About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, April 30, 2013

420#Ai no Kotoba ~ Dua Parcels & Handsock Jejari Daripada KB


Dalam pukul 4.30 PM tadi, mama masuk bilik dengan dua parcels kat tangan :) Satu tebal sangat satu lagi nipis sangat! Yang nipis tu dah dapat agak apa, tapi bila tengok parcel yang tebal semacam aje tu mulalah confuse.

Mama : " Barang kakak order dan novel KN dan sampai."

Me : " Novel? Yayyy!"

Bukalah balutan novel tu. Yes! Kelima-lima novel terbitan Mei syarikat Kaki Novel selamat sampai kat rumah! He he :D Tak sangka KN dah post novel ni :) Novel free lagi x) Suka suka suka!



Semuanya novel yang best-best! Sila dapatkan di kedai buku berhampiran anda atau pun order aje secara online di Kaki Novel. Hajatnya nak baca Status Hati : Dia Milikku dulu :) Insya-Allah, nanti Hana buat review.

Novel makin bertambah, tapi novel-novel yang dah diterima sebelum ni pun tak habis baca lagi (-_-) *sigh*

Yang ni cerita parcel kedua pula :)

Minggu lepas Hana order handsock jejari daripada Koleksi Barakah :) Asalnya nak beli dengan orang lain, tapi memandangkan Hana tak confirm lagi dan KB ada buat early birds prize last week untuk 20 pasang terawal, Hana pun place order dengan KB :)

Hana order warna pink, blue turquoise dan dark brown. Memang dah lama cari pink tu. Dulu beli masa kat kolej, beli warna hitam, light blue dan light purple. Mencarilah warna pink tapi tak ada jual :( Disebabkan KB buka stok baru dengan pelbagai lagi warna menarik selain daripada hitam dan brown, apa lagi, order ajelah :)


Hana beli jenis jejari macam ni sebab tangan Hana kecik (-__-) Kalau beli yang jenis bukaan lengan biasa tu, memang wajib kena jahit bagi ketat melekat kat pergelangan tangan. Tak jahit? Sah-sah longgar (-__-) Kiranya kalau beli jenis jejari ni dapat jimatkan masa untuk menjahit :P Ha ha! Malas aje sebenarnya. Tapi kan, pakai yang ni pun longgar lagi (-__-) Nasib baik kalau pakai yang ni tak melorot ke bawah masa angkat tangan.

Tadi tauke KB ada beritahu, kalau ada sesiapa yang berminat nak order handsock jejari ni beliau dah jual murah. Sepasang RM 5 tapi kalau dua pasang dan ke atas, boleh dapat RM 4 untuk sepasang. Sama harga dengan yang Hana beli masa kat kolej dulu :) Murah kan?

Oh ya! Yang ni Hana beli dengan harga RM 3 sepasang sebab dah order awal-awal masa tengok promo 20 pasang terawal tu :) 


Ini antara warna handsock jejari yang beliau jual :
1 . White
2. Pink
3. Light pink (macam yang Hana beli)
4. Blue turquoise
5. Grey
6. Dark blue
7. Dark brown
8. Black

Menarik kan? Banyak betul pilihan (^__^)

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah order dengan Koleksi Barakah. Selain handsock jejari, banyak lagi barangan yang beliau jual. Boleh tengok sendiri dalam album. Jangan lupa like fan page FB dan add friend!

nota : menanti parcel daripada ZALORA :) Lewat pukul 6 PM semalam baru dapat kod free voucher RM 50 tu. Harap-harap sampai esok! (^__^)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

419#Ai no Kotoba ~ Tukar Header :)


Hana dah tukar header! He he :) Just edit sikit. Crop gambar Dear Diary tu daripada header lama kemudian paste kat header baru :) Malas nak buat banyak lagi. Padan camtu aje dulu :)

Kat bawah ni header baru :)


Yang ni pula header lama :)


Simple aje kan dua-dua? 

Untuk header baru tu Hana guna Kmkie font untuk Hana Says dan Valentine In Love font untuk quotes tu. Kenapa Hana Says? Sebab Hana terfikir untuk guna domain sendiri dengan nama hanasays.com. Insya-Allah, kalau ada rezeki :) Tengah fikir lagi nak kekal guna blogspot.com atau domain sendiri.

hanasays.com juga sebab Hana tak dapat decide lagi nak guna haruno-hana.com atau hanazuria.com :P He he. Dua-dua bermakna untuk Hana tau? Too precious :)

Oh ya! Setakat ni semua freebies dan header yang Hana buat Hana guna Photoscape aje. Tak boleh nak download dan guna Photoshop. Insya-Allah, one fine day. He he :D

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

418#Ai no Kotoba ~ Thanks For Being Born, Mama! ♥



There're lots of words I wanna say to you.
You're the best girlfriend of mine.
You're the best cook for me.
You're the most supportive woman I ever had.
You're the most loving woman to me.
You're the sparkle star in my dark days.
You're the shining sun in our home sweet home.
You're my everything!
Thanks for being born, mama!

