About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, June 30, 2013

517#Ai no Kotoba ~ Cucuk-cucuk Ambil Darah

*scheduled post - ditaip 29/6/13*

Hari Khamis 27 Jun 2013 lepas, Hana ada kelas Phlebotomy Practical. Ada dua sesi; sesi pertama pukul 9 AM - 12 PM, sesi kedua pukul 2 PM - 5 PM. Tapi macam biasa, kami dilepaskan awal kalau aktiviti dah tamat. Sesi pertama tamat dalam pukul 11:30 AM, sesi kedua tamat dalam pukul 3:45 PM.

Apa itu phlebotomy?

Phlebotomy is the action of cutting veins, arteries and capillaries. Itu apa yang Miss Ezad beritahulah. Senang cerita, phlebotomy ni berkaitan dengan cucuk jarum, ambil darah. Faham? Senang kan? He he :D

Untuk sesi pertama, kami diberi pengenalan mengenai phlebotomy dan praktis cucuk jarum pada mannequin. Serius cakap mannequin tu macam tangan manusia betul. Kalau tak cucuk pada vein dia, darah takkan keluar. Boleh kata macam model betullah. Amat berguna untuk praktis.

Nak cucuk jarum ni bukan senang. Kena ingat a few steps untuk mengelakkan silap cucuk vein, air bubble masuk dalam syringe dan sebagainya. Tapi praktis ni memang best! 


Yang ni needle jenis butterfly, seperti yang korang boleh tengok di blog Kak Deno :)






Sir Najib dan Miss Ezad yang handled kelas Phlebotomy kami. Untuk sesi kedua, kami kena pairing untuk praktis pada diri sendiri. Hana paired dengan Gee. Kesian pula nak cucuk Gee, sebab Sir Najib tunjuk demo guna butterfly needle pada Gee. He he :)





Sebelum balik. Tapi tak semua ada dalam gambar ni :)

Lengan kiri Hana ada dua lebam kesan kena cucuk. First time tu tak jadi, sebab apa entah. Silap cucuk rasanya. Then, Gee cucuk untuk kali kedua. He he. Lenguhlah juga untuk hari tu. Tapi sekarang dah pulih. Lebam dan kesan kena cucuk pun dah hilang :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Segmen : Doodle-Buster by Nanie


Segmen doodle yang comel :D Adik Nanie sendiri yang ajak :)


Klik banner untuk join!

Awning tudung : #F781BE
Tudung : #A9E2F3
Baju : #FA58AC
Kasut : #F6CED8
Nama : Hana

Hana nak tag pada semua blogger yang berminat! Sama-sama support segmen adik Nanie ni :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Saturday, June 29, 2013

516#Ai no Kotoba ~ Makan @ Ana Ikan Bakar Petai


Weekend kali ni Hana tinggal sorang-sorang lagi kat rumah. He he :D Kawan-kawan ajak pergi rumah mereka, tapi tak mengapalah. Ada date dengan seseorang kat MetroPoint tengah hari ni. Dengan siapa? Tunggu Hana update di blog :P He he.

Around 7 PM semalam Kak Rubi called me and tanya, " Tak nak datang rumah ke?" Borak-borak-borak, Kak Rubi kata nak datang ambil Hana kat hostel dan dinner kat luar lepas Maghrib.
 
Dahlah perut tengah kenyang dah masa tu (T__T) sebab dalam pukul 6 PM Hana turun makan dengan kawan-kawan. Tapi takpelah, takkan nak tolak rezeki, iya dak? He he :D

Che Long sampai ke hostel kira-kira 8:15 PM. Rindunya nak jumpa Aeiril! Heee :D Terkebil-kebil mata budak kecik tu dalam gelap kereta sebab tak cam sangat. Lepas tu mulalah nak membuas. Aidiq pula senyap aje. Senyum memanjang hero Hindustan sorang tu. Ha ha. 

Aidiq anak sulung Che Long dan Kak Rubi yang baru umur tujuh tahun. Aeiril pula umur dalam dua tahun.

Che Long dan Kak Rubi bawa kitorang makan di Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Ramai sangat orang. Memang famous eyh tempat tu? Semalam first time Hana datang makan kat situ.

