About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Wednesday, February 3, 2016

673#Love Note ~ Masam Si Celagi, Manis Si Kelapa


Masa Hana ke Pasar Siti Khadijah kelmarin, ada jumpa orang jual buah celagi. Sebab dah lama tak makan belilah satu plastik harga RM5. Ingatkan nak beli buah keranji juga tapi mama tak bagi sebab masam sangat haha tak elok makan benda masam banyak banyak :p Tapi buah keranji tu favourite tau.


Buah celagi sedap ;)

Buah celagi atau mungkin lebih dikenali dengan asam jawa atau tamarind ni memang sedap makan macam itu aje. Rasanya masam manis. Sesiapa suka masam masam ni memang wajiblah makan buah celagi ni. Lagi best kalau ambil sendiri daripada pokok. Kat depan rumah arwah Tok Mek Hana dulu ada pokok celagi besar. Tak taulah dah berapa belas atau puluh tahun pokok tu. Ada since Hana kecik lagi :)


Gula-gula kelapa tradisional

Ini pula gula-gula kelapa yang dibuat secara tradisional. Wrapper memang warna warni macam ni meriah betul tengok :) Ada kacang dalam gula-gula ni. Kalau buka wrapper tu kena hati-hati sebab ada tepung putih dalam tu, tak nak kasi gula-gula melekat kat wrapper masa tengah panas. Rasanya tak adalah semanis gula-gula kelapa yang macam candy biasa tu tapi sekurang-kurangnya kandungan gula tak adalah tinggi sangat :p

Sekejap aje kalau nak habiskan dua benda ni. Itu pun nasib tak bukak agar-agar keras untuk dimakan juga. Bekalan yang Hana nak bawa balik Kajang dah asingkan siap-siap nanti habis pula :p Bab makanan ni memang laju.

Till then.
Wassalam.





Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

2 book page(s) ♥:

ros nordin said...

both celagi ngan gula kelapa akak suka..hari tu nampak celagi kat post kak Anajingga ni kat post Hana plak..

Kim Chaa said...

Masa study dkt kelantan dulu diorg panggil satu pokok tuuh, pokok celagi. Dalam kepala otak, tak terbayang apa bende laa pokok celagi tuu, sekali pergi tengok, laaa , pokok asam rupernyaaaa .
*maaf ter throwback pulak.. heehe

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)