Selamat hari lahir yang ke 43, mama! Still awet muda gitu :3

Kakak tahu kakak banyak buat salah, degil, tak dengar cakap mama sepanjang hampir 19 tahun kakak bernafas di bumi Allah ini, but I'm totally sorry! 

Masa Teacher Husaini cerita masa beliau melahirkan anak sulungnya, rasa kagum, takut dan sedih mula terasa. Terfikir, macam tu ke masa mama lahirkan kakak dulu, your first child ever. Then, teacher kata ianya memang pengalaman yang menyakitkan but it's something to be cherished forever. The precious moments to all the moms in this world!

Selamat hari lahir sekali lagi. Kakak sayang mama, even malu nak tunjuk. He he. Thanks for being born and thanks for being the best mom, girlfriend, adviser, ustazah all in one to all of us! 

Alhamdulillah.

Moga mama panjang umur dan sentiasa loving dan bahagia dengan abah :) Mama dan abahlah pasangan paling romantik bagi kakak sepanjang hidup kakak.

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, April 28, 2013

417#Ai no Kotoba ~ Cover e-Novel 464 Untuk Nini



Comel tak? He he he :3

Yang ni cover terbaru untuk e-novel 464 Untuk Nini di blog e-novel Hana. Blog Colours ~ Melody and Harmony yang merupakan blog pertama yang Hana create tahun 2009 dulu :)

Tajuk asal e-novel ni panjang sangat :P He he! 464 + 143 = Naj + Nini. So, Hana tukar tajuk dan buat cover baru. Jadilah 464 Untuk Nini :3 Pendek kan? Previous title tu panjang sangat lorh. Ho ho ho!

E-novel ni mengisahkan si Najwan Faqqimi (sila Google Mukai Osamu :P) yang menjaga anak saudara sejak kematian adik kembarnya, Najwa Sofia sehingga tidak mempedulikan mengenai cinta dan perkahwinan. Auni Ammaleeyna (sila Google Han Hyo Joo :P) ni pula si heroine yang tidak pernah bercinta juga. Citer punya citer punya citer, kahwinlah mereka dua ni :)

Tapi part yang Hana nak tekankan lepas diorang kahwin. Sengaja cipta watak seorang lelaki yang penyabar seperti Najwan dan si gadis yang periang seperti Auni :) Sampaikan Hana jatuh cinta dengan watak yang dicipta oleh Hana sendiri :P Ha ha ha!

Sekarang baru upload Prolog dan Bab 1 aje di blog e-novel.

Prolog. Klik SINI.
Bab 1. Klik SINI

Sneak peek untuk Prolog.

Selamat tinggal, Najwa Sofia. Along janji, Along akan jaga anak Wawa seperti anak Along sendiri. Itu janji Along untuk adik Along. Terima kasih Wawa, selama ini, sudi jadi adik Along. Selamat tinggal.

Sneak peek untuk Bab 1.

“ Awak dah bagi wrong information kat saya tadi. Bos awak kata dia dah datang awal pagi lagi,” tutur lelaki itu mengenai pertemuan mereka awal pagi tadi. Senyuman tetap terukir pada wajah bersih itu.

            “ Err…” Auni dah tak tahu nak kata apa. Kawan bos ni marah aku ke? Muka senyum bagai aje ni.


Yang ni special! Masa Najwan lamar Auni!

Sneak peek masa Najwan lamar Auni :3

“ Baiklah, baiklah. Sekarang, saya ada dua options untuk awak,” kata Najwan selepas menyedari tahap kebengangan Auni sudah bertambah. Auni sudah menarik senyum. Tentu salah satu pilihan itu akan berpihak kepadanya.

          “ So, tell me the options,” kata Auni tidak sabar-sabar. Najwan tersenyum. Siaplah dia ni.

          “ Okay, I’ll give you two options. First, be mine. Second, make me yours,” kata Najwan selamba. Auni sudah jatuh rahang sebaik sahaja kedua-dua pilihan yang dinyatakan oleh Najwan didengari dengan teliti.

          “ Awak..” Auni kematian kata-kata. Tak adil! Berat sebelah!

          Najwan mengukir senyum dengan muka tenang tanpa riak bersalah. “ See? I’m giving you two choices? Awak nak pilih yang mana satu?”


