About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Friday, May 31, 2013

477#Ai no Kotoba ~ Oh Darling



Lagu ni comel.
Melody pun sama.
Agak soothing :)
He he :))

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Tuesday, May 28, 2013

476#Ai no Kotoba ~ Dah Sihat :D



Dah sihat :D

Yada yada. He he :)

Kepada kawan-kawan yang suruh makan ubat, rehat, tanya sihat ke tak dalam previous entry, terima kasih banyak-banyak. Ngehehehe :D Terharu, terharu. Terima kasih banyak-banyak tau :)

Demam dan selesema aje. Alhamdulillah dah makin baik. Itu pun semalam tidur awal lepas makan ubat. Tak tahan sangat. Pagi ni banyak tidur aje, sekarang dah kebah. Alhamdulillah :)

Hana memang macam ni kalau demam. Insya-Allah, sehari dua lepas tu dah okey. Nak demam pun susah. Risau sebenarnya sebab sekarang tengah uruskan preparation untuk ke technical training dan preparation untuk ke degree. Technical training akan bermula 8 Jun, less than two weeks from now. Degree akan bermula awal bulan September, tapi sekarang kena submit borang-borang pengesahan.

Tinggal nak scan dan online submit aje borang-borang pengesahan tu. Bertungkus lumus men-download, print dan fotostat banyak-banyak sebagai back up kononnya. Kononnyalah. :P He he.

Insya-Allah, Hana jejak blog korang lepas dah siapkan semua kerja tau? Dan terima kasih sekali lagi untuk doa kalian. Terharu :) He he.

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, May 27, 2013

475#Ai no Kotoba ~ Emmm...



Till then.
Wassalam.

nota : Nanti Hana balas kunjungan ya? Insya-Allah


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

474#Ai no Kotoba ~ May 27 : Happy 21st Anniversary :)


Happy 21st Anniversary!

To mama and abah of course! :D


27 May 1992, tarikh Mohd Zukri b. Abdullah dan Suria bt. Salleh diijabkabulkan. Baju kahwin mama pun masih ada lagi x) He he. Tapi Hana lahir tahun 1994, sebelum adik menyusul tahun 1997, 1999, 2001 dan 2008. 

Thanks for being the most wonderful parents! Insya-Allah, semoga berkekalan hingga syurga :)

Tapi mama kata, abah susah nak ingat tarikh ni (-__-) Tahun anak lahir pun selalu tak ingat. Ish3. Baru 46 tahun aje tu. Mama Hana pula baru 43 tahun :)

Mesti teringatkan simfoni May 27 by Yiruma. Yiruma mainkan this piece masa hari kahwin beliau juga. Melodi yang best dan menenangkan :)


Insya-Allah, sampai syurga :)


My new cover photo. He he :)
Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Sunday, May 26, 2013

473#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Death Note


Semalam review pasal novel, hari ni nak buat anime review yang sepatutnya dibuat dua bulan yang lalu :P Dah lama sangat simpan dalam otak, baru hari ni rajin nak buat review.


Death Note merupakan anime 37 episod. Yagami Light (atau Yagami Raito, RAITO sebutan untuk LIGHT in Japanese) seorang high school student yang berbakat, bijak serta kacak. Bapanya merupakan seorang ketua polis, Yagami Soichiro. Light cukup membenci apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kejahatan, evil doings, the crimes. Pada masa yang sama, dia tidak berpuas hati dengan sistem keadilan semasa. Baginya, the current justice system tidak benar-benar adil untuk membawa kejahatan ke muka pengadilan.

Light menemui sebuah buku nota misteri, Death Note. Death Note merupakan buku nota milik setiap Shinigami (The Grim Reaper). Sesiapa sahaja yang namanya tertulis dalam Death Note, tidak dapat lari daripada kematian. Masa kematian, insiden yang membawa kepada kematian juga dapat dimanipulasi dengan menggunakan Death Note. Syarat yang paling utama, semasa menulis nama seseorang itu wajahnya perlu jelas di minda untuk mengelakkan orang yang mempunyai nama yang sama turut mati.


Selain daripada Death Note, pemilik asal Death Note yang dijumpai Light pula menjadi teman baru Light. Shinigami pemilik asal Death Note itu bernama Ryuk. Kerana selepas terjatuh ke bumi dan diambil oleh Light, Light pula yang menjadi tuan baharu Death Note tersebut. Bermula hari itu Light mula menulis nama-nama penjenayah yang terlepas daripada hukuman atau masih belum ditahan pihak polis. Light hack masuk ke data polis menggunakan nama bapanya.

