Showing posts with label For Girls. Show all posts
Showing posts with label For Girls. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

692#Love Note ~ Be Stylish with MANGO Fashion

Have you ever heard of MANGO? It's my favourite brand so far ;) If you want to know why, it's simply because MANGO offers a wide range of stylish, stunning and gorgeous products! From smart casual to formal wear, it won't disappointed you. You would find it worth every penny you've spent for it!
If you are looking for the chance to own a stylish and flirty new dress that you can wear to a party your friend is throwing on the weekend, then this brand has the best dress style for you! In fact, MANGO has huge selections of clothing for women to choose from. The latest collection of Mango blouse would go well with a form-fitting blazer and pencil skirt which would be perfect for an office wear. My current favourite is their Poplin dress – the white coloured long dress can be paired with my favourite blue jeans, white sneakers and black shawl perfect for a weekend spends with my family.

Mango fashion collection gives you the access to some of the hottest looks and trends that I swear I can’t resist. 

Be it for work or lay, they have it all! Now I can decorate my wardrobe with the most updated looks and the best part is I can get them all at much amazing prices without having to burn a hole in my wallet. However, since I'm a student, I'd prefer to buy their smart casual collection ranging from shirts, skirts and pants to keep me stylish and confident doesn't matter I've to attend a talk or simply giving a subject presentation to an audience. 

So to cut it short, if you want to have a brand that offers the best styles of 2016 then this is the right brand for you. Wait no more, and revamp your wardrobe with the latest fashion collection online from Mango! 


Saturday, January 16, 2016

659#Love Note ~ Kenali Kulit Anda


Beberapa hari lepas terbaca entri Natural Remedies for Skincare kat blog Qila, ternampak gambar Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Gel. Selalu juga dengar pasal aloe vera gel ni yang katanya elok untuk kita yang selalu terdedah dengan panas matahari. Semalam rajin pula buka The Face Shop punya website, terjumpa aloe vera gel juga. Dengan harga yang berpatutan mungkin Hana akan beli  untuk mencuba. Lagi pun dengan cuaca yang makin panas ni memang kena jaga kulit tu. Paling bahaya kalau terdedah banyak sangat dengan UV ray.

Hana jarang pakai facial wash sebab malas ya ampun tapi memandangkan cuaca yang panas macam ni takkan tak peduli pula kan? Dengan segala jenis microorganisms yang kita tak nampak, bayangkan kalau effect kat kulit kita? Satu hal pula nak kena habis banyak duit kat rawatan. Jadi lebih baik mencegah daripada mengubati :p

Sebelum nak beli apa apa jenis skincare, kita kena tahu dahulu jenis kulit kita. Hana ada jumpa chart kat The Face Shop. Bolehlah guna sebagai panduan :) Kalau tersilap guna skincare yang tak sesuai dengan jenis kulit boleh jadi makin teruk pula.


Hana punya normal skin. Macam mana ngan korang? Harap dapat membantu :)

Till then.
Wassalam.


Tuesday, December 23, 2014

632#Ai no Kotoba ~ But You Didn't


Tengah skrol FB, tiba tiba nampak gambar gambar ni. Tengoklah, sebab nampak comel. Tapi rupanya ada kisah di sebalik gambar gambar ni :'(

Mahu berair juga mata ni.

Gambar gambar ni dah lama ada. Tapi baru jumpa :p

Info pasal gambar gambar ni ada pada dua gambar terakhir.

Kredit gambar: Azirul Ariff


















Such a beautiful story :) 

Till then.
Wassalam.

Monday, January 6, 2014

587#Ai no Kotoba ~ Marriage Is Not For Me - Seth Adam Smith


Dah lama jumpa kisah ni tapi baru nak kongsi :) Hee. Oh ya, yang ni scheduled post tau, malas nak nyatakan aje. Ditaip pada malam 26 Disember 2013 ;)

Baca sampai habis. It's such a beautiful and lovely story.


Sumber : 9Gag

Hana tukar gambar asal, to a more appropriate picture. 

Hope you'll find something beautiful in it ;)

Till then.
Wassalam.

Sunday, May 5, 2013

425#Ai no Kotoba ~ [For Girls] Dia Untukku?


Pagi tadi, ada terbaca satu luahan hati di blog seorang blogger :) Boleh kata si blogger tu taraf adik kepada Hana :)

Ada kaitan dengan perasaan dan jodoh.