Sudi-sudikanlah membaca dan memberi komen anda kepada sesiapa yang gemar membaca novel itu ^^ Enjoy reading!

Till then.
Wassalam.




Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

416#Ai no Kotoba ~ Pelajar Perempuan & Tan Sri



Boleh baca tak? Malas nak taip :P He he.

Terfikir kisah macam ni dua hari lepas. 

Kita hanyalah hamba Allah yang hina. Mengemis pahala dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dari sehari ke sehari sebagai bekalan ke syurga-Nya.

Pernah tengok gambar Keukenhof Park di Holland? Subhanallah! Tersangat cantik kan? Itu baru tengok gambar, belum tengok live lagi. Kalaulah Keukenhof Park di dunia sudah secantik itu, apatah lagi gambaran indahnya syurga ciptaan Ilahi :)

Peringatan untuk diri sendiri dan kalian juga :)

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, April 27, 2013

415#Ai no Kotoba ~ Writer's Fact : Surviving Your Relationship With A Writer :P



Jumpa ni kat page Writers Write :)

Hana utamakan nombor 4, 5, 6, 7 dan 9. Yang lain tu tak kisah sangat. Biasa-biasa aje :)

Alasan?

No 4 : Manalah tahu tengah buat research pasal yakuza ke, bom nuklear ke, sejarah komunis ke, ada yang dapat wrong idea :P Kat dunia ni macam-macam kemungkinan ada. Kalau ada orang yang take it seriously memang bahaya. He he :D Research pun diperlukan agar tak bagi fakta yang salah :)

No 5 : Malu! Yes, malu! Sebab masa nak menaip tu macam-macam idea nak diketengahkan. Tapi boleh terbantut kalau ada orang di sebelah yang duduk untuk tengok kita menaip :) Malu nak sambung menaip kalau macam tu. Nak main ayat-ayat cinta pun malu :P Ahaks! Kalau nak baca, kena baca yang dah siap dipost kat blog dll. He he :D Malu! (>///<)

No 6 : Nak balas dendam :P Ha ha ha! Boleh jadi isi dalam novel juga ni. Manalah tau cara bergaduh tu unik ke :P He he :D Jadikan nama orang yang nak cari gaduh tu sebagai antagonis dalam novel pun boleh :P He he *evil grin*

No 7 : Yes! We need ideas and materials! Apa yang berlaku dalam novel sebenarnya klise masyarakat. Even novel yang mengetengahkan pasal dunia kongsi gelap atau dendam antara ahli keluarga. Semuanya terjadi dalam masyarakat, cuma tidak berlaku kepada semua orang. We need new ideas to elaborate :) Untuk mengelakkan ada pertindanan idea sesama penulis juga ;)

No 9 : Buku untuk mencatat, that's it! Sebab bukan semua idea atau material kita boleh ingat. Macam Hana, before mulakan sesuatu cerita tu Hana akan tulis nama penuh semua watak, umur mereka, lahir bila, asal kat mana dll. Nampak remeh tapi penting. Kot-kot tersilap tulis nanti. Lepas tu baru rangka story line macam mana. So, notebook tersangatlah penting walaupun penulis tu cuma guna laptop aje untuk menaip. And for chocolate, I love it! Dark choc is my favourite sebab tak manis sangat. Penting untuk mengunyah coklat masa menulis. Syok sikit :P He he!

Nombor pilihan anda? Share sikit :)

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, April 26, 2013

414#Ai no Kotoba ~ Mat Luthfi : Memilih Pemimpin Untuk Noobs


Video terbaru Mat Luthfi :) 

Sempena PRU13. He he :D


He got nice points here :)

Good job Mat Luthfi! Boleh lak nyanyi kat last part tu. Ha Ha :D

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, April 25, 2013

413#Ai no Kotoba ~ Indahnya Bersyukur :)


" Bosannya pagi ni tak tahu nak buat apa."

" Breakfast biskut kering aje? Mana best!"

" Hidup aku ni memang lifeless. Bosan. Semua yang aku buat tak kena."

Dalam kita mengeluh, kita tak tahu.

Ada beribu-ribu malah beratus ribu orang di luar sana sedang mengalami ketakutan. Sedang berjuang untuk hidup.

Takut dibunuh, takut dengan masa depan yang terasa gelap, takut diri mereka dieksploitasi oleh pihak tertentu malah takut untuk meneruskan hidup.

Bangkit daripada tidur, ucapkan 'Alhamdulillah'.

Sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk memulakan hari yang baru. Sekurang-kurangnya kita diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi-Nya. Sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk menebus dosa-dosa kita.

Bersyukur.