Light bersembunyi di sebalik identiti KIRA. Ada dua golongan yang muncul selepas KIRA membunuh ramai penjenayah; golongan yang menganggap KIRA itu pejuang keadilan dan golongan yang menganggap tindakan KIRA itu salah. Walaupun kadar jenayah berkurangan, tetapi cara KIRA membunuh membuatkan sesetengah orang menganggap KIRA sama sahaja dengan penjenayah.


Tidak lama kemudian, muncul L si detektif misteri. Antara Light dan L, Hana suka sangat L :P Ha ha! The number one world-rated detective! Bukan tu aje, perangai L pun pelik. He loves to bent his legs while sitting, memegang objek dengan gaya pelik dan obses sangat dengan makanan manis (kek, puding, coklat etc).

Selama L menyiasat sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar L kecuali Watari, pembantu L. Hanya melalui Watari sahaja L dapat dihubungi. Pada mulanya L menyiasat kes KIRA dengan cara yang biasa, menyembunyikan identitinya. Dan L berjaya mengesan kedudukan KIRA. Malangnya, kerana desakan pihak polis di Jepun, L terpaksa mendedahkan identiti sebenarnya. L suka menggunakan strategi secara drastik untuk mengelirukan musuhnya. Penampilan luarannya juga tidak menunjukkan sikap geniusnya.


Light berjaya masuk ke dalam kumpulan khas yang diketuai ayahnya untuk menyiasat KIRA. Malangnya Light tidak dapat membunuh L kerana dia tidak mengetahui nama sebenar L. Awal-awal lagi L sudah membuat andaian Light merupakan KIRA, malangnya dia masih tidak berupaya mencari bukti. Kes KIRA yang baru muncul namun method kali ini berlainan dengan gaya KIRA yang biasa. L mengandaikan kes yang berlaku itu merupakan perbuatan The Second KIRA. 

The Second KIRA merupakan Amane Misa, seorang model yang terkenal. Selepas Misa mengetahui Light merupakan KIRA yang sebenar, dia jatuh cinta dengan Light. Tetapi Light hanya menggunakan dia sahaja untuk menjayakan rancangannya. Misa memperoleh Death Note daripada shinigami bernama Rem. Tetapi Rem hanya menyampaikan sahaja Death Note tersebut. Pemilik Death Note tersebut merupakan shinigami yang bernama Gelus yang mati kerana memanjangkan usia Misa semasa Misa hampir mati dibunuh sebelum ini.


Dan, L berjaya mengandaikan Misa merupakan The Second KIRA. Oleh sebab L masih belum dapat mengetahui cara membunuh yang digunakan oleh kedua-dua KIRA, dia tidak dapat mendakwa Light dan Misa. Pada masa yang sama Light merancang sesuatu untuk membuktikan dia dan Misa bukannya KIRA. Memang otak bergeliga mamat ni, malangnya digunakan dengan cara yang salah.

Tamat sahaja rancangan Light, akhirnya L dan ahli-ahli kumpulan yang membantunya menyiasat kes KIRA termasuklah bapa Light mengetahui taktik yang digunakan oleh KIRA. Mereka berjaya menemui Death Note. Selepas menyentuh Death Note, mereka dapat melihat Ryuk dan Rem. Tetapi Light dan Misa tetap tidak dapat didakwa.

Malangnya! L mati :'( Sob3. Hana nangis tengok scene L mati, serius tak tipu. Dahlah masa tu baru aje L cakap Light tu kawan pertama dia, lepas tu dia mati pula. L mati kerana Light memperdaya Rem untuk membunuh L. Selepas itu, nama sebenar L didedahkan, iaitu L Lawliet. Watari turut mati. Sejak hari tu, Light menyamar sebagai L. Hanya kumpulan penyiasatan kes KIRA itu sahaja yang tahu Light menyamar sebagai L untuk mengelak dunia mengetahui mengenai berita kematian L.


Beberapa tahun kemudian, Near pula muncul. Near merupakan L's successor dan seorang detektif yang bijak seperti L. Near mula menyiasat kembali kes KIRA. Yang best plan yang Near gunakan untuk menangkap Light. Bijak betul perancangan strategi untuk anime ni x)


L Lawliet with his two successors, Mihael and Near (Nate River)

Panjang pula Hana membebel untuk review kali ni :P Death Note juga ada dalam versi filem. Death Note, Death Note : The Last Name dan Death Note : L, Change The World. Versi filem dan anime tak sama 100%. Plan yang digunakan untuk menangkap Light juga tidak sama, malah L masih hidup dalam ketiga-tiga filem.