Kitorang makan nasi putih dengan tomyam, sotong goreng tepung dan ikan pari bakar. Sebab ramai sangat, memang lamalah tunggu ikan pari bakar tu sampai. Dah si Aidiq pergi main kat tempat yang disediakan permainan kanak-kanak, ala-ala playground kecil, si Aeiril pun nak ikutlah. Masa nak makan pun sempat lagi tarik-tarik orang suruh bawa dia pergi main lagi. He he. Comel x)








Lepas Hana siap makan, pergi bawa Aeiril main kat sana. Berulang kali dia main gelongsor kecil tu. Suka pula tengok. Aidiq datang kacau pula. He he.

Around 11 PM, barulah Hana sampai hostel. Solat, online, rendam baju, dalam pukul 12 AM terus tidur. Tidur sorang-sorang ajelah kat rumah, malas nak ganggu kawan-kawan kat rumah lain. Lagipun tak selesa tidur kat tempat orang lain. He he :)

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

515#Ai no Kotoba ~ Wordless : The Only Me

*scheduled post*


Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Thursday, June 27, 2013

514#Ai no Kotoba ~ New Header, New Watermark! :D


Ini bukan scheduled post :P Hee~

Hana dah tukar header lagi! Kali ni rasa lebih colourful. Kononnyalah. Haha :D Watermark pun tukar yang baru :)

Yang lama : 




Yang baru :




Banyak burung dan rumah burung~ Hee :D

UPDATED!

Hana tukar balik watermark :P He he.



Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

513#Ai no Kotoba ~ Dapat Student ID Card :D

*scheduled post*

Ini cerita yang dah basi. Cerita pada 21 Jun 2013.

Hari Jumaat tu kami ada kelas Usage of Computer for Education di Computer Lab 1. Kelas asalnya pukul 9, tapi hari Khamis tu Madam Ainur (our supervisor) dah beritahu kelas postpone ke pukul 10. Yahooo!!!

Tengah tunggu nak masuk computer lab, tiba-tiba tup! Black out! Dah rasa macam kelas cancel aje ni. He he. Tapi kami masuk juga dalam computer lab, tak panas sangat sebab rasa lagi sejuk aircond. Tak lama lepas tu, Encik Zin datang dan katanya, beliau nak bagi student ID card untuk kami. Bolehlah tengok gambar masing-masing yang tak jadi tu. He he :D



Nampak matured tak? He he. Kalau tanya abah, sure abah kata tak (-__-)

Around 11, kami keluar kelas dan terus balik sebab next class pun batal. Satu kampus black out. Memang hoorayyy lah untuk pagi tu. Tapi lagi best kalau kelas batal terus since awal pagi :P He he. 

Tapi petang tu ada kelas juga pukul 3 hingga 4.30. Pasal resource centre, cara nak cari e-journal, e-books dan Library OPAC System. Pukul 5 tu pula, Hana dengan Aina dan Wawa pergi ke Metro Kajang. Wawa nak cari stand fan untuk bilik dia. Katanya sebab panas and Wawa juga ada asma. Kesian kalau kena asma nanti :(

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Wednesday, June 26, 2013

512#Ai no Kotoba ~ Saya Gadis Makmal :P

*scheduled post*

Untuk minggu kedua technical training, kami banyak duduk dalam lab. Yang ni baru syok. Kalau anda, anda pilih duduk diam dengar lecture atau buat hands on stuff? He he :D


Untuk first time masuk lab, kami belajar pasal Laboratory Safety & Identification of Specific Rooms/Labs. Ada empat multi-purpose lab, tissue culture lab, environmental health dan lab untuk lab technicians guna aje. Lab stuffs untuk sterilisation dan apparatus pun kitorang belajar sama.

Untuk second time masuk lab, kami belajar pasal Glassware : Preparation & Usage. Banyak juga apparatus yang kami baru jumpa dan tahu fungsinya. 

Tapi, lab ketiga yang best! Kami belajar pasal Basic Medical Techniques. Mula-mula Kak Faridah (salah seorang lab specialist) ajar kami aseptic technique. Aseptic technique ni salah satu sterilisation method.

Ada dua konsep dalam aseptic technique. Satu, physical; kedua, chemical. Untuk physical, ada heat, filter and radiation techniques. Untuk chemical, guna liquid and mostly alcohol. Kebanyakan universiti guna heat and filter techniques berbanding radiation untuk physical concept. Radiation digunakan untuk sesetengah apparatus yang tak boleh di-sterile menggunakan heat and filter techniques.

