About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Sunday, March 6, 2016

689#Love Note ~ Makan Sedap di Kenduri Kahwin


Dah hampir seminggu tak ber-update blog ni. Nak buat scheduled post pun tak menyempat. Maaflah sebab tak dapat balas balik kunjungan korang sebelum ni. Insya-Allah Hana selesaikan satu satu nanti. 

Weekend lepas Hana teman kawan pergi kenduri kahwin sepupu dia kat Selayang. Uish jauh sungguh dari Kajang ni ha. Pergi bertiga; Hana, Iza dan Bad. Kitorang kawan satu batch lepas tu sama sama SRC sebelum ni. Bertolak dalam pukul 6:30 PM sebab takut jam pula jalan tu. Masuk aje KL hujan lebat turun. Nasib tak terlanggar divider masa nak masuk Tol SMART tu sebab tak nampak. Kalau tak ya Allah tak tahulah nak cakap apa. Memang hujan memanjang sampailah kitorang dah lepas tol nak masuk kawasan Gombak/Selayang.




Mula-mula kitorang singgah solat kat kawasan perumahan sebelah Hospital Selayang. Asalnya nak berhenti solat masa awal Maghrib tapi sebab hujan lebat sangat kitorang tunggu sampai Selayang. Alang alang waktu Isyak pun dah nak masuk, kitorang tunggu Isyak dulu sebelum pergi ke tempat kenduri. Pukul 9 PM macam tu sampailah kat dewan tempat kenduri.




Kenduri kahwin sepupu kawan Hana tu dibuat kat Ideal Convention Center Selayang. Ni first time Hana datang Selayang dan dewan ni. Mula-mula masuk dewan tu rasa macam masuk wedding yang tayang kat TV3 tu haha. Dahlah awkward tak kenal orang. Dewan besar sangat tapi semua meja tak penuh pun. Senanglah nak cari meja untuk makan.

Hidangan disediakan secara buffet. Kami makan nasi dulu. Memang rambang mata nak memilih haha ada udang butter, rendang daging, ayam berempah dll. Nasi pula nasi beriani :p Ambil sikit aje sebab Hana lagi fokus kat dessert hahaha banyak dessert menarik. Bertambah tambah makan dessert lepas tu. Maaf ya tuan punya kenduri haha sedap sangat. Pandai betul pilih catering untuk majlis.






Lama juga kami kat situ. Duduk sana sampailah pukul 11 PM lebih macam tu. Orang pun dah tak ramai. Sempatlah tengok pasangan pengantin duet sebuah lagu. On the way balik ke Kajang, Iza nak singgah Dataran Merdeka so singgahlah kat sana. Ramai juga orang tengah tengah malam macam tu pun. Yang datang dengan family pun ramai. Seronok juga ambil angin malam ni. Hana pun dah lama tak ke Dataran Merdeka waktu malam macam tu. 




Balik aje dari dataran tu Hana memang tak sedar apalah. Tidur aje kat belakang kereta. Sedar-sedar dah sampai rumah sewa. Nasib baik tak mimpi makanan sedap sedap tadi :p Boleh kata inilah first time Hana pergi kenduri kahwin macam ni. Yalah, memang jarang pergi kenduri pun sebab malas. Kalau bukan Iza yang ajak memang tak akan pergilah :p

Till then.
Wassalam.



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

5 book page(s) ♥:

Aqilah Azmi said...

THE DESSERTS ARE SO BREATH TAKING. Hihihihi.
Bestnyaaa qila lg 2 weeks baru ada kenduri hihihi free food kan.
Ofcs la qila sukaaaa huhuhu. Kalau sedap tu alhamdulillah bonus hikhik

Mazni Munawar said...

sedapnya dessert2 yg ada kat wedding ni! :D terliur lak tengok :9

rubiah kadir said...

amboi ana.. first time akak tgk kenduri kahwin ada dessert cm tu ha...hehehe.. dah kenyang mmg lelap lah kan.. :)

#singgahpetang

nana liena said...

kita fokus dekat dessert ja hana..hahaha..
pergh kenduri waktu malam2 macam ni memang la otw balik tertidur,penat + perut penuh..hihi

Nurhuda Ismail said...

sedapnyaaa dessert banyak macam tu. makin bertambah kerajinan nak pergi kenduri kalau macam ni

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)