Sunday, March 31, 2013

Segmen Blogger Muslimah


Dah lama tak join segmen Apit ni :) Yalah, lepas final macam nilah baru boleh join :) Jom join!


Warna : Nak sama macam kat atas :) Tapi yang bahagian transparent dalam banner tu nak warna putih. Boleh? :)

Nickname : Hana Zuria

Tag : Zeera dan Aini 

Till then.
Wassalam.

Segmen : 300 Bloggers


Dah lama sangat Hana tak join segmen. Then terjumpa segmen ni kat blog Paly. Memandangkan dah lama tak join mana-mana segmen atau GA, Hana decide nak join segmen ni :) Satu segmen yang simple aje. 


Hana follower ke 800 kat blog Paly. (^_^)v
Jom join ramai-ramai!

Till then.
Wassalam.

376#Ai no Kotoba ~ MARA Lahir Pakar Dalam Industri Aeroangkasa

Sumber gambar : AirAsri


Dapat baca tak artikel kat atas? Yeah! Hana bangga dengan MARA dan UniKL :) Bukan bermakna nak perlekeh institute lain, please don't get a wrong idea. Tapi Hana nak tunjuk betapa bangganya bernaung di bawah MARA dan UniKL. Sama seperti korang, tentu bangga sangat-sangat kan kalau universiti korang dapat pengiktirafan atau anugerah apa-apa, kan? :)

So, back to story. Nak lahirkan pakar dalam industri aeroangkasa ni bukan mudah dan MARA melakukannya melalui Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT). Nak masuk UniKL MIAT korang kena lepas interview, test bagai. Kalau yang daripada FIST UniKL tu, kena dapat CGPA 3.5 ke atas dan lulus interview dan test. 

Tapi, once dah grad dengan CGPA dan praktikal yang perform, insya-Allah kerja yang superb dan gaji yang lumayan menanti anda. He he. Apa-apa pun, kena buat yang terbaiklah masa study nanti :)


Tahniah MARA! Tahniah UniKL! Majulah demi Amanah Rakyat!
*tetiba teringat lagu MARA - Amanah Rakyat yang pasang tiap-tiap pagi dan petang kat kolej* 
He he.

Till then.
Wassalam.

375#Ai no Kotoba ~ [Review Buku] Kafe Damia


Dah lama sangat Hana baca novel ni. Once Moon post ke kolej dan sampai, Hana terus baca. Sebab memang dah lama sangat tunggu Bertemu Cintaku dalam versi novel ni. Bertemu Cintaku tu tajuk asal novel ni sebelum ditukar ke Kafe Damia.
Moon post sekali dengan love stick sebagai hadiah :) Thanks Moon! Hehe.

Judul : Kafe Damia
Penulis : Moon Leeya Zafrina
Terbitan : Jemari Seni
Harga : Sem. Malaysia -> RM 20, Sabah/Sarawak -> RM 23

Dari awal baca sampailah habis, memang senyum ke telinga aje. Kisah Mamat Perasan dan Minah Kecoh yang cukup comel dan mencuit hati. Kisah perasaan yang mula bercambah antara Zafran Adha dan Liyana Damia sejak alam persekolahan namun mereka langsung tak confess antara satu sama lain.
Paling boleh kata si Zafran ni lawak, ada ke dia aci taram aje pergi meminang si Liya tu? Terkejut Liya. Mana tidaknya, si Zafran ni dengan dia boleh kata rival lah jugak. Suka cari pasal. He he. Alih-alih, bahagia jadi suami isteri :D
Hana suka novel ni sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik yang memeningkan. Santai aje rasanya masa baca KD ni. Cerita cinta dan perasaan antara Mamat Perasan dan Minah Kecoh. Selamat juga diijabkabulkan. 
Dan, quote novel ni memang ada benarnya :)
Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih,
kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan.
Bagi Hana, kalau ada jodoh, insya-Allah akan berjumpa kembali walau sudah lama terpisah benua. Macam si Zafran ni. Lepas lapan tahun, dia pulang ke Malaysia dari UK, akhirnya bertemu kembali dengan Liya. \
Biasanya orang akan kata, " Alah, nama lagi novel. Bolehlah jumpa balik even dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa."
Actually, apa yang berlaku dalam novel tu memang berlaku di dunia realiti. Cuma bukan semua orang yang merasainya. Hanya orang yang terpilih sahaja yang akan melalui situasi-situasi seperti ini.
Sekarang ni tak sabar tunggu Moon siapkan Lelaki Idaman Si Dia. Sebuah lagi novel dengan jalan cerita yang sweet. Hana doakan novel tu pun berjaya menempatkan diri di rak-rak kedai buku :) 
Amin.
Till then.
Wassalam.

