dapat kod free voucher RM 50 tu. Harap-harap sampai esok! (^__^)

Till then.
Wassalam.

12 comments:

  1. amboi2...seronoknya dapat banyak novel..meh! sini sebijik :P

    ReplyDelete
  2. banyaknya la novel..tebal2 pula..hehe..selamat membaca ya.. :) lama dah tak layan novel..hehe

    ReplyDelete
  3. hana, meh kongsi baca nak? hehe *kidding...utk sarung tangan, CJM pun suka pakai yg ada jejari ni..bila pakai yg tak ada jejari kadang2 longgar, sekarang CJM dah beli yg jejari yg lma CJM jahit jadi sarung kaki, tu pun jahit ex-presss :) *tak baik membazir! :D

    ReplyDelete
  4. @Cik JariManis menarik! boleh jadi cara bagus nak jimat ni ^^ thanks CJM! :D

    ReplyDelete
  5. jelesnyaa dgn novel bebanyak tuu T.T huhu

    ReplyDelete
  6. wah novel.. novel biarkan YM terus berbicara tu sambungan novel biarkan YM berbicara ke sbb macam dah pernah baca.. ehe... akak tak sabar nak kembali tenggelam dlm novel..harap dapat sambar beberapa buah novel dr kaki novel nnt... lg tebal,..lagi akak suka baca..

    ReplyDelete
  7. err..kejap akak kejap mama..tersasul ler hana..hihi..sorry *

    ReplyDelete
  8. wahhhh...bestnyerrr smua novel tu hannaa... >.< kena milikinya jugak :) n murah giler sarung tgn tu... biasanya saya beli rm 7 ... siyess.. murah...

    ReplyDelete
  9. jeles la.. nk jugak novel.. hehe..

    ReplyDelete
  10. @izan mama mia takpe.. hehe :D Biarkan YM Terus Berbicara tu sambungan Biarkan YM Berbicara :)) beli jgn tak beli! hehe

    ReplyDelete
  11. Novel gadis edisi terhad tu macam best je. Hehe. Ouh, kawan2 pun dah ramai pakai handsock tapi sy belum lagi. Hee

    ReplyDelete
  12. Salam. Jika berminat dgn handsock jejari rose dan lace boleh lawat pashminadash.blogspot.com

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News