And, Hana terfikir nak kongsi sesuatu dengan pembaca blog ni especially kepada para gadis di luar sana :) Boleh kata sedikit daripada pengalaman hidup Hana. Jarang rasanya Hana bercerita pasal hati dan perasaan diri sendiri di blog ni :) Tak apalah, sekadar perkongsian.

Adik-adik dan kakak-kakak :)

Kadang-kadang kita terfikir, si dia ke jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di Loh Mahfuz? Si dia ke orang yang ditakdirkan untuk bersama-sama menempuh hidup di dunia ini, sekaligus membimbing kita ke syurga-Nya?

Entah. Kita sendiri tak pasti.

Hana tak pernah bercinta dengan sesiapa, senang kata couple. Tapi tipulah kalau Hana kata Hana tak pernah suka sesiapa kan? I met someone around the time I was still in my college :) *pekup muka malu* He's just a plain guy, tapi suka tengok masa dia pergi masjid :P He he. And he's good when it comes to jaga pergaulan dengan perempuan. Dan dia agak pemalu juga dengan perempuan even dia nampak cam bad boy aje. He he :)


Dia tahu Hana suka dia, tapi kami tak couple lah. Sekadar berkawan biasa. Mesej pun boleh kira dalam sebulan tu berapa kali. Pendek kata, jarang contact. Cakap face to face, baru sekali. Call? Lagilah tak ada. I tried to keep our distant actually.

Then, Hana baca novelet tarbiah karya Ustazah Fatimah Syarha dan husband beliau, Dr. Farhan Hadi yang berjudul Cinta High Class. Ada dua novelet dalam satu buku, Cintaku Kerana Agamamu by Dr. Farhan Hadi dan Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha. Masa tu baru baca Cintaku Kerana Agamamu. My heart moved the moment I read CKA.

Tiba-tiba, hati rasa tak tenang. It seemed like something was not right. Kemudian, Hana teringat dia.

Masa tu dah hampir sebulan kami tak mesej. Hana banyak fikirkan apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Farhan Hadi selaku pandangan seorang mukmin yang inginkan seorang mukminah sebagai isterinya.

Kata Dr. Farhan Hadi, bagaimana kalau kita tidak dapat menahan diri daripada melanggar batas-batas antara lelaki dan perempuan? Di akhir zaman ini, begitu mudah bagi kita untuk terjerumus ke jalan-jalan yang menghampiri zina. 


Adakah kita hanya perlu menunggu sahaja tanpa berusaha? Tak. Seperti mana Dr. Muslih (watak utama lelaki dalam CKA & CHC), beliau berusaha membaiki diri untuk menjadi seorang mukmin yang baik, yang mampu membimbing saat dikurniakan keluarga. Berusaha untuk menjaga hati daripada dicemari dengan cinta yang belum pasti, cinta yang datang sebelum waktunya.

Suatu hari, Hana mesej dia. My last message to him. Hana kata, lebih baik Hana doakan dia dari jauh aje daripada terus mesej macam tu. Hana takut Hana tak dapat kawal rasa hati. Terlalu mengingati dia sehingga lupa akan Dia, Pencipta hati dan perasaan kita. Hana takut lalai, sebab ini kali pertama Hana rasa macam tu pada seorang lelaki. Juga teringatkan pesanan salah seorang ustazah Hana, mencari keberkatan saat semuanya sudah halal.

I said, kalaulah antara kami ada jodoh, insya-Allah walau terpisah benua sekalipun akan jumpa balik. Tapi, kalau Allah dah kata tak ada jodoh antara kami, dia ada depan mata sekalipun kami tetap takkan bersama. Better Hana baiki diri dulu untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik for my Mr. Right-Yet-Still-Unknown and my future children, insya-Allah. And better dia baiki diri dia juga untuk bakal keluarga dia nanti.