Saturday, March 30, 2013

374#Ai no Kotoba ~ Tiga Novel Baharu :D


Tiba-tiba mama masuk bilik, tanya tak buka WhatsApp ke and Hana start curious (@_@)

" Kakak tak terima ke WhatsApp abah?"

And then, kelam kabut check phone. 

" Tak ada pun. Abah pun, dok dalam rumah sekali pun nak WhatsApp gak. Ish3."

Pergilah kat ruang tamu tu. Abah tengah membebel kenapa tak baca WhatsApp and Hana pun rasa macam, " Tak payah nak WhatsApp sangatlah abah. Dok dalam rumah sama aje kan?"

" Abah hantarlah. Bazir kredit betul."

" Abah ni (-__-) macamlah abah tak tahu yang benda alah tu tak guna kredit."

Dan, nampak ni!



Baru aje sampai. Hehe :D Thanks Kaki Novel for these free novels for every month. Dua gambar kat atas tulah gambar yang abah suruh check kat WhatsApp. Abah ni. Mengada betul (-__-) Hehe.

Alhamdulillah. Rezeki lagi untuk bulan ni :) Novel-novel yang sampai sebelum ni pun tak sempat baca semua lagi. Hana nak start dengan Cheese dulu. Tertarik sangat dengan novel yang ni. Insya-Allah, Hana akan buat review lepas ni.

Till then.
Wassalam.

373#Ai no Kotoba ~ Facebook Timeline Berubah?



Selamat pagi ke tengah hari!

Nampak tak tajuk tu? Betul ke tu? Bila buka profile FB, tiba-tiba aje keluar macam ni. Terkejut jugak sebab Gmail pun ada perubahan juga untuk hari ni. Facebook dan Google buat Pakatan Axis tukar sedikit function diorang ke? Tak tahula.. Hehe :D

Tak caya? Cuba tengok gambar kat bawah. Buka la FB profile korang sekali :) Try tengok ada tukar tak.



Ada sedikit kelainan kan? Mulalah FB nak bagi tutorial baru sempena perubahan ni, macam sedikit annoying aje kena scroll sampai bawah setiap kali nak buka setiap tab for the first time lepas berubah camni (T_T) Sob3. Rasanya tak semua FB acc lagi yang jadi macam ni. Ikut turn kot Mark Zuckerberg nak tukar :P Haha!

Tapi kan, rindu FB yang lama (T_T) 
Yang sebelum ada timeline bagai ni... 
Sob3 :'(

Till then.
Wassalam.

372#Ai no Kotoba ~ Kerja! Kerja! Kerja!



Jam di task bar, 0.59 AM.
Tarikh di task bar, 30 April 2013.

Baru aje habis tengok Death Note : The Last Name. Dramacrazy.net jadi destinasi utama. Yang penting, dapat tengok L yang cool and comel lakonan Ken'ichi Matsuyama. Memang takleh lari air mata dengan scene L mati. Tak kiralah dalam anime atau live-action movie.

Actually, random posting aje ni :P Ingatkan nak buat review novel but I'm already sleepy. Hari ni tak menulis satu ayat pun. Pagi tadi tengok movie, tengah hari sampai lewat petang keluar dengan Cikgu Naeimah yang ajak kenduri pergi rumah kawan cikgu kat Tanah Merah dan malam ni sambung tengok Death Note : The Last Name. Last movie of Death Note, Death Note : L, Change The World dah tengok awal-awal lagi. Gara-gara nak tengok L yang live-action XD

Esok kena kerja! Kerja! Kerja! Hana plan nak siapkan manuskrip, insya-Allah untuk second novel kalau ada rezeki, sebelum pertengahan April. Sekarang tengah buat rombakan mana yang patut, and kena buat editing kali ketiga. Insya-Allah, He gives me support to finish this.

Till then.
Wassalam.

Thursday, March 28, 2013

371#Ai no Kotoba ~ Praktikal Lambat Lagi -_-



Sekarang ni kan Hana tengah cuti Sem 2. Program foundation Hana ni ada tiga sem; dua sem kat KMKN dan satu sem kat mana-mana UniKL pilihan untuk bachelor program yang kita pilih nanti. Hana pilih Bachelor of Clinical Laboratory (Hons.) kat UniKL MESTECH, Kajang.

