Saturday, June 1, 2013

479#Ai no Kotoba ~ The Three Level of I Love You (Japanese)



Daisuki, aishiteru dan koishiteru. Apakah itu? Semuanya bermaksud I Love You in Japanese, tapi mempunyai makna yang amat berbeza. Level antara tiga I Love You ni tersangatlah berbeza.

Daisuki - diucapkan kepada kawan-kawan atau orang yang kita suka.

Aishiteru - diucapkan kepada kekasih kita, maksudnya lebih serius dan mendalam.

Koishiteru - diucapkan kepada kekasih/our spouse, the one we want to spend the rest of our life with. Amat bermakna berbanding dua di atas.

Japanese menggunakan setiap perkataan ini mengikut keadaan, mereka tidak sesuka hati mengucapkannya. Contohnya, ucapkan koishiteru kepada kawan kita. Yes. Memang kita suka dan sayangkan kawan kita, tapi koishiteru hanya sesuai diucapkan kepada pasangan hidup kita. 

Suki maksudnya suka. Ai maksudnya cinta. Koi juga membawa maksud cinta. Tetapi penggunaannya berlainan antara ketiga-tiga perkataan ni. 

Contoh :  
1. Manga ga suki = Saya suka manga.
2. Kazuto ga suki = Saya suka/cintakan Kazuto.
3. Kazuto ga daisuki = Saya cintakan Kazuto.

Ga merupakan partikel untuk menunjukkan perkataan dan sesetengah adjektif. Nampak tak Ai no Kotoba di setiap post title Hana tu? Ai no Kotoba = Words of Love, Love Words. No merupakan partikel kepunyaan. Partikel tu macam penyambung ayatlah.

Ada partikel ha(sebutan wa), ka, ni, kara dll. Kena bukak buku balik (-__-) Dah hampir tiga tahun Hana tinggalkan kelas Bahasa Jepun lepas MOE exam zaman Form 4 dulu (-__-) Penggunaan partikel ni ikut kesesuaian.

Enough dengan kelas Bahasa Jepun tidak bertauliah. 

Ketiga-tiga I Love You in Japanese tu tidak diguna pakai sesuka hati supaya maksud sebenar I Love You tu tak hilang. Tengoklah sekarang, ramai yang guna I Love You secara main-main sedangkan ianya antara perkataan yang amat bermakna. 

Ada pakar psikologi yang mengatakan zaman sekarang maksud sebenar I Love You seakan-akan sudah tidak membawa makna apa-apa kerana ramai yang gunakannya secara main-main. Ada baca artikel dalam sebuah akhbar :)

Hana suka koishiteru :P Khas untuk suami aje. He he.

Korang suka yang mana satu?

Till then.
Wassalam.

10 comments:

  1. koishiteru buat zauj...kekekekke xD

    ReplyDelete
  2. bestnya. .hehe. .so utk kta2 nie gna daisuki la kn?

    ReplyDelete
  3. best nya dpt belajar bahasa jepun sbb teringin sangat nak belajar bahasa jepun sebnarnya. yg lain selalu dgr cuma koishiteru first time. hehhe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah taulah plak..Azwa suka Aishiteru n Koishiteru..Hana blajar bahasa Japan ke?? :)

    ReplyDelete
  5. @Azwar Syuhada Hana masuk kelas Bahasa Jepun masa Form 1 sampai Form 3 kat sekolah dulu :) ada Jepun, Arab, KKQ, dan Music untuk elektif selain tiga kelas biasa

    ReplyDelete
  6. suka juga dgn itu..hebat..wah...hehee..suka..suka..:D

    ReplyDelete
  7. waaa... *clap2* buat banyak2 pasal pembelajaran bahasa jepun ni.. akak ingat nak amik bahasa jepun time tahun 3 nnt.. hehehe...

    ReplyDelete
  8. pandainya asas bahasa jepun.. susah juga nak menyebutnya, berbelit sudah lidah akak.. hehe..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News