Peringatan untuk diri sendiri dan kalian juga :)

Selamat malam. Fi hifzillah. Moga kalian berada dalam lindungan Allah SWT.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Wednesday, April 24, 2013

412#Ai no Kotoba ~ Ada Nak Exchange Link E-novel?


Gambar yang tak ada kaitan. Cuma suka dengan ayat tu :)

Hana dah bukak balik blog e-novel! Sini sini! Klik SINI! He he :D Untuk sesiapa yang minat baca novel onlinelah. Dah lama sangat tinggalkan blog tu. Penuh dengan sawang kot! K, hiperbola.

Ehem! Ehem!

Sebenarnya nak tanya, ada sesiapa nak exhange link blog e-novel korang tak? Sebab Hana baru aje ubah balik blog tu, so bloglist kosong. Untuk yang ada blog e-novel sahaja! Bukan blog personal. Blog e-novel + blog personal? 2 in 1? Boleh ajelah.

Kalau ada sesiapa yang nak, boleh letak link kat komen untuk entri ni. Syaratnya masukkan link blog e-novel Hana sekali tau? :) Link yang NI. Kepada yang rasa nak baca karya Hana yang tidak seberapa, bolehlah singgah ke blog Colours~Melody and Harmony :) Baru nak aktif balik aje lepas cleaning process. He he. Cleaning process lah sangat kan?

Nak kasi sneak peek untuk Bintang Timur Untukku lagi. Ter-excited! Alhamdulillah. Dah sampai Bab 10. Target Hana nak siapkan paling banyak dua bab aje sehari. Insya-Allah :) Ganbatte!

Lelaki dalam gambar ni Fatih Seferagic, bukan Zain Saidin :)
Fatih Seferagic lebih handsome, lebih muda dan lebih soleh daripada Zain Saidin. 
Kurang-kurang Fatih Seferagic ni hafaz 30 juz Al Quran.
Zain Saidin ada? *statement sentap*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman tidak lekang daripada wajah bersih Fateh. Akhirnya dapat juga dia menarik nafas lega. Lamaran sudah dibuat, sekarang dia perlu luangkan sedikit masa agar Aya mengenali dirinya. Serta merta dia teringat akan ibu gadis itu. Pesanan yang pernah wanita separuh umur itu berikan kepadanya lima tahun dahulu masih segar dalam kotak ingatannya.

            “ Kalau kamu betul-betul ikhlas sayangkan anak mak cik, datang cari dia balik, bertemu dengannya. Mak cik tak kisah kamu ambil masa berapa tahun. Selagi anak mak cik belum kahwin, selagi perasaan kamu pada dia masih suci, datang cari dia balik. Insya-Allah, kalau betul anak mak cik jodoh kamu, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya.”

            Fateh senyum lagi. Dia sudah kembali untuk menemui Aya seperti mana nasihat ibu gadis itu. Perasaannya pada Aya kian bertambah, tidak pernah berkurang walau sudah lima tahun dia tidak dapat melihat gadis itu di hadapannya.

            Insya-Allah, semuanya akan dimudahkan oleh-Nya. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Pasal abang Khaulah tadi ya?”

            Riak pada wajah Aya berubah terkejut. Cepatnya ibu dapat teka?

            “ Apa yang abang Khaulah cakapkan kat Aya?” Puan Aafiya meneruskan soalan. Rambut Aya yang melindungi dahi diselit ke belakang telinga.

            “ Dia…” Aya ketap bibir. Malunya! Ibu masih tersenyum kepadanya, “ … lamar Aya.”

            Alhamdulillah, ucap Puan Aafiya dalam hati. Ternyata anak muda itu bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aya. Kata-kata yang pernah Fateh ucapkan kepadanya pada hari terakhir lelaki itu datang melawat Aya sentiasa diingatinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali anak lelaki Puan Yasmeen itu, tetapi Puan Aafiya tahu Fateh merupakan seorang lelaki yang baik. Dan hari ini, anak muda itu datang menemui Aya kembali.

            “ Insya-Allah, mak cik. Saya akan cari Aya balik lepas saya pulang ke Malaysia. Dan, bila hari tu dah tiba saya harap mak cik dapat berikan restu mak cik kepada saya untuk memperisterikan Aya.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Ada ke orang yang nak jadikan gadis yang cacat macam Aya ni isteri?”

            Air mata Aya berlinangan juga. Sudah lama dia menahan air mata itu. Tangannya mengenggam pada paha yang ditutupi dengan kain tebal. Puan Aafiya tergamam.

            “ Kenapa cakap macam tu, sayang? Tak baik tau rendah diri macam tu,” Puan Aafiya bersuara bimbang.

