About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, March 8, 2016

690#Love Note ~ Mama Sakit


Tengah hari semalam dapat berita tak best. Mama WhatsApp kata baru balik dari hospital. Biasanya mama pergi check up sebab ada darah tinggi dan diabetes. Hana tak expect pula yang kali ni bukan untuk check up. Mama kena strok ringan pagi tu, abah bawa pergi hospital terus.

Mama kena diagnose dengan 'Right CVA with left hemiparesis.' Bahagian kiri tubuh mama dah tak kuat macam dulu. Even strok ringan, tapi still bahaya macam strok biasa. Nak berjalan pun dah perlahan. Apatah lagi nak buat benda berat.



Hana balik cuti mid sem lambat lagi. Tak senang duduk dibuatnya walaupun mama kata tak ada apa-apa. Macam mana tak risau kan? Ni bukan darah tinggi biasa, tapi dah masuk ke strok. Tak tahu macam mana nak describe bila Hana dapat tahu. Mula takut kalau Allah nak ambil mama lebih cepat daripada yang Hana bayangkan. Hana minta jauh sangat. Umur mama baru 46 tahun tapi Allah dah uji dengan penyakit macam ni. Alhamdulillah setakat ni abah tak ada sakit apa-apa, kecuali pernah kena gout sekali dulu. Teringat kat arwah Tok Mek, nenek Hana belah mama yang meninggal tahun 2005. Tok Mek dulu pun strok juga.

Kat rumah sekarang ada abah, Imi yang Form 5 dengan Neesa kecik tu. Yang perempuan lain tak ada. Adik perempuan Hana kat Terengganu, dia pun lambat lagi cuti. Tak tahulah macam mana kerja rumah tu. Harap harap mama tak buat kerja berat sangat dah.

Minta tolong doakan mama Hana ya? Terima kasih.

Till then.
Wassalam.



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

11 book page(s) ♥:

miss fifi said...

moga mama sis cepat sembuh, inshaallah :)
stay strong sis!

BudakVanilla said...

harap mak kak hana ceoat2 sembuh lah ya :')

Husna Rahman said...

Kalau parents sakit mmg xsenang duduk..gelisah semacm n xtenang ssgt..apa2pun moga mama Hana cepat rocover n bertenaga as usual balik..amin

Yoo ♡ said...

moga-moga mak akak cepat sembuh :)

Cik_Shiqah said...

Moga mama awak cepat sembuh. saya doakan agar dipermudahkan segala urusan yer :) In shaa Allah takdak apa :)

Diya Hanun said...

Semoga mama Hana cepat sembuh T_T. sedihnya bila ibu sakit

Aqilah Azmi said...

allah T_T syafakillah mama.... <3
stay strong kak hana! :)

Ahmad Hasif said...

semoga di cepatkan sembuh ye.. boleh cuba makan celery boleh baca article di blog sy.. ada bnyk khasiat celery ni..

ataupun boleh pergi kedai buku cari buku tajuk 101 foods that could save your life..

Singgah Sini.. Jemput baca

Nak Cari 20 Orang Yang Nak Belajar SEO> site.

Zizie Zack said...

insyaAllah your mama will be just fine.. doa banyak2 ye hana :)

nana liena said...

Semoga mama Hana sihat kembali mcm dulu,amin..insyaaAllah..

Nurhuda Ismail said...

get well soon mama hana.. yea huda tahu sangat perasaan risau tu, umi huda pon slalu sgt sakit... hm kaum ibu ni semua benda mereka ajar, kecuali ajar cara hidup tanpa mereka T___T

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)