Tuesday, January 13, 2015

637#Love Note ~ Pertama Kali Makan di Fuel Shack


Nak dijadikan cerita, lepas habis paper Immunology hari last final exam tu, Hana dan kawan Hana, Nora pergi IOI Mall. Walaupun dah lama buka tapi sampai sekarang kitorang berdua tak jejak jejak lagi kat sana. Masa nak pergi tu asyik tak kena. Mesti ada kerja atau malas nak pergi sebelum sebelum ni. 

Nora lah beria-ria nak makan di Fuel Shack, dia nak cuba makanan kat situ. Hana pun tak pernah makan lagi. Sampai kat IOI dah dalam pukul 1:00 pm lebih. Kitorang pergi solat dulu. Jauh kat hujunggg nunn surau kat tingkat dua IOI. Tapi salute lah sama pengurusan IOI. Surau perempuan tu tersangatlahhhh luas dan selesa. Tak pernah lagi jumpa surau kat mana mana mall yang besar, bersih dan selesa macam tu.

Siap solat, Hana dan Nora terus turun Ground Floor untuk ke Fuel Shack. Banyak sangat restoran kat dalam IOI ni. Yang tak pernah Hana nampak pun banyak. Kiranya banyak pilihan lah kalau korang nak pergi makan kat sana.


Hana order Cheeseburger, Nora pulak order Original Shack. Murah, tambah RM3 aje untuk set sekali dengan air dan medium fries. Kalau nak makan pasta pun ada juga kat Fuel Shack ni. Nora beli Cheese Fries juga, fries yang ditabur dengan sos cili manis dan keju. Harga RM6 tapi berbaloi sebab kuantiti fries yang banyak, penuh dengan cheese.


Gambar atas tu nampak original fries aje. Kitorang tambah fries yang set dengan burger tadi kat atas Cheese Fries tu. Burger Fuel Shack pun best. Yang macam Nora punya tu daging tebal macam burger bakar. Memang kenyang makan kat sini.

Teringin nak makan Johnny Rockets. Kawanlah yang suggest tapi paling senang access pun kat KLCC. Tempat lain nak kena naik kereta dulu kot. 

Till then.
Wassalam.

Monday, January 12, 2015

636#Love Note ~ Tahun 2015


Walaupun dah masuk 12 Januari 2015, nak ucap Selamat Tahun Baru juga.

Final dah habis 9 Januari lepas tapi sekarang baru masuk mood blogging. 

Dalam tiga empat hari ni Hana dok tengok drama pasal psiko aje. Liar Game dan Bad Guys. Sampaikan malam kelmarin mimpikan Shin Sung Rok yang jadi psiko dalam Liar Game (T__T) Dahlah dua dua suspense sampai cam nak pecah dada.

Liar Game bukan psiko bunuh bunuh tu tapi still suspense tengok diorang main game tu. Bad Guys lak memang main psiko serial killer tapi serius best! Kalau asyik layan cintan cintun pun bosan juga.

Tapi motif sebenar tengok Bad Guys sebab nak tengok Park Hae Jin :p lantaklah KJ nak kata mamat Korea bukan lelaki sejati. Dah aku minat nak buat camne? Dah taste aku lelaki tinggi kulit putih nak buat camne?  Alah. Park Hae Jin tu pun bukan jenis milky white pun, tanned lah jugak. Dia macho apa. Bukannya stok mamat Korea yang jambu tu. Tapi minat je yang milky white tu :p

Kan dah membebel kat sini. Dah. Jom masuk topik lain.


Rasa nak buat perubahan pada blog tapi I  still like the way it is. Simple. Nantilah bila ada masa nak edit atau bila dah dapat idea. Hana sendiri pun dah lama tak main ngan kod HTML untuk edit blog ni. Nak kena main dengan skill balik :p

Rasa nak tukar pada part Ai no Kotoba tu. Tukar dengan Love Note. Tapi kiraan tetap sama. Kiraan entri dalam blog ni tapi memandangkan ada juga beberapa entri yang Hana dah delete, kiraan kat post title tak tally dengan kiraan sebenar entri dalam blog ni.

Selamat kembali ke sekolah. Adik bongsu Hana, si Neesa tu pun dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah :) 

Tak sangka dia dah masuk sekolah. Tapi kasihan masa daftar semalam sebab kelas-kelas Darjah 1 kat tingkat atas, bukannya tingkat bawah. Cikgu bagi buku-buku teks yang dah siap diikat. Neesa tak reti nak masukkan buku-buku tu dalam beg, dah banyak-banyak kena ikat camtu. Merah tangan dia pegang buku-buku tu masa turun tangga nak ke kantin (T__T) Dia pun mengadu sakit.

Semoga Neesa lebih tabah mengharungi alam persekolahan. Eceh :p

Till then.
Wassalam.

nota kaki : Insya-Allah esok Hana balik Kelantan. Minta doakan perjalanan Hana selamat ya? Terima kasih.