About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Saturday, September 13, 2014

622#Ai no Kotoba ~ Beauty Tips : Elak Mascara Cepat Kering


Rasanya jarang gila Hana post any tips pasal kecantikan kat blog ni kan? Masakan tidak, zero betul pengetahuan pasal beauty care ni. Bedak, lotion, facial care memang jarang pakai. Mungkin hanya beberapa kali dalam setahun? 

Alasan? Tersangatlah malas nak pakai :p 

But I do apply some lip balm sebab bibir cepat kering. Deodorant and perfume too. Tentu tak nak badan berbau kan? Nanti bukan aje orang lain tak selesa, kita sendiri pun tak selesa. 

Oh ya. Sekarang Hana dah berevolusi sikit. Dah reti pakai lipstick dah :p Haha. 

Okey, kembali kepada tajuk. Untuk entri kali ni Hana nak berkongsi Tips : Elak Mascara Cepat Kering.




Rasanya semua dah tahu apa fungsi mascara. Selain daripada melentikkan bulu mata kita yang tak berapa nak lentik tu ( :p ) mascara juga membantu menjadikan bulu mata menjadi lebih panjang dan lebat. 

Korang rasa lebih cantik pakai mascara atau fake eyelashes? Okey. Ikut keselesaan masing-masing. Tapi dalam entri ni Hana nak cerita pasal mascara aje. 

Bercakap pasal mascara, masalah bagi pengguna mascara adalah mascara cepat kering walaupun baru aje dibeli. Once mascara dah kering, struktur mascara akan menggumpal sekaligus akan mencacatkan penampilan pengguna mascara. 

Boleh jadi panda, tahu? :p 

So, jom baca the three tips for women out there (or even men?) untuk menangani masalah ni. 



1. Jangan biarkan mascara tanpa penutup dalam masa yang lama. Ini merupakan sebab utama kenapa mascara boleh jadi cepat kering. Lebih kurang macam marker atau gel point pen lah. Kalau kita biarkan benda alah tu tanpa penutup dalam masa yang lama, tentu susah sikit nak guna marker dan gel point pen tu. Kan? :)



2. Kalaulah mascara milik anda dah kering, rendamkan mascara tu dalam air panas tapi jangan rendam lama sangat! Just untuk beberapa minit aje. Proses ni untuk mencairkan kembali struktur mascara yang kering tu kembali kepada asal.

3. Gunakan mascara daripada produk yang berkualiti dan anda percayai. Kadang kadang ada pengguna yang beli mascara yang tidak berapa berkualiti. Mungkin sebab nak berjimat tapi hasilnya mungkin kurang memuaskan.


Bagi anda yang ingin memiliki mascara daripada jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang terbaik, cepat cepat cepat! Buka laman web ZALORA Malaysia sekarang!

ZALORA menyediakan pelbagai pilihan mascara yang best best dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang tak payah pening fikir nak keluar rumah untuk ke beauty center sebab pihak ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA terus ke muka pintu rumah anda. Jadi tak perlu bersusah payah fikir nak start engine kereta atau fikir pasal postage cost.

Apa yang ditunggu lagi? Klik ZALORA Malaysia sekarang!


Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

3 book page(s) ♥:

Eimma Esmail said...

zalora is the best! hhehhe....

Norhaizam Mustaffa said...

Kalau Iz selalu guna clear mascara. So oke je nak jaga mascara tu. Hee. Nampak lentik je. Nampak real sebab takda color. Hehe

At-Tarmizi said...

Salam singgah..dah follow blog awak harap sudi follow blog saya balik =)

http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)