Wednesday, December 25, 2013

582#Ai no Kotoba ~ Weekenders' Reach : Cook & Feed @ Rumah Anak Yatim Nasuha


15 Disember lepas, Hana join program Weekenders' Club :) Aktiviti amal di Rumah Anak Yatim Nasuha, Gombak.

Err... Apakah itu Weekenders' Club?

Kalau nak ikutkan description kat group :
          Weekenders ialah kelab untuk orang yg kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem! *yang syariah compliant :)

Ahli Weekenders' biasanya di-short form-kan sebagai Kender. Kepada sesiapa yang berminat nak join aktiviti Weekenders', anda boleh join group Weekenders' Club. Kalau ada program yang akan dijalankan, join aje. Nak masuk kelab ni tak perlu isi borang keahlian ke apa ke :)

Berbalik kepada tajuk, program di Rumah Anak Yatim Nasuha ni bukannya program amal yang biasanya pergi cuci rumah anak yatim tu, bukan. Kitorang pergi buat pancake sama-sama dengan mereka :) 

Mula-mula, ada Treasure Hunt. Tujuan utama untuk Treasure Hunt ni adalah untuk setiap kumpulan mengumpul barang-barang yang dikehendaki untuk buat pancake : telur, soda bikarbonat, tepung, esen vanila dll. Hana jaga checkpoint batu seremban. Yang menyedihkan Hana dah takde bakat nak main batu seremban. Nasib baik Iji yang jaga checkpoint sekali dengan Hana pandai main. Budak-budak tu semua terer main tau (T__T) Kalah yang dewasa ni.

Lepas kumpul semua bahan, bermulalah aktiviti masak-masak :p He he. Macam-macam bentuk pancake budak-budak tu buat. Mereka buat sendiri tau :) Sambil-sambil kitorang guide. Ceria betul mereka boleh cuba sesuatu yang baru :)




Ini Nadia. Budak yang paling pendiam sekali sepanjang aktiviti ni. Kecik aje orangnya. Hana ingatkan dia baru aje masuk rumah anak-anak yatim tu sebab tengok dia senyap aje, jarang senyum dan gelak rupanya dia dah lama masuk. Ada kakak yang kata Naufal tu abang dia. Naufal salah seorang penghuni rumah anak-anak yatim ni :)

Siap bawa buku resipi pancake! Hee :D



Menarik tak? Ada banyakkkkk sangat toppings yang Kenders sediakan :) Ada marshmallows, Hershey's Chocolate Syrup, whipping cream, sliced bananas, chocolate chips, strawberry jam etc!

Pancake kasih sayang :)

Sepanjang join aktiviti ni, banyak betul perkara yang boleh menginsafkan diri ni (T__T) Mereka semua kecik-kecik lagi tapi dah terpaksa hidup tanpa ibu bapa. Pakaian kebanyakannya lusuh. Alhamdulillah mereka boleh tersenyum gembira dan bergelak ketawa sesama mereka lagi :) 

Kita yang masih ada ibu bapa ni janganlah demand sangat. Syukur alhamdulillah sebab kita dapat merasa kasih sayang ibu bapa, tinggal serumah dengan mereka. Peringatan sesama kita.


Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Ini pancake Hana! Letak semua hampir toppings :p Tamak oh tamak. Hahaha :p


Till then.
Wassalam.

-scheduled post - ditaip pada 21/12/2013

7 comments:

  1. semoga kisah mereka yang tiada ibu dan bapa di ambil iktibar oleh mereka yang masih ada kedua-duanya

    ReplyDelete
  2. menggembirakan anak yatim satu tugas yang murni.. semoga dapat diteruskan program sebegini pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  3. waa.. bestnya.. aktiviti mcm ni best kan.. akak teringin la nak join group ni.. mmg satu malaysia ek? tapi, tkut lak kalo xleh beri komitmen.. huhu...

    ReplyDelete
  4. tq hana :) kalo cmtu, nk join la.. :)

    ReplyDelete
  5. tq hana :) akak dh join group tu.. insyaAllah, semoga Allah beri kelapangan utk join aktiviti2 dorg..

    ReplyDelete
  6. best nya aktiviti macam nie . di samping boleh mengingatkan diri kita supaya tidak terlalu bangga dan riak :)

    ReplyDelete
  7. best juga joint aktiviti cam ni...comel le adik nadia tuu..

    wah pencake hana...hahahah..meriah

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News