Tuesday, June 25, 2013

511#Ai no Kotoba ~ Kepentingan CPR (Informal)

*scheduled post*

Ingat entri yang lepas? Nak bercerita sedikit mengenai CPR secara informal. Sebenarnya Hana nak kongsi info yang Hana dapat daripada Sir Norzein.

Cardiopulmonary resuscitation (CPR) ni merupakan rawatan kecemasan untuk seseorang yang tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Info lanjut sila Google ya? He he :D


Menurut Sir Norzein, andai kata ada seseorang ni kemalangan dilanggar kereta. Kaki beliau patah dan beliau pengsan tidak sedarkan diri kerana putus nafas, sila pilih untuk buat CPR terlebih dahulu daripada betulkan kaki beliau yang patah.

Kerana apa?

" Kalau korang betulkan kaki yang patah tu dulu tanpa buat CPR terlebih dulu, korang cuma tolong mudahkan kerja untuk mandi mayat aje."

Itu kata Sir Norzein. Sebab mengembalikan pernafasan seseorang lebih penting daripada membetulkan organ yang patah dll. Dibuatnya mangsa kemalangan tu betul-betul hilang nyawa masa kita tengah betulkan kaki beliau yang patah dan hancur tu, macam mana? 

Konklusinya, nyawa lebih penting. Sila utamakan untuk kembali pernafasan mangsa terlebih dahulu.
Info tambahan daripada Sir Norzein, CPR hanya diperlukan ketika mangsa betul-betul tak sedarkan diri sebab putus nafas. Kalaulah masa baru nak buat CPR tu tangan mangsa dah gerak sikit, mata beliau kelip-kelip ke, tak payah proceed dengan CPR.

And if mulut mangsa berdarah, sila cover dengan plastik dan buat lubang kat kawasan mulut untuk mengelakkan jangkitan HIV. Sebab kita biasanya tak tahu identiti sebenar mangsa kan? Sila utamakan keselamatan anda terlebih dahulu juga.

Sir Norzein juga ada pesan, kalaulah masa kita tengah drive tengah-tengah malam dan ada jumpa orang terbaring berdarah di tengah jalan, sila jangan hentikan kereta anda untuk selamatkan mangsa. Sekarang ni macam-macam taktik jenayah orang guna. Even ada black belt dalam taekwando pun, jangan hentikan kereta anda untuk membantu.

Itu aje perkongsian mengenai CPR. Informal dan ringkas saja rasanya. 

Till then.
Wassalam.

10 comments:

  1. hai sy datang dari contest http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html .. jom join!

    ReplyDelete
  2. banyak juga bahayanya ya.. yang mangsa HIV tu kasihan, tapi keselamatan kita lebih penting..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum haruno...menarik info...;)

    ReplyDelete
  4. ttba teringt cpr lam cite coffee house...ahhahaha xD

    ReplyDelete
  5. nice sharing sis . :) thanks. . :D

    ReplyDelete
  6. baca yg last tu rasa scary plak. huhu

    ReplyDelete
  7. Tak penah lagi praktikkan kat manusia.....
    Kat patung t u penah lah...
    Tapi kalau lah kene buat kat manusia, rasa tak mampu nak buat kot....
    Heheheheh...

    ReplyDelete
  8. Erkkk...cpr..x penah wat...,mcm x yakin kot nk wat...huhuhu

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News