            Inilah perkara yang ditakutinya sekiranya ada lelaki datang melamar Aya. Tentu Aya akan menjadikan fizikalnya yang lumpuh separuh badan sebagai alasan untuk tidak menerima lamaran itu.

            “ Sanggup ke dia layan Aya hari-hari? Ibu kan tau, Aya tak suka susahkan sesiapa. Cukuplah Aya susahkan ibu, Ami dan Mak Cik Nani aje. Aya takut ibu… Aya takut kalau suatu hari nanti, dia akan buang Aya lepas dia bosan dengan Aya.”

            Air mata Aya semakin lebat mengalir. Puan Aafiya pantas bangun lalu dia memeluk tubuh kecil anaknya. Tubuh Aya menggigil dalam pelukannya. Pelukannya semakin dieratkan.

            “ Sayang…” Rambut panjang mengurai Aya yang dibiarkan lepas bebas diusap, “ … ibu kenal abang Khaulah. Dialah lelaki yang selamatkan Aya dari kemalangan tu. Dia jugalah yang sanggup bersusah payah datang ke hospital setiap hari untuk tengok Aya walaupun Aya masih koma sebab kemalangan tu.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesiapa yang berminat nak exchanged link blog e-novel masing-masing, komen URL blog e-novel korang ya? Terima kasih! ^^

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Tuesday, April 23, 2013

411#Ai no Kotoba ~ Sneak Peek Bintang Timur Untukku



Selamaaaaaaaatttt pagiiiiiiiiii!

Okey, dah nak masuk tengah hari :)

Tak tahu nak update apa sebenarnya ni (-__-) So I decide to give a few sneak peeks of Bintang Timur Untukku. Erk.. malu *pekup muka*

Baru aje masuk pertengahan Bab 7. He he :D Manalah nak siap kalau tergoda dengan FB dan Twitter. Lagipun kawan-kawan pakat cuak dah tu. Tak lama lagi dah nak dapat result final exam Sem 2. Hana pun terasa cuak sekali. Ayoyoyo.

Ehem, ehem. Silalah baca sneak peeks pada yang sudi ya? He he. Insya-Allah Hana akan masukkan balik dalam blog e-novel Hana. Sekarang ni tengah privatekan blog tu buat sementara waktu. Hee~ :))

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senyuman terbit pada wajah Fateh. Dia melihat kepada gambar gadis itu yang diambil secara tidak sengaja. Mungkin ini tuahnya. Tuah untuknya sebelum berangkat ke luar negara dalam masa beberapa hari sahaja lagi. 

Bam!

Bunyi dentuman di luar Teratak Kasih mematikan senyuman Fateh. Teragak-agak dia mengangkat wajah sebelum dia disambut dengan sesuatu yang mengerikan. Susuk tubuh seorang gadis sedang terdampar di atas jalan raya. Tubuh itu berlumuran darah. Kereta hitam tadi sudah laju meninggalkan tubuh kaku itu.

“ Aya Sofia!” 

Aya Sofia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi notifikasi pada telefon bimbitnya menarik perhatian Khaulah. Dia tersenyum meleret saat membaca sebuah mesej yang diterima daripada seseorang. Aya langsung tidak perasan dengan tingkah Khaulah yang sedang tersenyum simpul.

She looked safe and sound. I wish I could be home soon. 

Mesej itu segera dibalas. Sesekali mata Khaulah singgah pada Aya yang sedang melayan kanak-kanak di sekitar mereka. 

Come home soon. Adik tahu Angah nak sangat jumpa dia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Kau nak beli untuk siapa?” Syamir bertanya. Dia sudah puas membeli apa yang diingininya dari kedai itu.

“ Family aku, kawan-kawan..” Tumpuan Fateh lebih kepada cenderamata di hadapannya berbanding Syamir di sebelah. Hasnun dan Indra turut mendapatkannya. 

Indra tersenyum mengusik. Tangannya mencapai sebatang kayu panjang yang mempunyai ukiran dua bunga tulip sedang melingkari antara satu sama lain. Sebaris ayat turut diukir sama pada hujung kiri kayu panjang tersebut.

Ik hou van je. 

“ Untuk bakal isteri tak nak beli apa-apa?” Mata Indra melirik kepada Fateh.

Fateh terkedu. Dia menarik senyum simpul. Wajah Aya terbayang dalam mindanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu kerdipan bintang yang lebih terang daripada bintang-bintang lain menarik perhatian Fateh. Sejurus itu mindanya kembali menerawang memikirkan seorang gadis yang sudah lama bertakhta dalam hatinya.

Diakah bintang timur yang aku cari selama ini?