Sepatutnya 28 April ni dah start Sem 3 untuk praktikal. Praktikal atau technical training ni untuk memudahkan kami FIST students sebelum masuk degree nanti. Sepanjang praktikal ni kami akan didedahkan dengan lab apparatus yang memang kitorang tak pernah jumpa, field trips dan projek. Sem 3 ni tak ada dah kuiz exam bagai tu. Kami cuma ada projek sahaja.

Semalam tengok ada kawan post kat group. Katanya, CFS UniKL tengah arrange lagi tarikh untuk kitorang praktikal nanti. Ada dua option; sama ada 4 May hingga 28 June atau 8 June hingga 2 August. Harap harap dapat first option, sempat lagi nak puasa sebulan kat rumah kalau macam tu. He He :) Cuma mungkin jadual agak packlah nanti kalau dapat first option.

Alamatnya, cuti sem Hana kali ni extend lah. 

And, the moment I told abah and mama about the changing, abah was like, " Lama lagilah abah kena tengok muka kakak kat rumah ni? Buat habis beras aje. Biasanya beras tu bolehlah tahan 3 bulan. Kalau kakak cuti panjang, keraplah abah kena beli beras."

And me was like, " Abah ni (-__-) memang nak kena agaknya. Kakak makan nasi hari ni pun tak. Grrr grrr..."

Cepat-cepatlah praktikal. Nak merasa jugak puasa sebulan kat rumah tahun ni. Haha.

Till then.
Wassalam.

Wednesday, March 27, 2013

370#Ai no Kotoba ~ 24032013 | AA's Wedding


Dah lama nak cerita pasal AA's Wedding ni tapi tengah dalam proses kumpul gambar. Hehe :) 

Actually ni wedding kak sepupu Hana, anak kakak belah abah. Anis Johida dengan pasangannya Azlan :) Lupa pulak nama penuh husband Kak Anis ni. Pagi 24 Mac lalu Kak Anis selamat diijabkabulkan dengan Encik Azlan ni.

So, enjoy the pics! Upload sikit-sikit aje. Hehe (^_^)


 







To Kak Anis :
Happy being a wife! Insya-Allah a faith and pious wife to your husband.
May Him bless your marriage till Jannah.
Amin.

Till then.
Wassalam.

369#Ai no Kotoba ~ Happy 19th Along!


Well, it's 27th April 2013. Along's birthday. 

Along yang sengal. Along yang bangga sebab dia terlebih inci daripada adik dia ni. Along yang suka tunjuk garang sampai rasa nak hempuk. Along yang suka tunjuk kejam. Along yang layan adik dia ni macam budak umur tiga tahun. Along yang, lantaklah, semua yang jahat tu Along punya. 

Tapi.

Along is still the best Along for adik! Don't ever change. Change for good tak apa. 

Thanks for being the best Along. Walaupun kita bukan blood related. Apa yang Along buat, adik hargai sangat. Sanggup tunggu lama-lama kat Popular gara-gara adik nak guna baucer buku, turun naik tangga teman pergi surau, beli kek masa adik takde mood, beri nasihat yang berguna untuk adik sepanjang life adik. Semualah! Thanks for everything.

All the best in your life, Along. Adik doakan Along bahagia in here and hereafter. Insya-Allah. 

By the way, bila nak bagi kakak ipar? Calon dah ada tu. Hahaha~



Till then.
Wassalam.

Sunday, March 24, 2013

368#Ai no Kotoba ~ Abah and Me



I always have this kind of habit. Always. 

Every time I see abah is dressed up nicely, I will ask this question to him. Without any fail :P 

" Abahhhhh.... Nak pergi mana?" 

Padahal dah tahu, abah nak keluar :P Saja saja tanya.
And abah will end up answering me with this answer. It's never change.

" Suka hati I lah nak pergi mana? You susah apa?"

And I was like (-___-) " Abah niiiiii...."

The moment for today, I sat on the sofa in living room, twittering of course :P.
The time I saw abah was in his best T-shirt, I asked, again.

" Abahhhh.. Nak pergi mana pulak tu?"

And, this was my abah's answer.

" I nak pergi mana pun, bukan urusan you lah. Kalau abah nak kahwin lagi satu pun, abah tak payah mintak kebenaran kakak kan? Kakak tu kalau nak kahwin kena mintak kebenaran abah. Abah ni wali tau tak? Eh? Hahahaha!"