Insya-Allah tahun depan dia akan fly overseas, moga Allah mudahkan jalan dia gapai impian dia. Dan Hana tak nak ganggu dia. Sekarang cuma nak fikir pasal study aje dulu. :)

Apa yang Hana cuba nak sampaikan, it's not that korang wajib putus dengan pasangan masing-masing. It's up to you :) Hana kenal suatu pasangan yang setia since diorang Form 1 sampai sekarang. Dan si lelaki dan si perempuan bagus dalam soal agama. Moga Allah mudahkan perjalanan jodoh mereka. Aamin :) 

Kalau korang rasa dia yang terbaik, berdoa pada Dia mohon dipermudahkan semuanya. Kita boleh juga doa minta jodoh dengan sesiapa tahu? :P Pada masa yang sama, pandai jaga diri, baiki diri untuk bakal keluarga kelak :)

Dan, kalau bersedih sebab berpisah, tenangkan diri dan jangan fikir semuanya sudah berakhir antara kamu dan dia. Siapa tahu, kamu dan si dia akan bersatu kelak untuk akad nikah? ;) Kalau dah jodoh, terpisah benua pun akan berjumpa juga.

Keberkatan selepas ijab kabul paling penting ^^ Insya-Allah, semuanya mampu jumpa jodoh yang terbaik ya?

Till then.
Wassalam.

Friday, August 24, 2012

306#Ai no Kotoba ~ [For Girls] I'm Ugly :'(


I am an ugly girl and no one will love me.

Pernah tak rasa macam ni? Don't lie to me. I know that every girl will have this thought tak kiralah masa mana sekalipun. Me too, always have this thought about myself and biasanya benda negatif macam ni boleh membuatkan kita rendah diri dengan orang lain. Especially when we're surrounded by a group of beautiful, charming and intelligent girls. Kadang-kadang keyakinan diri kita tu boleh jatuh sampai paras negatif yang teramat. That's how your mind can affects you. Kan?


Tapi, bila kita dah rasa yakin dengan diri kita, penampilan kita, the way we act, automatically kita akan rasa 'I'm the best!'. Masa macam ni memang membantu kita. Tambah-tambah kalau kita kena berucap di khalayak ramai ala ahli Debat Piala diRaja. Masa macam ni kita dah tak peduli dengan apa yang akan jadi, asalkan kita yakin dengan diri kita, itu sudah cukup. Again, this is how our mind can affects us.

Every girl has her own beauty. Tak kisahlah cantik yang berkait dengan apa sekalipun. Ada yang cantik pada wajah, ada yang cantik pada penampilan, ada yang cantik pada tingkah laku. That's why I say that every girl is beautiful. Cuma bergantung pada setiap orang aje nak judge macam mana. But, the truth is, even the girl is beautiful like a Miss Universe sekalipun tapi perangai dia teruk, tak hormat orang, suka mencarut, her beauty will disappear, fade away. Tak ada siapa yang suka someone yang berperangai teruk tak kiralah male or female. Believe me. No one. Especially the elders. 


Bercakap pasal cantik, ada seorang student perempuan kat kolej Hana yang amat cantik. Serba serbi cantik. Cantik pada wajah, cantik pada tingkah laku dan cantik pada agamanya dan dia pun pandai. Dia tersangatlah alim. Even we, the girls suka tengok dia apatah lagi the boys. Tudung labuh, baju besar. Kalau dia bercakap, lembut yang teramat. Dia amat menjaga penampilan dan tingkah lakunya. Tambah-tambah di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. Sometimes, this thought will cross my mind ' Bilalah aku nak jadi macam dia?'. Yes. Students kat sana memang akan tahu siapa gadis ni kalau ada yang terbaca blog ni :P. 

Beauty lies in the eyes of the beholder. Sebab tu orang kata cantik ni subjektif. Ada yang kata mata sepet tu cantik, ada yang kata mata bundar tu cantik, ada yang kata muka bulat ni cantik, ada yang kata muka bujur ni cantik. See? That's why the quote says 'beauty lies in the eyes of the beholder'. Tak semua kata yang muka bujur sirih, kurus, mata bundar tu cantik. Tak semua kata yang muka bulat, mata sepet, chubby tu comel. Semuanya bergantung pada persepsi setiap orang. 

So, please, please and please. Jangan rasa diri kita ni tak cantik, hodoh. Allah dah cipta semua manusia dengan sempurna. There are reasons behind all these. Manusia merupakan sebaik-baik ciptaan-Nya. Sebagai tanda terima kasih, sentiasalah ingat kepada-Nya. Termasuk juga kerjakan apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. 

Wassalam.

Thursday, August 23, 2012

305#Ai no Kotoba ~ [For Girls] It's You!