Fateh teringat akan suatu artikel yang pernah dibacanya bertahun-tahun yang lalu. Terlalu lama sehinggakan dia terlupa dari mana dia membaca artikel itu. Walau bagaimanapun, isi artikel itu terlalu bermakna baginya. Hati lelakinya tersentuh sebaik sahaja dia selesai membaca artikel tersebut.


Tu aje kot yang Hana nak kongsi *pekup muka malu* Selamat membaca! Sila doakan Hana berjaya siapkan BTU ini ya? Muchas gracias!

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, April 22, 2013

410#Ai no Kotoba ~ Bintang Timur Untukku #Random



Fatih Seferagic sebagai Al Fateh b. Fathurrahman.
Heliza Helmi sebagai Aya Sofia bt. Muhammad.

Siapa? Untuk apa?

Sekarang Hana tengah usahakan manuskrip ni :) Baru sampai Bab 6, muka surat 49. Dua orang ni bayangan watak oleh Hana aje. He he :D 

Ingatkan nak tumpu pada yang ni aje. Insya-Allah. Kalau terkena writer's block untuk Bintang Timur Untukku, terpaksalah beralih kepada manuskrip lain pula.

Alhamdulillah. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma jari asyik sakit-sakit aje sebab tak biasa lagi guna on-screen keyboard. Hana guna on-screen keyboard masa nak guna spacebar aje :) Hee~

Terfikir untuk publish kat blog e-novel Hana lepas buat Bab 20. Insya-Allah. Sekurang-kurangnya ada banyak bab spare. Target kali ni lebih daripada 400 pages Microsoft Word. Insya-Allah.

Moga Dia permudahkan. Aamin.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

409#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Durarara!!




Anime 25 episod bergenre shounen dan supernatural yang baru sahaja habis tengok. Durarara!! atau DRRR!! for short. Hee :D

Mengisahkan Ryugamine Mikado yang datang ke Ikebukuro, Tokyo untuk masuk high school yang sama dengan kawan masa kecik dia, Kida Masaomi. Di Ikebukuro, bandar maju yang padat dengan penduduk tapi ada misteri yang tersembunyi. Setting dalam anime ni mostly kat Ikebukuro dan sedikit di bandar Shinjuku.

Kat sini Mikado mula kenal the headless driver (Celty) yang jadi urban legend of Ikebukuro, Heiwajima Shizuo the strongest man, Orihara Izaya the dangerous and sadist information dealer dan gangs yang ada kat Ikebukuro. Masa ni kumpulan The Dollars kian famous tapi takde satu pun yang dapat tau ahli The Dollars sebab The Dollars ni colourless gang. Tak macam The Yellow Scarves dan The Blue Squares yang ada warna lambang kumpulan diorang.



Mikado (in green jacket) dan Masomi (in white). Lelaki kat belakang tu Izaya.

Macam-macam yang terjadi. Dari kes The Slasher dan tanggapan orang ramai terhadap The Dollars dan Celty. Rupa-rupanya Mikado sendiri founder of The Dollars. Ahli The Dollars susah nak kenal satu sama lain sebab takde identiti kumpulan. 

Paling best masa ahli The Dollars berpakat untuk selamatkan Sonohara Anri, kawan baik Mikado dan Masaomi masa Anri dikejar oleh ahli The Yellow Scarves. Ha ha x) Masa first gathering kumpulan The Dollars pun best. Masa tu baru tahu ramai sangat ahli The Dollars.

Anime ni banyak main naratif oleh setiap watak. Mula-mula tengok tu cam bosan je anime ni. Lepas tu, excited pulak x) 


Dalam anime ni suka tengok part antara Heiwajima Shizuo (the blond) dan Orihara Izaya (the black). Pantang jumpa mesti melayang barang yang ada kat sekitar diorang. Rival sejak zaman high school lagi. Tahap nak membunuh pun ada bila dua orang ni jumpa x) 

Then, sekarang nak tengok Code Geass : Lelouch of the Rebellion Season 2 for the second time x)

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, April 21, 2013

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira


Dah lama kot tak join segmen. He he :D

So, terasa nak join segmen yang Kak Aisyah Humaira buat :)

Satu segmen yang simple. Jom pakat-pakat join :)


Klik banner untuk join!

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, April 20, 2013

408#Ai no Kotoba ~ Adik Mat Luthfi?



Tak pernah tahu pula adik Mat Luthfi ni vlogger jugak. Dapat trait dari abang dia kot. He he :D

Abdullah Fahmi ni adik Mat Luthfi, atau kat Youtube dikenali dengan channel sayapemalu. Penuntut jurusan medik kat Cairo dan dikenali dengan nama Lah Fahmi di Facebook dan Dolah oleh abangnya. Ha ha :D


Video Kucingku Aki by Mat Luthfi! Adik dia si Lah Fahmi ni pun ada sekali dalam video ni. He he :D Video lama dah ni. 

