Sunday, July 28, 2013

543#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hataraku Mao-sama!

*scheduled post - ditaip pada 24/7/2013*



The Devil Lord is a Part Timer! ni merupakan anime berjumlah 13 episod yang baru aje habis tayangan untuk one of the anime for Spring 2013 di Jepun. Sekarang dah mula tayangan anime untuk Summer 2013. 

Bergenre komedi dan supernatural, anime ni mengisahkan Mao-sama (Devil Lord) yang terdampar di dunia manusia selepas hampir kalah di tangan Hero Emilia. Mao-sama merupakan Devil King di Ente Isla yang berniat untuk menghapuskan kesemua manusia di sana. Malangnya, Mao-sama dikalahkan oleh Hero Emilia, seorang gadis half human & half angel yang kononnya sudah ditakdirkan untuk menyelamatkan manusia.

Sebelum Emilia berjaya membunuh Mao-sama, Mao-sama dan salah satu daripada generalnya, Alciel melarikan diri dari Ente Isla melalui sebuah portal (Gate). Mao-sama dan Alciel terdampar di dunia manusia dengan sedikit sahaja baki kuasa magik mereka. Tubuh asal mereka juga berubah menjadi tubuh manusia biasa.


Selepas menghinopsis seorang anggota polis, Mao-sama dan Alciel berjaya mendapatkan sedikit maklumat yang berkaitan dengan dunia manusia. Sudah semestinya tubuh manusia mereka memerlukan sumber makanan. Bermulalah kisah Mao-sama bekerja sebagai part timer di MgRonald (McDonald's-based) untuk menampung kehidupan mereka di dunia manusia :P Sambil-sambil tu mereka cuba cari jalan untuk mendapatkan kembali kuasa magik mereka.

In the end of episode 1, Mao Sadao (nama Mao-sama di dunia manusia) bertemu dengan Yusa Emi (Hero Emilia yang turut terdampar di dunia manusia masa nak menjejaki Mao-sama).  Emi cuba untuk membunuh Sadao tetapi pihak polis menahan mereka dan menggangap mereka cumalah bergaduh sebagai pasangan kekasih :P


Setiap kali berjumpa kalau tak bertekak tak sah langsung si Sadao dan Emi ni. Emi berkeras nak menghapuskan Sadao sementara Sadao masih belum kembali kepada kuasa asalnya. Tapi perubahan pada sikap Sadao membuatkan Emi teragak-agak untuk membunuh Sadao. Dalam suatu episod, Emi hairan kenapa Sadao bersusah payah membazirkan kuasa magiknya yang tinggal sedikit untuk menyelamatkan manusia dalam suatu tragedi.


Bagus betul Mao-sama ni, passionate betul dengan kerja dia di MgRonald tu :P Ha ha. Pekerja yang berdedikasi betul. Daripada part timer, dapat jadi permanent worker then jadi shift manager masa manager dia tak ada. 

Anime ni lebih kepada komedi daripada romance. Sengal tak boleh blah pun ada :P

Till then.
Wassalam.

5 comments:

  1. minat sungguh hana dgn anime ye? :)

    ReplyDelete
  2. baca review hana ni mcm nak tengok lah pulak. hehe

    ReplyDelete
  3. macam best je! tapi biasanya akak amik je anime apa yang kawan ada.. even slow mcm cerita honey & clover, hentam je tgk sampai habis... haha..

    ReplyDelete
  4. macam best.. nak tgk la jap lagi.. hee.. thanks hana review.. hehehe.. :P

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News