About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, January 13, 2015

637#Love Note ~ Pertama Kali Makan di Fuel Shack


Nak dijadikan cerita, lepas habis paper Immunology hari last final exam tu, Hana dan kawan Hana, Nora pergi IOI Mall. Walaupun dah lama buka tapi sampai sekarang kitorang berdua tak jejak jejak lagi kat sana. Masa nak pergi tu asyik tak kena. Mesti ada kerja atau malas nak pergi sebelum sebelum ni. 

Nora lah beria-ria nak makan di Fuel Shack, dia nak cuba makanan kat situ. Hana pun tak pernah makan lagi. Sampai kat IOI dah dalam pukul 1:00 pm lebih. Kitorang pergi solat dulu. Jauh kat hujunggg nunn surau kat tingkat dua IOI. Tapi salute lah sama pengurusan IOI. Surau perempuan tu tersangatlahhhh luas dan selesa. Tak pernah lagi jumpa surau kat mana mana mall yang besar, bersih dan selesa macam tu.

Siap solat, Hana dan Nora terus turun Ground Floor untuk ke Fuel Shack. Banyak sangat restoran kat dalam IOI ni. Yang tak pernah Hana nampak pun banyak. Kiranya banyak pilihan lah kalau korang nak pergi makan kat sana.


Hana order Cheeseburger, Nora pulak order Original Shack. Murah, tambah RM3 aje untuk set sekali dengan air dan medium fries. Kalau nak makan pasta pun ada juga kat Fuel Shack ni. Nora beli Cheese Fries juga, fries yang ditabur dengan sos cili manis dan keju. Harga RM6 tapi berbaloi sebab kuantiti fries yang banyak, penuh dengan cheese.


Gambar atas tu nampak original fries aje. Kitorang tambah fries yang set dengan burger tadi kat atas Cheese Fries tu. Burger Fuel Shack pun best. Yang macam Nora punya tu daging tebal macam burger bakar. Memang kenyang makan kat sini.

Teringin nak makan Johnny Rockets. Kawanlah yang suggest tapi paling senang access pun kat KLCC. Tempat lain nak kena naik kereta dulu kot. 

Till then.
Wassalam.


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

5 book page(s) ♥:

Nies alhaQ said...

Waaaaa, nampak sedap gilaaa. Hukhuk, teringinnnn. :(

Cik_Shiqah said...

semua nama kedai tu saya tk pernah dgr. hehe tp tgk gambar, mcm sedap. mst sedap btul kn? hehehe :D

Zizie Zack said...

Bestnya makan2.. hehehe.. berbaloi sgt harga tu hana :) happy holiday ;)

Aisya A. said...

tak pernah jugak makan kat sini. teringin lah pulak nk try bila baca entri hana ni. hehe

Norhaizam Mustaffa said...

Wahh. Bestnya. Rindu kak hana :D

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)