About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, February 7, 2016

678#Love Note ~ Kembali ke Kajang


Lepas tiga minggu semester break + seminggu lagi cuti sendiri akhirnya sampai juga Hana kat Kajang ni balik :p Ingatkan dah tak nak jejak dah, nak duduk aje kat rumah tapi kena sedar diri semester ni dah start dengan FYP. Tak boleh nak mengada sangat.

Sebab flight Hana tadi pukul 8 pagi, memang kena awallah pergi airport. Punyalah berangan nak tidur awal sebab tak nak mengantuk, sekali tu blackout dari pukul 12 tengah malam sampailah masa Hana nak ke airport pun elektrik tak ada lagi. Tak tahulah nak kata tidur macam apa semalam. Asyik tersedar aje sebab panas. Tapi berjaya jugalah tidur dengan lena dua jam sebelum pukul 6 pagi tu. Ingatkan taman perumahan aje yang blackout, rupa-rupanya kawasan kat jalan raya pun gelap tak ada elektrik. Agaknya dekat 1 KM atas jalan tu baru jumpa rumah-rumah dan tiang-tiang elektrik yang ada cahaya sinar menyinari alam hahaha :p

Mengantuk sangat dalam flight tadi, memang tidur aje kerja Hana. Sampai aje KLIA2 terus cabut dari arrival hall sebab lapar nak cari makan. Biasanya Hana makan kat Texas Chicken atau Uncle Lim's Cafe tapi kali ni rasa nak makan kat tempat lain pula. Singgahlah kat Wendy's.


Sebab masa tu baru pukul 9 pagi lebih, ada breakfast menu aje. Hana pilih set nasi ayam, ada nasi ayam, hash brown dengan pilihan air sama ada teh panas atau iced lemonade. Nasi ayam Wendy's sedap :) Lembut aje ayamnya tak ada nak risau sudu dan garfu plastik tu patah :p 

Alhamdulillah Hana sampai Kajang dalam pukul 12:30, transit ERL kat TBS lepas tu tukar KTM ke Kajang. Penat memang penat. Even dah tidur lepas Zohor tadi pun rasa mengantuk lagi ni. Nanti bila free Hana jenguk blog korang ya? 

Till then.
Wassalam.



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

4 book page(s) ♥:

Aienienka Peter said...

back to student life ha~ good luck for you dear.. :D

BudakVanilla said...

bestnya makanan tu. hhehehehe.
kak hana balik sorang2 ke?

Eimma said...

Selamat kembali ke kajang.hehe

Farhana Zukri said...

@BudakVanilla haah akak suka balik sorang :) kadang kadang aje join kawan

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)