About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Friday, June 9, 2017

696#Love Note ~ [Resipi] Nasi Goreng Tomyam


Alkisahnya, dari next week lagi Hana mengidam nak makan nasi goreng tomyam. Macam boleh rasa aje pedas pedas masam tomyam tu haha dahlah tengah puasa masa tu. Harap tak makhruh lah jadinya. And yesterday I bought tomyam paste, original from Thai punya. Kiub tomyam Knorr berbaki lagi dalam peti tapi rasa tak upmhh, kena guna tomyam paste jugak.

Dah lama tak makan nasi goreng sebab I'm on diet since the last three months. Tapi sebab dah nak hampir my target weight, kira cheat day lah dengan nasi goreng tomyam ni. Nasi goreng memang ada banyak kalori! So tak boleh makan selalu.

So, untuk berbuka semalam kitorang makan nasi goreng tomyam plus sirap cincau. Dah bosan makan nasi putih sebenarnya. It was my first time cooking in Ramadhan haha tak beranilah takleh nak rasa rasa ni. Saya kan budak baru belajar.

Alhamdulillah menjadi even campak campak aje. Abah siap tambah dua pinggan (atau mungkin sebab lapar :p). Tak apalah yang penting jadi. So here it is. Resipi ikut ingatan aje lah ya. Sedap kalau makan panas panas ni.


Bahan bahan (4-5 orang):
  •  Nasi putih 1 mangkuk 
  • Bawang merah 2 biji (cincang)
  •  Bawang putih 4 ulas (cincang)
  •  Cili merah 1 biji (potong)
  •  Serai 2 batang (titik & potong)
  • Tomyam paste 2 1/2 tbsp
  •  Kicap manis 1 tbsp
  •  Sos tiram 1 tbsp
  •  Air 1/2 cawan
  •  Olive oil 2 tbsp (palm oil pun okey)
  •  Udang (buang kulit)
  •  Crab stick (potong)
  •  Daun limau purut (potong dua, buang urat tengah)
  •  White pepper 1/2 ts 
  •  Sayur (ikut citarasa. Hana guna sawi)
  •  Garam (Hana tak guna, paste + sos tiram dah ada garam) 


Masak:
  •  Panaskan olive oil dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  •  Bila dah naik bau, masukkan tomyam paste, kicap manis dan sos tiram, cili merah dan daun limau purut. Kacau. Masukkan air.
  •  Masukkan udang dan crab stick. Kacau.
  •  Masukkan nasi dan sayur. Letak white pepper. Kacau hingga sebati. Hidangkan.


Turutan tu ikut apa yang Hana rasa nak buat :p Boleh letak lauk lain kalau suka. Sotong ke, ayam ke. I don't favour sotong jadi tak letak. Kalau nak kalori yang baik, boleh guna olive oil instead of palm oil. I used olive oil sebab tengah diet haha. Daun limau purut tu racik pun boleh tapi sebab Hana tak suka telan sekali dengan nasi, Hana potong dua. Kena buang urat kat tengah tu, barulah makin naik bau tomyam tu ;) Sama kes dengan serai. Kalau tak nak telan silalah potong besar sikit, jangan halus halus. Senang nak buang. And garam. Kalau memang suka letak garam, boleh letak sikit. Kandungan garam dalam paste, kicap dan sos tiram dah tinggi. Sebolehnya elak.

Mana yang terkurang atau terlebih tu mohon dimaafkan ya. Selamat mencuba!

Till then.
Wassalam.   



Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)