It is the BEST to be ourselves.
Everyone IS beautiful, charming and adorable.
Everyone HAS their own beauty and talents.
Don't regret being YOU.
Remember that.
:)

Thursday, July 19, 2012

300#Ai no Kotoba ~ [For Girls] A Lady-To-Be


Selamat Menyambut Ramadhan! Dah ramai bloggers ucap dalam blog so Hana tak nak ketinggalan. Tengok jam, dah dekat pukul 10.30 malam. Mama tengah baca novel kat tepi. He he. Tak apalah, teruskan niat nak update blog. Actually, this is my 300th post! I wanna dedicate my 300th post in my comel blog *ehem,ehem* to all the girls outside, but the most important thing is, this is also a special entry to me myself *ehem,ehem*.


Okey, stop dengan ehem,ehem yang banyak kat atas tu.

I'm not yet eighteen. 19 Ogos ni baru dapat pegang umur 18 tahun secara official. Rasa macam sekejap je hidup kat dunia ni. Tup, tup, I'm going eighteen this coming August. Yayy! Finally I will get my freedom!  Being eighteen is a key to achieve freedom! Freedom kepala Batu Caves hang! Being freedom doesn't mean you can do whatever you want. Going to parties with friends, lepak sampai ayam berkokok time Subuh baru nak balik rumah, sesuka hati tapak kaki je nak pergi ke mana. If you do think so, it's no. NO!

For me, being eighteen will bring the meaning that we gonna have more responsibilities than when we're underage. Heaven yeah! Masa macam ni lah kita kena makin fikirkan masa depan kita. Plan your future, work for it and insya-Allah, Allah will helps you. Allah tidak membantu hamba-Nya yang tidak berusaha. And I know that my usaha is still not enough. I have to work harder if I wanna have a bright future. I have to kick out my laziness 1000km/h if I wanna grad with 4 flat. Such a bliss.

Cik Hana dah melalut daripada topik.

Okey, okey, minta maaf. Kat atas tu mukadimah je. Sincerely, I do dedicate this post to all the girls out side. Tak kiralah blogger atau silent readers or else. Girls, we will become a lady soon. No matter how long it takes, but we will become a lady, a woman soon. I love to use the term of 'a lady' than 'a woman'. Well, lady sounds so.. soft and grace :). Sebab banyak terpengaruh dengan historical romance novels yang melibatkan banyak Lady, Countess and Duchess kot X).

We should act as a lady. Yang feminin, lemah lembut dan sopan. But, it doesn't mean that you can't be hoo haa with your family and friends. Hana pun bukan jenis lembut jugak. Ada kasarnya. When the time comes, you have to behave well, especially when you are in your work circle, being surrounded by lelaki ajnabi, lelaki yang haram melihat semua aurat kita. Do respect others and they will respect you too. It's not a crime if you wanna hoo haa with your friends. Please make sure it is only just you and your girl friends. Then, it's more than okay if you wanna being gila-gila and hoo haa with them XD


But, the most important is, be a good Muslimah. Bukan sekadar Islam atas IC sahaja. Dalam al Quran sudah tercatat, bila sampai usia baligh, tutuplah semua auratmu dan pertontonkan hanya pada yang halal. It's not that hard. If you think it is so hard to cover your aurah, then it will become hard to you. 

We are so dare to say " Tak sampai seru lagi. Bila sampai seru, aku tutuplah.", tapi cuba fikirkan adakah kita berani nak berkata begitu depan Allah di Padang Mahsyar kelak? Don't be too drastic, perubahan tidak boleh dilakukan dengan drastic or you will feel burden doing all these things. Perubahan boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat. Slow and steady ;)

And please, please, please don't be such a cheap girl. Hana suka ayat Cikgu Jalwati, guru PJK kat kolej Hana, she loves to say this lots of times. " Please, jaga diri anda. Save for the last one." Cikgu Jalwati always reminds us about this. Save for the last one. And if you could, save yourself for the last and only one ;) . Don't let any boy touch you hands or treat you like a cheap girl. If he really loves you, he won't do that. He will wait because he knows, if he loves you because of Allah and Islam, he has to treat you like a Muslimah. 

So girls, please plan your future wisely. Don't let a fake and short joy becomes the obstacle to achieve your dreams. Create your own fairy tale, your own happy ending. Make yourself worth to be proud of :)

Tuesday, February 14, 2012

100#Ai no Kotoba ~ [For Girls] Siapa Kata Berfesyen Macam Hana Tajima Salah? Cuma...


