About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Monday, July 8, 2013

525#Ai no Kotoba ~ Blood Smearing - Kasi Nipis Darah Tu!

*scheduled post - ditaip pada 7/7/2013*

Hari Ahad lepas, 1 Julai, kitorang ada kelas Pathology untuk pagi hari dengan Madam Teh dan Madam Hidayah. Pathology is the study and diagnosis of diseases. The hidden science that saves lives. Bukan doktor aje yang bertanggungjawab dalam menyelamatkan nyawa, pathologist dan scientists yang lain juga turut sama penting dengan doktor sebab mereka bertanggungjawab dalam hal research, diagnosis backteria dll.

Untuk kelas ni, kami lebih beri tumpuan pada Hematology. Hematology is the study of the disorder of the blood. Kira memang berkaitan dengan darahlah. Kalau Phlebotomy pula kerja amik darah. Boleh baca entri INI untuk Phlebotomy.

Kami belajar blood smearing sebab nak tengok sel darah merah (erythrocytes), sel darah putih (leukocytes) dan platelets. Nak buat blood smearing ni memang menguji kesabaran, tangan kena ada seni, tak boleh bengkak bengkok. He he :D Serius tak tipu. Darah tu memang kena nipis dan smooth aje atas slide tu.

Lepas buat blood smearing, semua slides kami tinggalkan dalam alcohol sebab nak observe under microscope pagi esok. Kelas Pathology bersambung pada keesokkan harinya. 

Untuk hari yang seterusnya, kami kena buat staining pada slides yang kami buat blood smearing tu. Macam-macam chemical fluids dah kami guna. Ada dalam empat botol kot, semuanya berlainan jenis chemical fluids. Staining ni kira macam nak dye sel tu lah, untuk kasi nampak kontra, highlight lagi cell structure sebelum kita observe under microscope.
 
Dah habis nipis kot Hana buat. He he :D Slide yang kat tengah-tengah tu

Staining process


Dah siap staining dan dah kering. Tinggal nak observe under microscope aje :D

Penjasa terbaik!

Berpinar mata cari sel-sel tu under microscope (@_@) Nak kena adjust lagi, dengan cahaya terang lagi. Boleh sakit kepala kalau lama main dengan microscope ni. Tapi puas hatilah dapat tengok darah sendiri. Bulat-bulat macam donut. He he :D

Lupa nak mention, kami smeared darah sendiri :) Heee

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

11 book page(s) ♥:

coklat susu said...

waaa best nyerr :D

Farra Atiqah said...

susah jugak erk ,huhu

Farah Waheda Wahid said...

interesting, kakak dah lama tinggal dah ni sayang oi... tiba2 terimbau kenangan zaman form 4 and form 5 dulu cause kakak from science stream. After that jadi budak accounting masa kat UiTM...

izan mama mia said...

ish,akak kalau bab darah,takut,

Cik Kay Jue said...

wow! menarik dan advanture la hana! tp agak complicated...

ckj tak boleh tengok darah dalam kuantiti yang banyak.. bergetar tangan.. may be fobia kot.. hehe.

S.K.A said...

menarik =) suka jgak krja bhgian mcm ni..nk tya..kalau nk thu ada kuman dalam tulang mmg dia cek melalui drah jgak ke??

aisya said...

oh sgt tak suka buat benda ni.. haha. tp seronok.. tak suka tp seronok, mcm mana tu? hehe

Cik JariManis said...

tu diaaaa...haha! CJM tak boleh sgt tgok drh banyak2...rasa shaking kaki ni..hehe ;)

AiSyA LiEzA said...

nek pengsann .. -,- kalau x usik darah sndiri xleh ke?? ngee~ huk3

Haruno Hana 하나 said...

@S.K.A kalau tak salah, yes.. sebab darah kita flow satu badan and mungkin akan infect pada sel tulang.. sorry sebab Hana tak berapa sure :)

Aida Ismail said...

Macam mana tu guna darah sendiri? Uhh sakit. Huhu~

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)