Wednesday, June 5, 2013

491#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Angel Beats!



Angel Beats! antara anime yang famous sekarang. Sesiapa yang tengok anime ni mesti rasa nak nangis. Yang merah mata sebab betul-betul nangis pun ada juga. 

Tak, tak. Anime ni bukan sad ending pun.

Anime ni lebih kepada afterlife. Meaning setiap watak dalam anime ni dah mati di dunia sebenar. Mereka semua terdampar di satu dunia yang hanya ada high school aje.


Otonashi Yazuru yang sedar di suatu tempat yang asing baginya, kehairanan dengan apa yang terjadi di sekelilingnya. Orang pertama yang Yazuru jumpa ialah Nakamura Yuri. Apa yang mengejutkan Yazuru, Yuri memegang senapang dan mengatakan mereka dalam battle dengan seorang gadis yang dipanggil Angel.

Dalam kelam kabut tu, Yuri beritahu Yazuru jika Yazuru sudah tiba di situ, ianya bermakna Yazuru sudah mati. Memandangkan Yazuru tidak percaya, dia keluar daripada tempat persembunyian untuk bertemu dengan Angel yang sedang berada di tengah-tengah dataran. Baru aje Yazuru tanya pasal dunia aneh tu, dia terus ditikam oleh Angel. Sedar-sedar aje, dia berada dalam bilik sakit.

Sesiapa yang ditikam atau mengalami kecederaan teruk takkan mati sebab mereka sudah mati sebenarnya. Yuri dan pasukannya ingin menewaskan Angel yang merupakan student council president kerana mereka percaya, Angel punca sedikit demi sedikit rakan-rakan mereka hilang. Kata mereka, sesiapa yang mengikut peraturan sekolah itu dan kata-kata Angel, mereka akan hilang dari dunia itu.


Yazuru yang hilang ingatan mengenai apa yang terjadi kepada dia sebelum dia mati terpaksalah ikut Yuri dan kumpulannya untuk mengelak dia turut hilang dari dunia itu sebelum memperoleh kembali ingatannya. Satu demi satu operasi mereka berjalan untuk tewaskan Angel, malangnya semuanya tak berjaya kecuali satu operasi mereka.


Mereka yang berada dalam dunia itu sebenarnya mereka yang tidak menemui ketenangan dalam hidup mereka sebelum ini. Meaning, hidup mereka tidak sebahagia dan setenang orang lain. Di dunia itulah mereka berkumpul untuk mencari ketenangan mereka yang tidak mampu mereka gapai sepanjang hidup mereka.

Yazuru dapat semula memorinya yang hilang. Dan apa yang terjadi dalam hidupnya agak mengejutkan. Sedih juga tengok flashback sebelum dia mati. Selepas dapat semula ingatan mereka, Yazuru bekerjasama dengan Angel untuk menolong rakan-rakan mereka yang terperangkap di dunia itu untuk mencari ketenangan mereka.


Kisah masa Yui, salah seorang ahli kumpulan Yuri sewaktu Yui masih hidup juga menyedihkan. Memang boleh mengundang air mata dalam episod kisah hidup Yui tu. Dan, sebenarnya ada rahsia antara Yazuru dan Angel yang Yazuru ketahui masa last episod. 

Anime ni membawa mesej, betapa pentingnya hidup yang kita miliki sekarang. Hargai semuanya sebelum terlambat. Apa yang setiap watak utama lalui memang membawa kesedaran mengenai kehidupan. Anime ni hanya 13 episod aje :)


Last episod memang sedih :') Nak kata sad ending, bukan. Tapi ada value yang tersendiri. Anime ni mendapat banyak kritikan positif. Amat berbaloi untuk ditonton.

Till then.
Wassalam.

5 comments:

  1. wahh, kak pun peminat anime jgk ke?? sama lah.. yeah!! ada gang!! :D

    ReplyDelete
  2. Minat yaa anime nii. Sama mcm akak kite ^^

    ReplyDelete
  3. wahh tgk angel beats jugak??
    upload anime x? jom la join group anime lolly~ ;)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News