Lepas belajar pasal aseptic technique, Encik Shazwan (lab specialist in CLS) ajar pasal pipette pula. Ingatkan ada dua, tiga jenis pipette aje, rupa-rupanya banyak lagi :/ Selain plastic and glass pipette yang biasa kita boleh jumpa dalam lab di sekolah, ada micro pipette juga. 

Banyak brand juga pipette ni :/ Mostly from German and France. Encik Shazwan kata brand from Malaysia tak ada. Kalau jumpa brand pipette yang 1 Malaysia tu, yang tulah brand from Malaysia. Errr. Ada satu jenis pipette ni, comel sangat bentuk dia! Warna putih pink. Yang tu guna eletrik. PipetBoy rasanya brand/nama pipette tu.

Pipette ni sejenis lab apparatus yang digunakan untuk transport a measured volume of liquid :)



Yang ni tips untuk micro pipette. Pasang dekat hujung micro pipette.


Muka konon-konon excited sebab first time cuba guna micro pipette :P



Lepas belajar pasal micro pipette, kami belajar pasal serial dilution pula. Kenal dengan satu lagi makhluk makmal bernama spectrophotometer.

Tapi Hana paling tak sabar nak belajar amik darah. Harap-harap masuk modul untuk technical training ni. Kalau tak kena tunggu masuk degree lah :/

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Tuesday, June 25, 2013

511#Ai no Kotoba ~ Kepentingan CPR (Informal)

*scheduled post*

Ingat entri yang lepas? Nak bercerita sedikit mengenai CPR secara informal. Sebenarnya Hana nak kongsi info yang Hana dapat daripada Sir Norzein.

Cardiopulmonary resuscitation (CPR) ni merupakan rawatan kecemasan untuk seseorang yang tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Info lanjut sila Google ya? He he :D


Menurut Sir Norzein, andai kata ada seseorang ni kemalangan dilanggar kereta. Kaki beliau patah dan beliau pengsan tidak sedarkan diri kerana putus nafas, sila pilih untuk buat CPR terlebih dahulu daripada betulkan kaki beliau yang patah.

Kerana apa?

" Kalau korang betulkan kaki yang patah tu dulu tanpa buat CPR terlebih dulu, korang cuma tolong mudahkan kerja untuk mandi mayat aje."

Itu kata Sir Norzein. Sebab mengembalikan pernafasan seseorang lebih penting daripada membetulkan organ yang patah dll. Dibuatnya mangsa kemalangan tu betul-betul hilang nyawa masa kita tengah betulkan kaki beliau yang patah dan hancur tu, macam mana? 

Konklusinya, nyawa lebih penting. Sila utamakan untuk kembali pernafasan mangsa terlebih dahulu.
Info tambahan daripada Sir Norzein, CPR hanya diperlukan ketika mangsa betul-betul tak sedarkan diri sebab putus nafas. Kalaulah masa baru nak buat CPR tu tangan mangsa dah gerak sikit, mata beliau kelip-kelip ke, tak payah proceed dengan CPR.

And if mulut mangsa berdarah, sila cover dengan plastik dan buat lubang kat kawasan mulut untuk mengelakkan jangkitan HIV. Sebab kita biasanya tak tahu identiti sebenar mangsa kan? Sila utamakan keselamatan anda terlebih dahulu juga.

Sir Norzein juga ada pesan, kalaulah masa kita tengah drive tengah-tengah malam dan ada jumpa orang terbaring berdarah di tengah jalan, sila jangan hentikan kereta anda untuk selamatkan mangsa. Sekarang ni macam-macam taktik jenayah orang guna. Even ada black belt dalam taekwando pun, jangan hentikan kereta anda untuk membantu.

Itu aje perkongsian mengenai CPR. Informal dan ringkas saja rasanya. 

Till then.
Wassalam.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

Monday, June 24, 2013

510#Ai no Kotoba ~ First Week Technical Training :D

*scheduled post*

Yang ni cerita minggu lepas. 

The first week of my so called technical training.