Ops! Jangan cepat melatah sebab tajuk macam tu. Tengah godek-godek fan page Kak Farah Lee, terjumpa pulak dengan video ni. Video yang membincangkan pasal fesyen hijab sekarang ni. Untuk entri ni, aku bukan nak kutuk ke, nak hentam ke atau nak apa-apa. Just nak kongsi video ni dan pendapat aku. 

comel kan Hana Tajima? ;)


Apa yang aku faham mengenai video ni, tak salah nak berfesyen bagai asalkan menutup aurat. Kita *perempuan Islam* tak wajib pakai tudung, tapi WAJIB tutup aurat. Nak pakai hijab style macam Hana Tajima, Heliza Helmi atau Maria Elena? Go ahead. Tak salah pun. Asalkan menutup dada,  rambut semua habis tutup, shawl tidak jarang, then habis cerita. And apa yang aku tau, kalau nak masukkan tudung dalam baju pun boleh asalkan tidak menampakkan bentuk dada kita *betulkan kalau aku salah*

Kak Ija pun comel :D


Siapa kata pakai tudung berfesyen macam ni salah? Tak salah. Even aku sendiri jarang pakai shawl atau pashmina sebab setia pada tudung sarung ala Ariani yang best tu, aku kata tak salah pun. Nampak gedik? Nampak cam diva? Biarkan aje apa yang orang nak kata. Garis panduan pemakaian dalam Islam untuk perempuan pun senang aje. Menutup aurat, bukan membungkus aurat. Menutup aurat lain, membungkus aurat lain.


Qays : Agak-agak wrapper ni balut apa? *memegang sesuatu yang berbalut cantik*
Durar : Kotak.
Qays : Sebab?
Durar : Kan berBALUT tu? Nampaklah apa yang sedang berBALUT tu.

Qays : Agak-agak dalam tudung saji ni ada apa? *menunjuk pada tudung saji pula*
Durar : Tak tahu.
Qays : Kenapa?
Durar : Sebab tudung saji tu dah TUTUP benda dalam tu. So, tak nampak ada apa dalam tu.
See? BALUT dan TUTUP lain. Kalau BALUT, kita boleh agak & nampak apa yang dibalut tu. Kalau TUTUP, kita langsung tak tahu benda yang bertutup dalam tu. Sama dengan aurat, kalau kita BALUT aurat akan menampakkan bentuk badan, lengan dan sebagainya tapi kalau kita TUTUP aurat, bentuk badan dan yang lain-lain tu tak akan diketahui oleh orang lain bentuknya macam mana.

Perempuan Islam yang sudah baligh wajib menutup aurat dan hanya boleh mendedahkan pergelangan tangan dan muka sahaja. So, kaki pun aurat lah. Korang boleh cari stoking yang khas untuk aurat, nak cari yang ada satu celahan pada ibu jari kaki pun ada so senanglah nak pakai heels atau other shoes yang ada pemisah ibu jari dengan jari kaki yang lain tu *aku tak tau orang panggil apa*. Berlambak aje di pasar malam dan mall. Cuma tunggu korang beli aje. And, pasal baju pulak, pakai baju yang agak longgar dan tidak jarang. Tapi bukannya terus pakai baju saiz XXXL tu. Tak adalah sampai macam tu.

Oh ya! Tabarruj secara keterlaluan juga dilarang dalam Islam. Tabarruj tu macam make up lah. Korang nak ke pergi sana sini tengah ramai orang dengan make up nak serupa dengan pelakon opera Cina? Tak, kan? 

Konklusinya *ayat skema BM*, pakai aje gaya tudung yang korang nak asalkan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan oleh Islam. Selepas kedatangan Islam, martabat wanita diangkat tinggi dan dijaga dengan baik seperti menjaga permata yang berharga. Sebab tu, semua garis panduan tu diciptakan olehNya. Semua tu bukannya sebab nak menyusahkan kita, tapi sebab nak menjaga maruah dan martabat kita. Peace!

p/s: ini sekadar pendapat aku. sorry sangat-sangat kalau ada yang tak suka dengan pendapat aku. aku pun bukannya alim, tapi tak salah kan nak berkongsi perkara yang baik? ^_^

Broaden News