Wednesday, September 4, 2013

560#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Pandora Hearts

*scheduled post - ditaip pada 28/8/2013*

Hampir empat bulan dah rasanya Hana settled tengok Pandora Hearts ni, tapi sekarang baru rajin nak buat review :p Berjumlah 25 episod, Pandora Hearts ni more to historical, supernatural powers. Setting masa macam zaman Victoria kat England dulu. 


Oz Vessalius merupakan pewaris kepada Vessalius Duke House, salah sebuah daripada The Four Great Dukedoms. Seorang yang carefree dan baik dengan semua servants di rumahnya, terutamanya Gilbert. Memandangkan dia akan officially turn to 15, Oz akan menjalani sebuah coming of age ceremony. Pada hari tu juga, Oz menemui satu jam poket antik yang mengeluarkan muzik berdekatan satu kubur lama di tempat ceremony tu akan dijalankan.

Malangnya, sesuatu yang tak dijangka langsung berlaku. Ahli daripada Baskerville House datang buat kecoh di majlis tu dan tanpa disangka-sangka Oz ditarik masuk ke dalam Abyss, suatu ruang dimensi yang dipenuhi dengan Chains. Chains ni lebih kurang monsterlah. 

Di dalam Abyss, Oz bertemu dengan Alice yang merupakan the famous B-Rabbit (blood-stained rabbit). Nak tak nak, sebab Oz nak keluar daripada Abyss tu dia terpaksa sealed a contract with Alice. Oz berjaya keluar daripada Abyss, tapi dia terkejut dengan beberapa perkara yang terjadi selepas itu. Oz ditemui oleh Sharon Rainsworth, Xarxes Break (servant of Sharon) dan Raven Nightray. Oz sebenarnya sudah dianggap mati sejak coming of age ceremony tu jadi kepulangan dia terpaksa dirahsiakan. 


Sharon, Break dan Raven merupakan ahli Pandora, satu organisasi yang ditubuhkan oleh The Four Great Dukedoms untuk menyiasat hal yang berkait dengan Abyss. Break pula lepas tahu pasal kewujudan Alice dia cuba untuk membunuh Alice. Tapi Alice langsung tak tahu apa-apa pasal Abyss sebab amnesia. Alice percaya the pieces of her memories ada kat luar Abyss. Dan pasal music pocket watch yang Oz jumpa sebelum ni, Alice kata muzik tu seakan-akan nostalgic.

Apa yang mengejutkan Oz, rupa-rupanya dah 10 tahun berlalu sejak dia ditarik masuk ke dalam Abyss. Walaupun tubuh dia kekal seperti mana dia berusia 15 tahun dulu, tapi masa sepanjang dia berada di dalam Abyss tak dapat dikembalikan.

Sejak hari Oz kembali dari Abyss, Oz dikatakan menyimpan kunci mengenai misteri Tragedy of Sabrie, suatu tragedi yang melibatkan kota Sabrie ditarik masuk ke dalam Abyss. Hero for Tragedy of Sabrie pula merupakan moyang Oz, Jack Vessalius. Music pocket watch yang Oz jumpa sebelum ni dibuat oleh Jack dan musicnya pula di-compose oleh Glen Baskerville, yang dikatakan penyebab Tragedy of Sabrie. Tragedy of Sabrie masih lagi menyimpan banyak rahsia walaupun dah 100 tahun berlalu.

Jack Vessalius

Anime ni memang banyak misteri jadi memang takleh nak skip tengok mana-mana part kalau boleh. Dah banyak kali juga Hana ulang anime ni. Memang best (Y) Cuma harap-harap akan ada Season 2 pula sebab rasa tak complete. Manga Pandora Hearts pula dah ada banyak chapters.

Till then.
Wassalam.

2 comments:

  1. huloo!~ hana! pandora heart nih meme best!~ >w<)/ i love gil!~ cumey!~

    ohh... hope dapat kenal hana kat unikl nih >w<)/ saya B.E~

    ReplyDelete
  2. game pun ade kan. hehe. mcm familiar pandora ni. :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News