Showing posts with label Clinical Lab. Show all posts
Showing posts with label Clinical Lab. Show all posts

Friday, February 5, 2016

676#Love Note ~ Bila Dah Nak FYP



Tengah hari semalam ingatkan nak tidur lepas Zohor sebab mengantuk, tapi bila dapat WhatsApp daripada housemates yang kata students of batch September 2013 dah boleh tengok senarai nama untuk FYP supervisors, tak lena tidur dibuatnya. Lagi lagi bila subjects tak ada lagi kat student portal. Tidur tidur ayam la jadinya :( Setiap kali bangun mesti bukak phone.

Akhirnya bila dah nak dekat Asar tu ada housemates hantar gambar senarai nama tu. Alhamdulillah Hana dapat lecturer yang Hana nak :) Senarai nama tu ikut susunan nama students dalam batch dan bermula dengan Dean hinggalah lecturer biasa. Hana dapat Miss Isnida, lecturer yang ajar Cell Biology dan Genetic masa Year 1 dulu :) Bila tanya senior, katanya Miss Is suka buat cell culture.

Actually I couldn't believe I would start FYP soon :p Semester ni baru FYP1 yang involve paper writing and presentation, masuk FYP2 ni barulah kami masuk lab. Memang tak boleh nak percaya tapi kena percaya juga :p Macam baru semalam aje masuk MESTECH alih alih batch kami pula jadi batch paling senior. 

Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya? :) Yang pasti memang Hana akan bertambah sibuk lepas ni. Tengok senior sebelum ni pun sibuknya kemain (-_-')

Till then.
Wassalam.



Saturday, October 12, 2013

561#Ai no Kotoba ~ New Life :)


Dah nak masuk sebulan baru boleh blogging (T__T) I miss blogging so much! Tapi memang tak menyempat langsung. FB pun dah jarang buka :(

So here I am, challenging myself for the new path of my life :)


Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.)

Target : 
1. ISEM
2. UK for Masters program


Pray for me will you? Hee :p 

Insya-Allah Hana akan cuba update lagi ;)

Till then.
Wassalam.


Monday, July 15, 2013

534#Ai no Kotoba ~ Lawatan | Institut Genom Malaysia

*scheduled post - ditaip pada 14/7/2013*

Hari Isnin minggu lepas kami ke Institut Genom Malaysia @ Malaysia Genome Institute (MGI). Sebelum ni kami ke Malaysia Nuclear Agency, both MNA and MGI ni terletak kat Bangi. Dekat aje pun dua-dua tempat ni. Boleh jalan kaki. He he :D

My first impression sebaik aje jejak kaki dalam bangunan MGI tu, WOW~! Lawa sangat! Sampaikan kitorang semua kata pakat nak kerja sini lepas grad sebab tempat ni lawa :P He he. Ada ke patut? Tapi memang MGI ni serius cantik tempat dia (Y)























Macam biasa, kami dibawa masuk ke beberapa lab dan diberi penerangan mengenai sequencing proteins yang relate dengan DNA dll. Nak explain banyak Hana risau ada yang tak faham :) Teringat entri Kak Aisya yang INI. He he :D Insya-Allah Hana akan cuba explain yang mudah difahami aje ya? :)

Till then.
Wassalam.

Wednesday, July 10, 2013

527#Ai no Kotoba ~ Lawatan | Agensi Nuklear Malaysia

*scheduled post - ditaip pada 7/72013*

Hari Khamis lepas kami ada lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia di Bangi. Berkumpul depan kampus dalam pukul 8 AM, tapi tunggu van tu memang agak lambatlah (-__-) Kami tak dapat bas kampus, sebab 24 orang aje kot. Takpun sebab ada hal yang lebih penting nak guna bas tu. Entah.


Kami pakat ramai-ramai pakat batch tee :P Yang tak beli tu, tak pakailah. Mereka pakai tee rasmi KMKN tu. Hana naik first trip, malas nak tunggu kat kampus lama-lama. Sampai sana around 8:30 AM kot. Rasanya.




