About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, May 25, 2013

471#Ai no Kotoba ~ [Novel Review] Semalam Yang Kutinggalkan


Dah lama tak buat review pasal novel, asyik anime aje :P He he. Kali ni Hana nak review sebuah novel yang berjudul Semalam Yang Kutinggalkan. Dah lama baca. Zaman Semester 2 kat kolej lagi. Tapi sekarang baru nak review. He he :)


Judul : Semalam Yang Kutinggalkan
Penulis : Laila Hanni
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 21, Sabah/Sarawak -> RM 24

Mengisahkan kehidupan Munirah yang bertemu dengan Izwan sejak zaman awal remajanya. Mereka terpisah selepas Izwan tamat peperiksaan STPM. Nasib malang menimpa Munirah kerana kesemua ahli keluarganya meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Sejak itu, Munirah dijaga oleh keluarga ibu saudaranya dengan penuh kasih sayang.

Munirah bertemu kembali dengan Izwan di zaman universitinya, tapi ianya sudah tidak bermakna apa-apa lagi kerana Izwan akan mengahwini Kak Reen, kakak sepupu Munirah. Kahwin juga Izwan dan Kak Reen, malangnya Kak Reen disahkan mempunyai masalah untuk hamil selepas beberapa tahun perkahwinan mereka. 

Kak Reen tak boleh hamil, apa lagi si Izwan ni. Dia minta izin dengan isterinya untuk memperisterikan Munirah. Munirah terpaksa bersetuju walaupun dia serba salah dengan Kak Reen. Munirah melahirkan anaknya dengan Izwan selepas itu.

Konflik bermula lepas anak Munirah lahir. Munirah terbang ke Australia untuk menyambung pengajiannya dengan syarat anaknya ditinggalkan dengan Izwan. Fitnah yang melanda menyebabkan dia diceraikan oleh Izwan.

Tak guna betul Izwan ni (-__-) Dahlah halang Munirah jumpa anak mereka berdua. Hempuk beratus kali pun tak settle lagi mamat ni.

Tapi paling best sebab Munirah jumpa Umar Rafiki! Umar Rafiki dah lama sukakan Munirah, walaupun Umar Rafiki pernah nampak keadaan Munirah yang berbadan dua semasa mengandungkan anaknya dengan Izwan, sampai sekarang Umar Rafiki simpan perasaan pada Munirah.

For me, novel ni masuk kategori moderate sebab Hana tak suka sangat novel sedih. He he. Walaupun agak bengang dengan Izwan di awal cerita, akhirnya Umar Rafiki jugalah yang menjadi hero idaman. Misteri di sebalik tindakan Izwan yang menceraikan Munirah secara terburu-buru dahulu juga berjaya diselesaikan.

Kepada sesiapa yang belum membacanya, bolehlah singgah di bookstore yang berhampiran :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

8 book page(s) ♥:

AiSyA LiEzA said...

baca sinopsis nih rasa sakit hati je ngn izwan.. whhahaha~~ >.< nak hempuk dia gax la... uhh~~

Mizz Aiza said...

menarik juga review novel ni.. tapi akak ni kalau bab sedih2 ni tak tahan.. hihi..

Norhaizam Mustaffa said...

Macam best je novel ni. Hehe. Buku berlambak kat rumah x abis baca lagi. Malas betul. hehe

Zehan Ilyana said...

lama akak tak singgah blog hana ni..

akak dah lama tak baca novel macam ni.

Nana Liena said...

hui..kalau ada novel2 yg misteri ke psiko ke..bak mai kita..ahaha.nak khatamkan..laam tak baca..hew hew..

bila baca review Hana..kita nak teka..agaknya kak reen ea fitnah Munirah? huhu..

Haruno Hana 하나 said...

@Nana Liena *spoiler* Kak Reen ngan orang len.. hehe

izan mama mia said...

menarik juga ni,..novel dri kaki novel mmg best tapi kalau novel sedih mmg tak berapa nak best laa kan,,ehe..ish...apa cer si izwan tu... walau belum baca,...baca sinopsis hana ni pun dah rasa geram kat izwan tuu..hihii

Deqla Manjew said...

Menarik jln cerita...tp dah lama x baca novel...xde masa ...huhu

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)