Friday, November 14, 2014

626#Ai no Kotoba ~ Tak Sabar Nak...



Alhamdulillah dah baik daripada demam. Sesiapa yang rasa cam tak sedap badan tu, bawak bawaklah berehat. Tu mungkin tanda your body needs your pamper. Senang kata, rehat.

Sekarang ni, banyak betul perkara yang buat I can't wait for longer time do you understand me ha?

Tak sabar nak habis final.
Tak sabar nak balik cuti sem.
Tak sabar nak makes my abah annoyed with me.
Tak sabar nak girls' day out berdua aje dengan mama.
Tak sabar nak balik cubit pipi dan perut Neesa.
Tak sabar nak jumpa kawan kawan kat kampung.
Tak sabar nak ada masa lapang lamaaa untuk menaip.

Yang paling terdekat.
Tak sabar nak pergi Big Bad Wolf 2014 bulan Disember ni!

Dah macam nak meroyan bila tengok buku buku yang ada kat website BBW tu. 

Ingat nak saving lebih sikit elaun bulan ni tapi nampaknya hampeh. Dahla bulan ni saving ciput aje. Nak buat camne, banyak benda tiba tiba aje pop up minta kena settle dalam bulan ni. Mahu bawak satu cabin-sized luggage ke BBW tu baru puas hati. Yalah. Dah semua buku dalam harga RM8 aje. Tak normal kalau tak tergoda nak borong banyak-banyak.

Okey. Stop it Hana. Esok ada Mandarin pukul 8. Baik chow pergi tidur.

Till then.
Wassalam.

Sunday, November 9, 2014

625#Ai no Kotoba ~ Demam



Demam. Selsema. Pening kepala.

Pakej tiga dalam satu. Since last Friday.

Nak buat kerja apa pun takde mood. Padahal ada Immuno mid sem dan dua lab report kena hantar minggu depan. 

Takpelah. At least tahu yang my immune system berfungsi dengan baik lagi. Alhamdulillah :)

Korang pun kena hati hati tahu? Kalaulah tak demam/sakit apa-apa dalam masa setahun atau dua tahun macam tu (Hana lupa tempoh yg betul), tu tak bermakna yang korang betul betul sihat. Ada kemungkinan korang ada masalah pada immune system tubuh korang. 

Tolong doakan Hana cepat sembuh dan dapat siapkan kerja apa yang patut.

Thank you! :)

Till then.
Wassalam.

Saturday, November 8, 2014

624#Ai no Kotoba ~ Meeting Tun M @ UniKL MFI


Alhamdulillah. 

Salam Sabtu semua. 

Last Thuesday, I was given a chance to meet Tun M. Yes. Our world-class former PM. :)

Tak adalah sempat nak cakap face-to-face with him. Tapi alhamdulillah, merasalah dapat tengok Tun M depan mata kan? 

Tun M hadir ke UniKL MFI, Bangi untuk bagi talk dengan mahasiswa. Boleh kata semua wakil UniKL dari seluruh Malaysia hadir plus institut institut lain di bawah MARA including GMI. Sebuah sesi yang amat bermakna. 

Suka dengar cara Tun M cakap. Penuh dengan tertib :)

Masa Tun M baru aje sampai

Bila talk dah habis, biasalah kan mesti ada Q&A session. Dalam banyak banyak soalan daripada mahasiswa, ada satu soalan yang betul betul tarik perhatian orang di dalam dewan yang super sejukkk macam duduk kat Antartika tu.

Mahasiswa : Kenapa golongan muda seperti kami tidak diberi peluang untuk terlibat dengan urusan politik, mentadbir negara? Atau mungkin golongan yang lebih berintelek? (lebih kuranglah soalan tu. Hana ringkaskan sikit)

Tun M : Ini memang suatu penyakit. Biasanya bila pemimpin tu seorang yang bodoh, atau kurang pandai, dia akan ambil anak anak buah yang lebih bodoh daripadanya. Bila dah pemimpin bodoh macam tu, anak anak buah pun bodoh macam dia. Takkan dia nak ambil orang yang pandai daripada dia? Bila dia dah letak jawatan, pemimpin yang menggantikan dia akan lebih bodoh daripada dia dan perkara itu akan berterusan. 

Apa yang Tun M balas pun Hana ringkaskan aje. Tapi memang terkejut masa dengar banyak perkataan 'bodoh' keluar daripada mulut Tun.

Bila dengar sendiri, kebanyakan soalan yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak ada menjawab secara direct. Memang ada maksud yang tersirat. Itulah apa yang boleh Hana simpulkan. Tapi boleh kata jawapan Tun M semuanya jenis makan dalam.

Haha.

And then, I met Sarah and Farhana. My college friends zaman kat KMKN dulu. Sekarang ni dua dua sambung degree kat UniKL BMI. Tak sangka mereka pun hadir sama :)

Farhana, me and Sarah :)

Walaupun sekejap aje sesi bersama Tun M ni, tapi banyak pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Bukan senang nak dapat peluang jumpa bekas pemimpin Malaysia yang terkenal ni. Lagi lagi bila kita ni bukannya orang besar. Haha.

It's such a great honour to meet you, Tun.

Till then.
Wassalam.


623#Ai no Kotoba ~ Randomness



Ingatkan bila dah ada MiFi 10GB yang lajuuu ni rajinlah sikit update blog. Tapi hampeh. Malas aje lebih.

Tak sangka tinggal 7 to 8 weeks only sebelum final. (-__-) Macam cepat aje masa jalan. Macam semalam aje baru masuk Semester 3. Macam baru semalam aje masuk tahun 2014.

Tup tup. Tahun 2015 dah nak menjelma.

Tapi alhamdulillah :) Dalam kemalasan tu sempat juga siapkan tiga cerita pendek (60-70 pages) untuk MNovel. Satu lagi cerita dalam pending. Entah bila dua proofreaders tak bertauliah ni sempat baca and beri komen. Sibukla ter~ Haha.

Doakan Hana rajin sikit tulis manuskrip, rajin update blog dan rajin belajar. Eh?

Okey. Bye.

Till then.
Wassalam.