About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Thursday, May 2, 2013

422#Ai no Kotoba ~ [Novel Review] Status Hati : Dia Milikku

Petang semalam baru aje habis baca novel terbaharu Kak Ayumi Syafiqah, Status Hati : Dia Milikku. Novel ni diterima dengan empat buah lagi novel terbitan Kaki Novel untuk bulan Mei :) Setakat ni baru baca Status Hati : Dia Milikku.

Cover ni comel sangaaaaaaattttttt! Comel + sweet! He he. Sesuai sangat patung kayu ni dengan si lelaki kayu Edryzal tu! Heee :D

Judul : Status Hati : Dia Milikku
Penulis : Ayumi Syafiqah
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 21, Sabah/Sarawak -> RM 24

Komen Hana pasal novel ni?

Baca pasal si Edryzal ni, Ya Allah geramnyaaaaaaaa! Hati kayu betul mamat tu! Aiseh. Rasa nak marah pun ada. Novel ni mengisahkan Kirana, seorang pengacara TV yang sedang meningkat naik ditunangkan dengan anak kawan lama emaknya. Memandangkan dah banyak kali dia mengelak bila timbul soal kahwin, akhirnya Kirana setuju dengan cadangan emak untuk mencarikan jodoh untuknya.

Bertunang jugalah Kirana dengan si Edryzal ni. Tapi Kirana beri syarat, mereka kena bertunang dalam tempoh setahun sebab Kirana nak pastikan Edryzal ni jatuh cinta kat dia juga. Kalau baca part Kirana dengan Edryzal, memang rasa nak hempuk-hempuk aje kepala Edryzal tu. Kayu betul mamat ni! Geramnyaaaaa! 

Tapi, kayu-kayu si Edryzal pun sweet juga bila kena masanya. Sweet si Edryzal ni unexpected. Takleh nak jangka apa yang Edryzal buat pada Kirana. Sampaikan kadang-kadang Kirana tu curious juga dengan mamat kayu ni. He he :D

Kepada Kak Ayumi, congrats for your second baby! Puas hati! Bagi Hana Status Hati : Dia Milikku ni agak ringan dan lebih cotton candy berbanding Kau Pemilik Hati :) Tapi dua-dua pun Hana suka! Good job! Menanti your third baby!

Rugi kalau korang tak sambar satu novel ni! Best! Sekarang mood Hana nak baca novel ala cotton candy, yang sweet + light conflict gitu. Malas lagi nak baca novel berat except Hlovate dan Ramlee Awang Murshid. Otak rasa tak berapa nak hadam lagi. Ini pun Hana dah jarang baca novel. Penyakit apakah ini? o.O Banyak lagi baki novel yang belum baca lagi tu (-__-)

Jangan lupa dapatkan Status Hati : Dia Milikku di bookstore berhampiran anda! Atau anda boleh order secara online di website Kaki Novel
Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

12 book page(s) ♥:

Nana Liena said...

bukan novel tu baru sampai ke? cepat nya khatam..ahaha..tabik2.. :)
Hana minat RAM punya novel tak? hehe

p.s/cover dia yg ballon ad rama2 tu smart..

Haruno Hana 하나 said...

@Nana Liena RAM? minat sangat! kan ada mention kat atas tu :P hehe.. novel2 RAM wajib masuk list baca ^^

nur hidayah said...

wahh best nye kak..teringin lah nak baca hihi

Sophia Hany said...

best ke buku tu?..

Haruno Hana 하나 said...

@Sophia Hany best :) kan Hana dah rekemen kat atas tu? ^^

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Thank u banyak2 hana. Rasa nak peluk2 je hana ni. Hehe. :)))

Nana Liena said...

@Haruno Hana 하나 haha..sorry la dik..tak perasan pulak ayat2 bawah..hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum haruno....best juga ni nak baca la nanti...:)

Azwar Syuhada said...

Esok nak serbu PWTC, nak borong novel!! Hana tak pergi ke?? :)

Nurrul said...

Hmm , novel ohh novel. bila Nurrul nak dibukakan untuk baca novel2 yang best mcm nie ??

Norhaizam Mustaffa said...

Ajari sy meminati novel . Hehe

Cik JariManis said...

mcm best sja novel ni..nak kena cri ni..ok, kena mula serch dri stu kedai buku ke stu kedai buku yg lain.. #uhhleceh.. -..-"

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)