Death Note merupakan anime yang amat wajib tengok kepada peminat anime. Plot untuk Death Note memang unexpected, memang tabik spring pada team yang menjayakan pembikinan Death Note dalam bentuk anime.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

472#Ai no Kotoba ~ Edit Blog Mya


Sebelum ni Hana edit blog pertandingan untuk Mya, kali ni nak review hasil edit untuk blog personal Mya pula :) Untuk blog personal, Mya nak major in pink and minor in light blue. Tak mahu cakap banyak, jom tengok kat bawah! :D

Sebelum : 







Selepas : 









Doodle comel di header baru tu Hana ambil daripada Kak Safiena dan header ni diedit menggunakan Paint.Net dan PhotoScape. Follow + Dashboard buttons, Slide To The Top dan imej untuk Newer Posts, Older Posts dan Home tu juga menggunakan kedua-dua apps tu. 

Jangan lupa terjah Mya di SINI!

Setiap blog yang Hana edit Hana kenakan bayaran RM 5 sahaja. Bolehlah buat tampung topup. He he :) 

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2




Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja


Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.

.

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Saya Mahu Berada Di Feed Ice Princess



Join! :D

Klik gambar untuk join ya? ^^

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, May 25, 2013

471#Ai no Kotoba ~ [Novel Review] Semalam Yang Kutinggalkan


Dah lama tak buat review pasal novel, asyik anime aje :P He he. Kali ni Hana nak review sebuah novel yang berjudul Semalam Yang Kutinggalkan. Dah lama baca. Zaman Semester 2 kat kolej lagi. Tapi sekarang baru nak review. He he :)


Judul : Semalam Yang Kutinggalkan
Penulis : Laila Hanni
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 21, Sabah/Sarawak -> RM 24

Mengisahkan kehidupan Munirah yang bertemu dengan Izwan sejak zaman awal remajanya. Mereka terpisah selepas Izwan tamat peperiksaan STPM. Nasib malang menimpa Munirah kerana kesemua ahli keluarganya meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Sejak itu, Munirah dijaga oleh keluarga ibu saudaranya dengan penuh kasih sayang.

Munirah bertemu kembali dengan Izwan di zaman universitinya, tapi ianya sudah tidak bermakna apa-apa lagi kerana Izwan akan mengahwini Kak Reen, kakak sepupu Munirah. Kahwin juga Izwan dan Kak Reen, malangnya Kak Reen disahkan mempunyai masalah untuk hamil selepas beberapa tahun perkahwinan mereka. 

Kak Reen tak boleh hamil, apa lagi si Izwan ni. Dia minta izin dengan isterinya untuk memperisterikan Munirah. Munirah terpaksa bersetuju walaupun dia serba salah dengan Kak Reen. Munirah melahirkan anaknya dengan Izwan selepas itu.

Konflik bermula lepas anak Munirah lahir. Munirah terbang ke Australia untuk menyambung pengajiannya dengan syarat anaknya ditinggalkan dengan Izwan. Fitnah yang melanda menyebabkan dia diceraikan oleh Izwan.

Tak guna betul Izwan ni (-__-) Dahlah halang Munirah jumpa anak mereka berdua. Hempuk beratus kali pun tak settle lagi mamat ni.

Tapi paling best sebab Munirah jumpa Umar Rafiki! Umar Rafiki dah lama sukakan Munirah, walaupun Umar Rafiki pernah nampak keadaan Munirah yang berbadan dua semasa mengandungkan anaknya dengan Izwan, sampai sekarang Umar Rafiki simpan perasaan pada Munirah.

For me, novel ni masuk kategori moderate sebab Hana tak suka sangat novel sedih. He he. Walaupun agak bengang dengan Izwan di awal cerita, akhirnya Umar Rafiki jugalah yang menjadi hero idaman. Misteri di sebalik tindakan Izwan yang menceraikan Munirah secara terburu-buru dahulu juga berjaya diselesaikan.

Kepada sesiapa yang belum membacanya, bolehlah singgah di bookstore yang berhampiran :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

470#Ai no Kotoba ~ Makna Di Sebalik Bilangan Bunga Ros


Sebelum ni, Hana kongsikan mengenai makna di sebalik warna bunga ros kan? Tak baca lagi? Klik SINI! He he :D

Kali ni nak kongsikan makna di sebalik bilangan bunga ros pula. Rasanya orang yang betul-betul minat dengan bunga ros aje kot tahu makna ni? Info ini hanyalah info tambahan, jangan ambil serius sangat. Hee :D


