Sunday, July 23, 2017

698#Love Note ~ [Product Review] Pure Beauty White & Bright Cleansing Foam


Ini first time Hana buat skincare product review. I want to share my experience using Pure Beauty White & Bright Cleansing Foam. Facial cleanser ni tersangat best dan setakat ni dah dua tube Hana guna.



I started using this one sebab nak hilangkan kesan burned pada muka. Zaman sibuk dengan FYP dulu memang tak jaga sangat pasal muka. And biasanya Hana kena pergi lab hari hari buat experiment, menapak bawah terik matahari. Adalah jalan dalam 15 minit tapi serius panas. Dahla area kampus Hana tu sibuk dengan kereta dan pembinaan MRT tu. Habuk sana sini.

Bila dah nak start praktikal, mula fikir nak start jaga muka elok elok. Before this I used Purifying Neem Face Wash from Himalaya Herbal Healthcare. Sempatlah guna tiga empat tube. Neem Face Wash was my first facial cleanser. Sebelum ni aci basuh guna air paip aje sebab takut nak guna facial cleanser. Sebabnya? Hana takut tersalah pilih. Lagi lagi tengok ada kawan sendiri kulit dia jadi sensitif sebab salah pilih produk. 

I changed to Pure Beauty sebab housemate sendiri punya cadangan. Dulu pun muka dia burned teruk sebab jadi manager for volleyball team. Kemudian dia guna satu set Pure Beauty White & Bright. Memang nampakla kesan burned dia hilang. My housemate ni putih dia macam Chinese. Memang nampak sangat beza masa kulit dia burned dulu. Bila tengok sendiri yang tak ada efek tak best, Hana sendiri yakin nak pakai.

Burned pada muka Hana nampak ketara hilang bila dah sebulan lebih pakai produk ni. Sebenarnya nak beli night cream sekali, lagi cepat dapat kesan tapi mahal lah pula night cream tu. Dalam RM50. Tak sanggup nak beli mahal mahal so I just settled with facial cleanser.

Kalau ada sesiapa nak hilangkan kesan burned pada muka, Hana suggest sangat sangat guna produk ni. Kalau bajet cukup, beli lah satu set. Produk ni mencerahkan warna kulit, bukan memutihkan. Setahu Hana produk Pure Beauty ni boleh dapat kat Watsons aje. Lagi lah yakin sebab drugstore products, bukan local products yang krim kilo tu.

Till then.
Wassalam.


5 comments:

  1. sesuai tak pencuci nie untuk kulit muka kering?
    macam menarik je baca review :D

    ReplyDelete
  2. @BudakVanilla Pure Beauty ada banyak range products. Yg Pure Beauty GeoAqua warna biru insya-Allah sesuai untuk kulit kering.

    Tapi kalau BV nak cerahkan kulit, White & Bright ada moisturising effects juga, sesuai untuk kulit kering in my opinion :) kalau ragu ragu, boleh consult dengan Watsons sales assistant

    http://www.watsons.com.my/purebeauty

    ReplyDelete
  3. @Farhana Zukri wahhh banyak range products rupanya. nanti BV check kat watson, sebab rasanya belum pernah tengok lagi produk nie kat watson ke memang BV tak perasan :D

    thanks ye 💕

    ReplyDelete
  4. Izz pulak muka susah nak burn, kalau burn pun senang hilang. Nice review kak hana :)

    ReplyDelete
  5. Menarik.. Kalau serasi memang bestlah pakai kan hana..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News