Setakat ni tengok Mat Luthfi and his brothers ajelah. Tak pernah lagi nampak adik-adik perempuan dia dalam video-video mereka. Video Lah Fahmi pun best! Ada gaya Mat Luthfi sikit. Boleh bantai gelak tengok video diorang ni.

Tabiklah. Sorang study Masters kat Australia, sorang study medik kat Cairo :) Jadi role model masyarakat. Dan untuk family juga.

Entah-entah, si Ali pun nanti join venture dengan abang dia dua orang ni jadi vlogger bila dah besar. Ha ha :D


Antara video best Lah Fahmi :)

Hana kenal Mat Luthfi baru aje. Last two years kot. Tu pun sebab si Najwa dok recommend tengok video Mat Luthfi. Hana duduk kat hostel for five years and kalau balik rumah tu, nak bukak Youtube pun payah. Lebih tumpu kat benda lain. First video Mat Luthfi yang Hana tengok Rant On Lagu Cinta. Start tulah mula berjinak-jinak dengan video Mat Luthfi.

And tu first time sedar yang ada orang muda Melayu mampu buat video ilmiah dan mempunyai mesej-mesej tersembunyi macam ni. Kalau tak, asyik dengar pasal video 3GP aje (-__-) Low class meh. Takde nilai moral langsung. Tapi tulah apa yang sesetengah pengarah filem Malaysia suka masukkan dalam filem diorang. Contohnya Mencari Cinta. Eh?

Tapi setakat ni tengok video Mat Luthfi aje yang masuk kategori wajib. sayapemalu, MrTheAllShared dll tu kadang-kadang aje. Subscribe channel Mat Luthfi aje. Hee :D

All the best to LuthfiFahmi brothers!

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

407#Ai no Kotoba ~ Weekend Time!



Happy weekend!

First of all, nak ucap terima kasihlah kat yang pesan kat Hana suruh makan ubat, rehat, jaga diri baik-baik dll. He he. Terima kasih banyak-banyak tau! Alhamdulillah, makin sihat. Cuma tekak ni perit sikit aje lagi.

Dua hari lepas kot, lepas Hana post previous entry, sekali lagi keyboard meragam. Demam sekali dengan tuan dia agaknya. Spacing rosak balik :/ . Bayangkan laptop, netbook atau komputer tanpa boleh guna spacebar? Terseksa you (T__T) So, nak jadi ceritanya, netbook tersayang ni Hana gunakan untuk habis tengok Durarara!! aje. He he. 

Jadi macam ni kalau tak leh guna specabar :

1. SpacingTakBolehGuna
2. Spacing..tak..boleh..guna..

Nampak tak? Nampak tak? Terpaksalah Hana balas komen dan mesej kat FB macam tu (T__T) Twitter aje boleh guna kat phone sebab awal-awal lagi Hana delete FB dalam phone tu. Buat semak aje. Ha ha.

Dan, hari ni boleh guna balik. He he. Harap-harap bertahan lamalah sikit spacebar ni. Dah cakap kat abah, nak beli keyboard ngan USB tu. Ada ke abah kata lepas PRU13? Banyak cantik (>__<) Lambat lagi tau PRU13 tu! He he. Mana taknya, abah sibuk sikit minggu depan. Sibuk ngan sekolahlah (-__-) Nasib, nasib.

Tapi mama dah kata, insya-Allah Khamis minggu depan dah boleh pergi cari keyboard tu kat KB Mall. Hana pun dah lama tak pergi. He he.

Dear spacebar, tolonglah bertahan paling lama dua minggu lagi, okey?

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, April 18, 2013

406#Ai no Kotoba ~ Koff Koff!


Eletrik still ada, alhamdulillah. Tak tahulah kerja-kerja selenggara tu nak start bila.

Tapi...


Bangun pagi tadi, tekak dah sakit. Sekarang, kaki dan tangan dah lenguh-lenguh, rasa sejuk semacam aje. Kepala pun rasa berat. 

Nampak gaya macam nak demam aje (-__-)

Nasib baik tak selesema sekali. Alhamdulillah.

Sabarlah hati, sakit kan penghapus dosa kecil. Tapi harap sangat demam tak melarat sampai esok dan lusa. Sebab sepatutnya Hana join baking class dengan kawan Hana kat KB esok dan lusa. Insya-Allah boleh join.

Nak pergi tidur. Nanti Hana balas balik kunjungan.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

405#Ai no Kotoba ~ Tak Ada Eletrik?