Hari tu kira macam hari terbuka di ANM. Ramai juga rombongan pelajar sekolah menengah yang datang. Kami pun dianggap macam pelajar sekolah menengah (-__-) Hukhuk. Tapi mereka tertumpu pada bangunan utama ANM aje, ada pameran semua tu. Kami pula ke macam-macam lab radioaktif lagi. Gamma lab, alpha lab, beta lab bla bla bla. He he :D

Memandangkan kawasan ANM tu tersangatlaaaaaaa luas, kami dibawa bergerak menggunakan bas kalau nak ke bangunan yang jauh sedikit. Bas ANM sendiri tau :P Kelassss gituuuu *mata ke atas*

Untuk lawatan ni kami kena buat laporan dalam group, four members for each group. Masing-masing kena bahagilah ambil notes, rakam perbualan dan rakam video. Yang penting kami memang tak berapa nak faham. Ha ha :P Faham yang simple aje. Banyak cakap pasal bahan radioaktif apa semua tulah.

Itu bukan alkohol, tapi mineral water from overseas.


 Baju plumbum yang dipakai masa radiographing

 Dalam bilik X-Ray

Mama kata makin chubby di pipi >__< Tidakkkk!!!!


 Nad dan Ana :D


Tangan saya tengah peluk patung :P

Hari Isnin 8 Julai pula insya-Allah pergi Pusat Genom Negara. Nanti Hana update pula next week :)

Till then.
Wassalam.

Tuesday, July 9, 2013

526#Ai no Kotoba ~ Oh My Bacteria!

*scheduled post - ditaip pada 7/7/2013*

Kami ada kelas Microbiology dengan Dr. Azimah hari Isnin lepas, right after our break. Pagi tu kelas Pathology, petang tu pula kelas Microbiology. Mula-mula Dr. Azimah ajar kami basic pasal Microbiology, siap dapat main dengan soft toy yang beliau beli masa sambung Masters and PhD di UK lagi. Bacteria in the form of soft toys :D

Staphylcoccus Aureus (SA) plush toy

Lepas sesi basic tu, kami turun ke lab. Dr. Azimah ajar transfer bakteria ke media yang sepatutnya. Kami gunakan agar yang kami buat masa kelas Media Preparation dengan Kak Faridah dulu. Awal-awal lagi Kak Faridah beritahu Dr. Azimah yang kami semua dah tahu aseptic technique, kalau salah buat memang siaplah dengan Kak Faridah :P He he.

Kami dapat bakteria E.Coli dan Staphylcoccus Aureus (SA). Ada dalam bentuk agar plate, ada dalam bentuk broth culture (bentuk cecair). Yang kami kena buat dengan agar yang dibekukan sebelum ni ialah bacteria culturing. Macam nak kasi tumbuh bakteria dalam agar kosong tulah.

Lepas Dr. Azimah tunjuk cara nak buat bacteria culturing, kami mulalah praktis seorang satu. Hana guna bakteria E.Coli dan SA yang broth culture. Lepas siap culturing, agar plates tu kena simpan dalam inkubator. Koman-koman pun dalam 18 jam untuk tengok bakteria tu tumbuh atau tak dalam agar plates tu. Seelok-eloknya 24 jam.

Culturing bacteria

Dah siap culturing, tak masuk inkubator lagi

Broth culture

 E.Coli in agar plate

Around pukul 8:45 AM keesokan hari, Dr. Azimah tunjuk plates yang kitorang cultured semalam. Berjaya juga buat :P He he. Objective nak dapat single colony, dapat juga :P

Oh My E.Coli!

SA tak jelas sangat, kena tinggal lama lagi dalam inkubator nampak gayanya



Dr. Azimah best, sporting dan lembut aje mengajar! Muda lagi dah dapat PhD and apa yang kami dengar daripada lecturers lain, Dr. Azimah dapat converted her Masters kepada PhD sebab thesis beliau boleh kata sama level dengan thesis untuk Masters. Tak tahulah thesis apa yang Dr. Azimah buat tu. He he :D Kagum betul.

Till then.
Wassalam.

Broaden News