Tuesday, July 9, 2013

526#Ai no Kotoba ~ Oh My Bacteria!

*scheduled post - ditaip pada 7/7/2013*

Kami ada kelas Microbiology dengan Dr. Azimah hari Isnin lepas, right after our break. Pagi tu kelas Pathology, petang tu pula kelas Microbiology. Mula-mula Dr. Azimah ajar kami basic pasal Microbiology, siap dapat main dengan soft toy yang beliau beli masa sambung Masters and PhD di UK lagi. Bacteria in the form of soft toys :D

Staphylcoccus Aureus (SA) plush toy

Lepas sesi basic tu, kami turun ke lab. Dr. Azimah ajar transfer bakteria ke media yang sepatutnya. Kami gunakan agar yang kami buat masa kelas Media Preparation dengan Kak Faridah dulu. Awal-awal lagi Kak Faridah beritahu Dr. Azimah yang kami semua dah tahu aseptic technique, kalau salah buat memang siaplah dengan Kak Faridah :P He he.

Kami dapat bakteria E.Coli dan Staphylcoccus Aureus (SA). Ada dalam bentuk agar plate, ada dalam bentuk broth culture (bentuk cecair). Yang kami kena buat dengan agar yang dibekukan sebelum ni ialah bacteria culturing. Macam nak kasi tumbuh bakteria dalam agar kosong tulah.

Lepas Dr. Azimah tunjuk cara nak buat bacteria culturing, kami mulalah praktis seorang satu. Hana guna bakteria E.Coli dan SA yang broth culture. Lepas siap culturing, agar plates tu kena simpan dalam inkubator. Koman-koman pun dalam 18 jam untuk tengok bakteria tu tumbuh atau tak dalam agar plates tu. Seelok-eloknya 24 jam.

Culturing bacteria

Dah siap culturing, tak masuk inkubator lagi

Broth culture

 E.Coli in agar plate

Around pukul 8:45 AM keesokan hari, Dr. Azimah tunjuk plates yang kitorang cultured semalam. Berjaya juga buat :P He he. Objective nak dapat single colony, dapat juga :P

Oh My E.Coli!

SA tak jelas sangat, kena tinggal lama lagi dalam inkubator nampak gayanya



Dr. Azimah best, sporting dan lembut aje mengajar! Muda lagi dah dapat PhD and apa yang kami dengar daripada lecturers lain, Dr. Azimah dapat converted her Masters kepada PhD sebab thesis beliau boleh kata sama level dengan thesis untuk Masters. Tak tahulah thesis apa yang Dr. Azimah buat tu. He he :D Kagum betul.

Till then.
Wassalam.

7 comments:

  1. kalau sy kat matriks dulu, lemau je nak buat smua ni..ngeee~ >.< hahaha... tahniah hana dah berjya hasilakn kolony dia..ekkekkek :)

    ReplyDelete
  2. seronok tengok hana buat eksperimen semua bagai...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa Hana,Semoga kita sama-sama dapat merebut kelebihan dan nikmat bulan Ramadhan kali ni.InshaaAllah. aminn.

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnyer dpt belajar fasal bateria...
    Yg fasal lecture hana tu.. jealous juga ckj dgn org yg mcm beliau.. muda2 lg da berjaya... mst best...! :-)

    ReplyDelete
  5. teringat masa akak belajar dulu.. kelas mikrobiologi juga, tapi macam akak lebih folus kepada bakteria dalam ikan sebab akak ambil bidang perikanan.. akak memang tak suka masuk lab.. hihi..

    ReplyDelete
  6. klau untuk research btul2, everything kena buat dlm laminar flow.. sebab benda macam ni sgt mudah utk contaminate. klau dah contaminated tu yg leceh.. tak pasal2 kena buat semula.. huhu

    ReplyDelete
  7. Hehe~ akak pernah buat experiment pasal e-coli masa zaman study dulu. Tapi bukan subjek microbiology. But something related to engineering field. :) Tak ingat dah.

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News