  •  1 Ros : Cinta pandang pertama, kaulah yang satu
  •  2 Ros : Saling menyayangi antara satu sama lain
  •  3 Ros : I love you
  •  6 Ros : Aku ingin menjadi milikmu
  •  7 Ros : Aku tergila-gilakan kamu
  •  9 Ros : Cinta yang abadi, hingga hujung nyawa
  •  10 Ros : Kamu adalah sempurna
  •  11 Ros : Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi
  •  12 Ros : Be my steady
  •  13 Ros : Peminat rahsia
  •  15 Ros : Saya minta maaf, tolong maafkan saya
  •  20 Ros : Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
  •  21 Ros : Aku setia pada mu
  •  24 Ros : Tak boleh berhenti teringatkan kamu, 24 jam sehari
  •  33 Ros : Menyatakan “ Aku cinta padamu.” dengan lebih mendalam
  •  36 Ros : Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
  •  40 Ros : Cintaku padamu adalah tulen
  •  50 Ros : Cinta yang tiada sesalan
  •  99 Ros : Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
  •  100 Ros : Akan kekal bersama bahagia abad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
  •  101 Ros : Kaulah satu-satunya cintaku
  •  108 Ros : Jom kahwin!
  •  365 Ros : Tak boleh berhenti memikirkan kamu selama 365 hari
  •  999 Ros : Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

Kredit : SINI

Tak tahu nak pilih yang mana satu :P Korang suka yang mana? Hee :D

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Friday, May 24, 2013

469#Ai no Kotoba ~ Edit Blog Mya : Pengguna


Semalam Hana reviewed pasal edit blog Sis Nadhira, kali ni nak review pasal edit blog Mya pula :)

Dah namanya rezeki, alhamdulillah :) Lepas reviewed blog Sis Nadhira di SINI, Mya pula tanya pasal edit blog ni. Mya nak Hana edit dua blog, satu blog personal dan satu lagi blog untuk pertandingan. Hana baru edit blog pertandingan dulu, insya-Allah akan edit blog personal malam ni :)

Untuk blog pertandingan, semestinya kena nampak formal kan? And Mya serahkan 100% kepada Hana untuk edit blog supaya nampak formal. Susah juga sebab Hana tak pernah edit blog formal. Jadi, Hana pilih tema biru-hitam untuk blog pertandingan tu.

Jom tengok! He he :D

Sebelum :





Selepas : 






Actually background untuk blog pertandingan ni plain black tapi Mya tukar guna background ni. Tak apalah. He he :) Hana tak tahu nak guna background macam mana untuk nampak formal (@__@) Nampak warna dark plain aje, tak pun white.

Nak tanya, ada cadangan online editor atau downloaded editor tak selain daripada Photoshop dan PhotoScape? And, biasanya korang guna tutorial blogger mana untuk edit blog? Hana biasa guna Kak Lyssa punya aje. Nak tau tutorial lain selain daripada Kak Lyssa :)

Jangan lupa terjah blog pertandingan Mya di SINI! :D

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

468#Ai no Kotoba ~ Akhirnya! :D



Lepas lama sangat menunggu, akhirnya! Terima juga offer untuk sambung degree kat UniKL MESTECH untuk September 2013 ni :) Tak payah pening-pening fikir pasal ni dah. He he.

Actually, memang sambung situ pun cuma risau sebab tak terima lagi note PDF yang perlu didownload. Lepas terima, kena bayar RM 250 untuk pengesahan terima tawaran. Kawan-kawan engineering dah lama terima and mereka kena bayar sebelum atau pada 24 Mei. Tapi science students pula tak dapat-dapat lagi. Semua pakat risau sempat tak nak bayar sebelum tarikh tu.

Ada call office bahagian pengurusan diploma dan bachelor program beberapa hari lepas dan pegawai tu kata, tarikh untuk bayar pengesahan tawaran tu akan berubah mengikut tarikh offer tu dikeluarkan. Alhamdulillah, lega betul lepas tau macam tu.

Hana dapat first choice untuk bachelor program yang Hana applied before this :)


Insya-Allah, this coming September I will be the official student of bachelor program di UniKL MESTECH. 

Untuk sambung ke bachelor program, kami perlu pilih tiga bachelor program yang diingini. Biasanya mostly akan dapat first choice kecuali tidak melepasi pointer yang diperlukan untuk sesetengah bachelor program.

Pilihan Hana masa isi form ni :
1 : UniKL MESTECH - Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.)
2 : UniKL MESTECH - Bachelor of Medical Science Technology in Environmental Healthcare (Hons.)
3 : UniKL MICET : Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Food

Alhamdulillah, dapat juga first choice. He he :D Kerja dalam lab lah nampak gayanya. Main dengan darah semua tu ^^ Bachelor program selama empat tahun. Insya-Allah akan grad umur 23 nanti :)

Doakan Hana dan kawan-kawan ya? Nervous and excited padahal bulan September lambat lagi :) Technical training pula akan bermula 8 Jun ni :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)