Saturday, September 30, 2017

723#Love Note ~ Bertemu Penulis Noor Suraya


Minggu yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja dan menulis. Hana tengah tulis cerita baru harap-harap dapat siapkan dalam masa yang terdekat. Dah lama tak tulis cerita penuh macam novel. Biasanya tulis kisah pendek aje. Bertemakan thriller, sains dan cinta. Tak sabar rasanya nak share kat Wattpad. Alhamdulillah sehari boleh siapkan satu bab even sibuk dengan kerja. Sekarang dah masuk Bab 6. Doakan Hana ya :)

Pagi Jumaat tadi, Hana ajak abah ke Pesta Buku Pantai Timur & Karnival Jualan 2017 kat Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Dah lama tak ke sini. Last time zaman sekolah dulu. Biasanya pesta buku kat Kelantan akan diadakan di Balai Islam Lundang atau Dewan Jubli Perak.

Tak terfikir pun nak ke pesta buku ini. Tapi sebab nampak Kak Su post kat Facebook katanya beliau akan ada di sana, Hana terus ajak abah. Penulis bernama Noor Suraya atau lebih mesra dengan panggilan Kak Su ini adalah antara penulis kegemaran Hana. Kisah-kisahnya dekat dengan masyarakat. Bahasanya juga puitis tapi bukannya yang macam jiwang melampau tu. Selalu ada pantun dan kata-kata yang menarik dan boleh jadi inspirasi dan motivasi dalam buku-buku Kak Su.

Bila bertemu empat mata dengan Kak Su, rasa seperti bertemu empunya suara bila baca buku-buku beliau. Setiap buku yang Hana baca ada gaya suaranya dalam fikiran tapi kalau baca buku Kak Su, kebanyakan naratif dan perbualan watak Hana bayangkan dengan suara yang lembut, kena dengan penulisan Kak Su :)

With Kak Su and Kak Yah :)

I haven't read all of her books yet. Rasanya pertama kali baca kisah pendek dalam Gurindam Jiwa atau Pelangi. Lepas tu baca novel Jaja & Din pula. Terpaut hati dengan penulisan Kak Su. Hana ada Gadisku, Wan Adnin dengan Kekasih Waktu aje. Yang lain tu baca buku kawan. I bought Pelangi, lepas tu minta sign Kak Su juga ;)

I was giddy with excitement actually despite the calmed face :p

Kak Yah (Mariah Mustapha) ada sekali. Selalu juga Hana komen kat status mereka. Kedua-duanya baik dan ramah. Tak sangka dapat juga jumpa Kak Su dan Kak Yah hehe padahal ofis Jemari Seni kat Kajang aje, dekat dengan tempat Hana study dulu. Memang selalu lalu tapi tak sempat singgah pun. Tak sangka mereka ingat juga Hana walaupun tak adalah kerap sangat komen kat status mereka, bila sempat aje :)


I only bought Pelangi and One Minute to Midnight. Dah baca Pelangi tapi sebab pinjam kawan, kena beli juga sebab Hana suka ketiga-tiga kisah dalam Pelangi. One Minute to Midnight pula memang dah ada dalam wishlist. Kak Su beri buku nota Dewi lepas sign buku-buku Hana. Lepas bergambar tu Kak Su beri satu lagi pada Neesa. Memang Neesa buat lukis-lukis lah hehe.


Kekasih Waktu membawa Hana ke Kashmir yang indah. Daripada penulisan Kak Su, Hana rasa macam memang betul-betul ada di sana. Teringin nak ke Kashmir, kalau tengok kat Google atau filem memang cantik sangat tempatnya! Kisah ini sedih, tak sangka endingnya macam tu. Tapi banyak pengajaran dalam Kekasih Waktu. Bertemakan kasih sayang dan kekeluargaan.


Selain Kak Su, penulis Hlovate dan Syud juga penulis kegemaran Hana. Rindukan karya Hlovate yang baru. Buku terbaru Syud pula Hana tak baca lagi. Tadi nampak kat bahagian buku-buku Jemari Seni, tapi bajet tak cukup sebab beli buku Neesa yang banyak. Takpelah, lain kali boleh beli lagi.


Gadisku, Wan Adnin adalah sebuah naskah yang agak nipis. Kisah ini berlatarkan negeri jelapang padi, Kedah. Ada review di SINI. Geram betul dengan Tok Bonda yang berkeras nak jodohkan Adnin dengan lelaki berdarah biru sedangkan semua insan sama sahaja di sisi Dia. Alhamdulillah. Pengakhiran yang tidak mengecewakan. Banyak pengajarannya dalam buku ini.


Banyak juga buku-buku yang Neesa pilih. Buku-buku latihan Tahun 3, novel pendek Ana Muslim dan komik Shootz! Komik Ana Muslim tu percuma dapat kat kaunter bayaran.

Happy sangat dapat jumpa Kak Su dan Kak Yah tadi. Insya-Allah kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi :)

Till then.
Wassalam.


8 comments:

  1. I'd love to meet Syud and Hlovate! But I know that Hlovate is low-key and would like to keep her identity a secret.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! I love both :D and I have to respect Hlovate's decision to remain hidden from the public eye too hehe. maybe she works as a doctor somewhere :)

      Delete
  2. Kak su..tak pernah baca novel dia. Hlovate saya baca

    ReplyDelete
  3. ketika membaca buku seperti berbentuk novel, sering fikiran kita berimajinasi tentang tokohnya dan plot tempatnya. menakjubkan
    salam kenal kak hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg boleh berimaginasi tu best hehe salam kenal juga :)

      Delete
  4. Macam menarik lah novel Kekasih Waktu. Siqah tak kenal penulis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Siqah baca :) memang best penulisan Kak Su

      Delete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News