Hari Sabtu 8 Jun tu kami daftar di UniKL MESTECH, around pukul 12 PM. Untuk tahun ni, cuma 24 orang pelajar FIST UniKL SPT Science 2012/2013 sahaja yang ber-technical training di UniKL MESTECH. 21 orang pelajar perempuan, 3 orang sahaja pelajar lelaki. 

Nampak tak kaum Adam dah nak pupus tu? He he :P

Hana, mama, abah dan Neesa pergi ke UniKL MESTECH pagi tu dengan bantuan Che Long. Che Long ni nak kata abang sepupu Hana tu, bukan. Tapi ada kaitanlah dengan keluarga belah mama. Kebetulan Che Long and his family tinggal di Kajang, so memudahkan sikit urusan Hana.

Lepas daftar, isi borang, ambil gambar untuk student ID, pilih saiz untuk lab coat dll, kami semua pergi ke hostel. Hostel agak jauh daripada kampus, berpeluhlah setiap kali jalan nak pergi kampus atau balik ke hostel. Hostel kami tu macam apartmen. Setiap unit rumah ada tiga bilik dan penghuni enam orang.

Tapi, sekarang setiap rumah mengalami rombakan. Akan ada lapan pula penghuni, dan ada tambahan katil di setiap bilik tengah di setiap unit rumah.



Hari daftar. Memang selesalah rumah yang kami dapat. Bukan yang Hana dan housemates aje, setiap unit rumah pun sama. Besar, selesa. Loker pun besar. Meja yang ada beg tu meja saya ya kawan-kawan :D He he.


Gambar atas ni jadual untuk our fist week. Banyak talks, tests dan lectures aje. Tapi bukan lectures macam kat kolejlah. Banyak borak. He he :D 


Skill Lab. Masa ni kitorang diperkenalkan dengan dunia medical sedikit sebanyak dan kepentingan CPR. 


Sir Norzein yang bertugas untuk First Aid Module. Sir Norzein ni sporting habis! Cerita beliau sepanjang menjadi MA di IJN selama hampir 16 tahun sebelum bekerja di UniKL MESTECH memang menarik! 

Sir Norzein bercerita mengenai medical life dan juga pasal CPR. Beliau kata, ada sesetengah medical based staffs, tak kisahlah doktor ke, MA ke apa ke, pentingkan populariti dan duit. Beliau ingatkan kami untuk sentiasa ikhlas dengan kerja kami. Kalau pentingkan glamor ke, duit ke, kita takkan ke mana. Bekerjalah secara ikhlas dan kerana Allah SWT. Tambahan lagi, kerja dalam dunia medikal ni memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Beliau ada bercerita, selalu juga baru aje sampai rumah nak makan nasi atau baru aje tutup pintu pagar, kena panggil untuk kembali ke hospital. Letih memang letih, tapi itu dah tanggungjawab, nak buat macam mana kan?

Oh ya, Hana bercerita pasal dunia medikal ni tak bermaksud Hana ambil medik. Tak. Insya-Allah Hana akan ambil Clinical Laboratory Science (CLS). CLS ni sama aje dengan biomedical (info daripada lecturers), cuma nama aje lain. CLS ni memang kerja banyak duduk dalam lab ajelah.

CLS tak sama dengan medik. Kalau doktor akan jumpa pesakit, kami yang ambil CLS ni tak akan jumpa direct dengan pesakit. Kami akan dapatkan sampel dan mulalah buat kerja analisa dll.

Banyak lagi nak cerita ni x) Hiks! 

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

509#Ai no Kotoba ~ Pening Dengan FB (@_@)


Dah lama tak online FB guna netbook, asyik guna phone aje sejak masuk technical training ni sebab kesukaran mendapatkan wifi di hostel. He he. Lepas dua minggu, log in FB, terkejut tengok FB new look. Siap boleh attach photo di komen lagi. Noob nya diri ini (-__-) 

Tapi banyak bukak Twitter aje kalau guna phone pun. Sekali dua aje buka FB dalam masa sehari. Tu pun tak sampai 10 minit kot. He he :D


Agak awkward nak guna sebab biasa ikon untuk notifications, home, profile etc tu di sebelah kiri. Sekarang dah tukar ke sebelah kanan. Selalu aje hala cursor ke belah kiri tiap kali ada noti baru masuk. Tak biasa lagi ni (-__-)

Nak berceloteh kejap aje. He he :D

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)