Thursday, June 27, 2013

513#Ai no Kotoba ~ Dapat Student ID Card :D

*scheduled post*

Ini cerita yang dah basi. Cerita pada 21 Jun 2013.

Hari Jumaat tu kami ada kelas Usage of Computer for Education di Computer Lab 1. Kelas asalnya pukul 9, tapi hari Khamis tu Madam Ainur (our supervisor) dah beritahu kelas postpone ke pukul 10. Yahooo!!!

Tengah tunggu nak masuk computer lab, tiba-tiba tup! Black out! Dah rasa macam kelas cancel aje ni. He he. Tapi kami masuk juga dalam computer lab, tak panas sangat sebab rasa lagi sejuk aircond. Tak lama lepas tu, Encik Zin datang dan katanya, beliau nak bagi student ID card untuk kami. Bolehlah tengok gambar masing-masing yang tak jadi tu. He he :D



Nampak matured tak? He he. Kalau tanya abah, sure abah kata tak (-__-)

Around 11, kami keluar kelas dan terus balik sebab next class pun batal. Satu kampus black out. Memang hoorayyy lah untuk pagi tu. Tapi lagi best kalau kelas batal terus since awal pagi :P He he. 

Tapi petang tu ada kelas juga pukul 3 hingga 4.30. Pasal resource centre, cara nak cari e-journal, e-books dan Library OPAC System. Pukul 5 tu pula, Hana dengan Aina dan Wawa pergi ke Metro Kajang. Wawa nak cari stand fan untuk bilik dia. Katanya sebab panas and Wawa juga ada asma. Kesian kalau kena asma nanti :(

Till then.
Wassalam.

6 comments:

  1. hehehe..mun xsuka gamba mun kat kad id tu..hoho

    ReplyDelete
  2. tak nampak matured pun.. hehe.. comel je..

    ReplyDelete
  3. Aah tak nampak matured pun...
    Kihkihkih...

    ReplyDelete
  4. nak pinjam id card..hehe..muka Hana mcam kawan kita umur 21 tahun..matured la tu..! haha.. :P

    ReplyDelete
  5. Yeayyy nmpk jelas muka hana.comel ...tp x matuted ler...haha

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News