And there was abah, gelak besar (-__-)

And, me was like, in my heart " Alahhh... boleh guna wali hakim kan? He he."

But, I will never ever saying like that in front of abah. Never. Ever. Ever.

If I did?

Well, this might be abah's answer. Seriously. Yang ni akan jadi jawapannya.

" Apa? Kakak nak kahwin guna wali hakim? Banyak cantik. Elok lah macam tu. Dahlah gatal nak kahwin dah. Kena ingat tau, abah ni yang akan jadi wali. Ingat tu."

So, I will never say.

Ever.


Till then.
Wassalam.

note : I've been read to Mat Luthfi's blog too much and I end up posting something like this :) Chill. He he.

Wednesday, March 20, 2013

366#Ai no Kotoba ~ [Review Buku] Lelaki Versi Dia

Dah lama dapat novel ni. Tapi tak sempat nak baca :'( Hukhuk. 
Padahal punyalah semangat nak baca novel ni. 
Takpe, takpe, tunggu habis final, kupujuk hati sendiri.
Hehe :D
Judul : Lelaki Versi Dia. 
Penulis : Aireen Aryana
Terbitan : Penerbitan Kaki Novel
Harga : Sem. Malaysia -> RM 19, Sabah/Sarawak -> RM 22
Yang ni first novel karya kak Aireen Aryana atau lebih Hana kenali sebagai kak Rinsya Chasiani di FB. Terpaut hati dengan cover LVD ni. Comel sangat x) Macam sesuai dengan love story comel comel between Wan Aakif Akmani dengan Arwin Raisha. 
Since kecik lagi si Arwin ni dah tangkap cintan dengan Aakif si abang sepupu. Alih-alih, bila dia dah besar, dah kerja, dia dapat berita dia ditunangkan dengan Aakif. Apalagi, excited plus kelirulah si Arwin ni. Konflik punya konflik, kahwin juga diorang. Tapi tak stop sampai situ ya. Ada lagi ceritanya~ Hee :D
Hana suka sangat novel ni, sempoi. Memang Hana suggestkan novel ni untuk dibeli dan dibaca (^_^)v. Cuma part tak puas hati tu, ada ke si Aakif boleh pertahankan lagi Alisya yang terang-terangan nakkan dia balik? Helo Encik Wan Aakif Akmani, awak tu dah ada isteri! Kesian Puan Arwin tu. Tak pasal-pasal makan hati ulam jantung pisang sebab sikap tak senonoh Encik Aakif tu.
Nasib baik happy ending, kalau tak Hana nak pergi bakar rumah Kak Rinsya boleh tak? *angkat kening double jerk* Cukup memuaskan hati untuk Hana yang sekarang makin cerewet nak beli novel. So, apa lagi, kepada peminat-peminat novel di luar sana, jangan lupa dapatkan novel ni di mana-mana bookstore okey?
Nota buat Kak Rinsya : Bila Kuli Rumah Untuk Dia nak keluar? Tak sabar dah ni! (>_<) Nak sangat baca versi hardcopy. Sob3 :'(
Bila-bila rajin Hana akan review novel lagi. Lepas ni nak review Kafe Damia la even dah lama habis baca :D 
Till then.
Wassalam.

Sunday, March 17, 2013

364#Ai no Kotoba ~ Memori Tercipta


13 May 2012, hari pertama Hana daftar di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN).
14 Mac 2013, secara rasminya bergelar bekas pelajar KMKN.

Daripada strangers, we went out from college like a big family. Banyak yang dah dipelajari bersama-sama. KMKN bumi tarbiah. Act like a catalyst. It's easier for us to change in a new place, surround by new people, than changing in our old place, surround by old people who love to judge.

I met new friends yang boleh hoo haa sama-sama pada masa yang sesuai, minta tolong if ada masalah dalam pelajaran, belajar benda baru etc. I met Along too. Well, it just seems like he's just an adopted brother to me, but I really feel like he's my flesh and blood brother. From stranger to friend and I end up being his little sister. There's a lot yang Along dah buat and I appreciate them. True indeed.

Di tempat baharu, hanya iman dan akal yang dapat mengawal kita. Tersalah jalan, kita boleh terbabas. And I'm here to say that, thanks for being my friends and family, supporting each other through thick or thin. I love all of you dear friends. All the best in UniKL soon :) 

If He said we could meet again in future, we could. Insya-Allah.














Throughout our lives, friends come and go. But family lasts forever - Along

Till then.
Wassalam.