Tengah hari kelmarin dapat notis daripada TNB. Oh, rupanya mereka nak buat kerja-kerja penyelenggaraan  pada 17 April. Bermula jam 11 AM dan dijangka siap menjelang 6 PM. Macam tu lah alkisah notis putih tu.

Mulalah caj laptop dan phone dengan gigihnya malam tu sebab nak prepare awal-awal sebelum eletrik tak ada. Tunggu punya tunggulah pagi semalam, eh? Eletrik still ada?

Tak jadi kot.

Petang semalam pun hujan turun. Pasal cuaca kot tak jadi. Takleh bayangkan mereka buat kerja-kerja penyelenggaraan masa guruh tengah berdentum kat langit tu.

Hari ni? Tak tahu. Kalau jadi, alamatnya tak onlinelah sampai ke petang. He he. Sebab kat rumah Hana kitorang guna wireless. Caj laptop penuh sebab nak sambung tengok anime aje. He he.

Kalau Hana boleh online petang ni, Hana singgahlah kat blog korang. Insya-Allah. Nak jejak balik bloggers yang sudi beri komen untuk entri-entri Hana. Yang mana kerap beri komen tu, Hana masukkan link blog diorang kat blog list. Senang nak jejak balik. Terjahlah mereka juga ya?

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Wednesday, April 17, 2013

404#Ai no Kotoba ~ Yang Mana Satu?

Yang mana satu lagi comel?

Heliza Helmi

Song Ji Hyo versi Muslimah

Dua-dua comel :)

photos credit : goes to the rightful owners

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

403#Ai no Kotoba ~ Wordless Wednesday : Him



Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

402#Ai no Kotoba ~ Gembiranyaaaa :D



Alhamdulillah!

Dua berita gembira kot. He he :D
Alhamdulillah, berjaya juga Hana siapkan manuskrip yang ingin dihantar ke Kaki Novel. Harap-harap dapat publish sebagai my second novel :) I put many efforts in this second manuscript. Insya-Allah. Kalau dah tertulis sebagai rezeki, manuskrip itu akan diterbitkan juga. Aamin.

Kedua, dah dapat balasan e-mel daripada Zalora! Ha ha :D Insya-Allah, dapat kupon RM 50 untuk dibelanjakan di Zalora. Lepas baca entry NI di blog Mama Mia, terus tertanya-tanya. Sebab makin lama makin ramai bloggers bercerita mengenai kupon RM 50 yang diterima daripada Zalora. Rupa-rupanya ini antara marketing strategy oleh pihak Zalora yang membabitkan para bloggers. 

Dah lama survey sehelai blaus ni kat Zalora. Insya-Allah, harap-harap adalah rezeki tu. He he :D

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, April 15, 2013

400#Ai no Kotoba ~ Hlovate Is Back! The Anthem!


Tengah syok scroll News Feed, nampak Cik JS post gambar ni kat page Jemari Seni. Apa lagi, menjerit sakanlah! K tipu. Tapi excited tu memang adaaaaaaaaaaa! Dah lama Hana tunggu Anthem ni publish, baru tahun ni ada. Rezeki baru ada. He he :)


Judul : Anthem
Penulis : Hlovate
Penerbitan : Jemari Seni Sdn. Bhd
Harga : Sem. Malaysia -> RM 24, Sabah/Sarawak -> RM 26

Hana start minat Hlovate ni lepas baca [tunas]. Masa tu tak publish lagi. Baca yang kawan Hana si Najwa yang dengan gigihnya pergi print daripada blog Hlovate sendiri. Sejak hari tu tangkap chenta dengan semua karya Hlovate. aA+bB, Gurindam Jiwa, 5 Tahun 5 Bulan, Contengan Jalanan, Versus, Ked's Story, Rooftop Rant. Memang minat semualah! :D

Mengikut Cik JS, Anthem ni boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ni. Bagi yang tak dapat nak pergi, boleh order online start 26 April 2013 dengan JS sendiri. Jangan lupa dapatkan Anthem!

Si penulis misteri, Hlovate. I really love her novels! Yup! Hlovate seorang perempuan dan pernah menuntut di luar negara. JS sendiri ada beritahu yang Hlovate merupakan seorang perempuan cuma identiti sebenar masih lagi dirahsiakan. Hlovate is really inspiring!

Selain Anthem, boleh dapatkan Hlovatinta juga. Hlovatinta yang menghimpunkan kata-kata Hlovate. Memang suka dengan setiap quote Hlovate dalam novel-novel beliau. Too inspiring :)


Hlovatinta ni pula cuma RM 10 :)

Kepada peminat Hlovate dan peminat novel, jangan lupakan dapatkannya!

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)