Wednesday, May 15, 2013

448#Ai no Kotoba ~ 16 Mei Tarikh Istimewa


16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia :) Tapi jasa-jasa para guru bukan hanya dikenang pada tarikh ini sahaja ya? Setiap masa kita perlu mengenang jasa mereka :) Siapalah kita sekarang tanpa ilmu yang dicurahkan oleh mereka tanpa jemu.

Guru bukan sahaja pekerjaan di sekolah, tetapi juga pada setiap masa. It sounds better kalau kita sebut pendidik sebenarnya :) Cikgu Naeimah selalu pesan, " Tak semua guru boleh jadi pendidik." 

Sebabnya? Setiap pendidik perlu mendidik bukan sahaja daripada aspek pengetahuan, silibus yang terkandung dalam buku teks tetapi juga mendidik anak-anak murid mereka menepati nilai-nilai moral yang sewajarnya.

Para ibu bapa, guru-guru bahkan sesiapa sahaja boleh menjadi pendidik walaupun bukan secara rasmi seperti para guru di sekolah.

Jadi, Hana nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar Hana since tadika, kelas agama, sekolah rendah, sekolah menengah, tempat tuisyen dan kolej sebelum ni :) Banyak sangat jasa cikgu selama ni mendidik kami tanpa jemu. Terima kasih cikgu!


Edited by me, doodles from FizGraphic :) 

Cikgu kesayangan? Ramai. Tapi yang paling sayang tentulah Cikgu Naeimah! Cikgu Kimia masa Hana Form 4 dan Form 5 sekaligus merangkap guru penasihat PBSM :) Terima kasih cikgu! Tanpa cikgu, tak tahulah bila saya boleh ada self-confidence macam ni. I learned a lot from you.

Ajar Kimia tanpa jemu, curahkan ilmu pengetahuan PBSM, bawa kami pergi main bowling, shopping Aidilfitri di KB Mall zaman Form 5 dulu, selalu bawa pergi Rantau Panjang, tidur kat rumah cikgu, bagi patung Yaya, belanja makan dll. Semuanya tak terkira. Yang penting, cikgu selalu ajar mengenai erti kehidupan pada kami :)


Gambar zaman Form 5, Majlis Apresiasi Aidilfitri BSM Maher tahun 2011. Abaikan budak kat belakang tu. Junior Hana merangkap Pengerusi PBSM tahun 2011. Ha ha.

Itu cikgu yang tak blood related dengan Hana. Kalau blood related? Of courselah my abah! Ha ha :D


Okeylah. Tak tahu nak letak gambar mana (-__-) Abah bukannya suka bergambar pun.

Even Hana tak pernah belajar di sekolah sama tempat abah mengajar tapi abah pun cikgu terbaik untuk Hana! Kenapa tak belajar di sekolah sama seperti kebanyakan anak-anak cikgu yang lain?

Alasan abah, " Susah ada anak sekolah sama ni! Langkah tak panjang! Susah abah nak mengorat. Ha ha ha." Aish! Suka betul cakap camtu. Geram! Huh! Sabar ajelah dengan abah ni (-___-)

Jadi, Selamat Hari Guru! Kepada semua cikgu terbaik di seluruh Malaysia, teruskanlah menabur jasa untuk anak-anak muridmu. Insya-Allah, hanya Dia yang dapat membalas.

Till then.
Wassalam.

6 comments:

  1. semoga ilmu yang diberikan diamalkan sebaiknya.

    guru..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru buat abah Hana :D Ehemm. omeyy abah hana cakap macam tuh. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Guru. Tanpa mereka siapalah kita. :)

    ReplyDelete
  4. Sememangnya tanpa guru-guru , kita dalam kegelapan... Terima kasih cikgu...

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News