Beberapa hari ni kecoh dengan kisah pelajar yang pinjam duit tabung masjid, tidak makan sampai terkoyak usus, tak boleh makan sebab tak ada duit. Ada yang bersimpati tapi ada yang pukul semua pelajar universiti sama rata - pelajar lebih banyak habiskan duit belanja dengan bermewah-mewahan sampai tiada duit. Tapi betul ke?
As an uni student myself, memang terasa juga dengan statement macam ni. Memanglah Hana tak adalah ikat perut sampai kena masuk ER, kena pinjam duit tabung masjid tapi faham perasaan pelajar yang kena ikat perut tu. Walaupun elaun MARA masuk setiap bulan tapi lepas tolak duit rumah sewa, duit printing, duit Unifi, cuma tinggal beberapa ratus aje lagi. Itu tak campur kalau kena tolong parents bila mereka memerlukan.
Memang ada uni students yang hidup mewah, dapat aje duit belanja terus pergi shopping, makan di restoran mahal atau beli gadjet baru. Tapi apa yang ditunjukkan pada Instagram, Facebook dan Twitter mereka tu tak bermaksud semua pelajar sama sahaja. Malah mungkin apa yang ditunjukkan di media social mereka itu pun tak seperti apa yang kita fikir. Apa yang kita tahu di sebalik gambar yang mereka tunjukkan itu? Mungkin gambar atau status itu sekadar melepaskan craving mereka lepas lama ikat perut?
Tak tahulah pasal JPA dengan PTPTN, tapi MARA students memang ramai makan Maggi lah tiap hujung bulan hehe
Ambil contoh daripada pengalaman Hana sendiri, bukannya tak pernah dapat elaun terus ajak kawan makan ke tempat yang best sikit, contohnya Nando's. Memang makan kat situ mahal tapi kalau sekali atau dua kali sebulan rasanya tak salah. Kita pun ada craving masing masing, bukannya ibu mengandung aje ada :p Tak salah pun uni students nak merasa makan di tempat macam tu asalkan bertempat jugalah masanya. Kalau dah tiap tiap hari atau tiap tiap minggu manalah duit belanja tak cepat habis.
We as uni students kena pandai bahagi peruntukan belanja. Hana akan beli stok makanan kering dan basah setiap kali dapat elaun masuk. Sekurang-kurangnya dengan masak kat rumah sewa tu bolehlah kurangkan makan di luar. Tapi kalau dah buat macam tu pun duit belanja tak cukup nak buat macam mana. Ada aje perkara lain yang memerlukan duit walaupun kita cuba nak berjimat.
Harap harap akan lebih banyak suspended food program diadakan di mana mana IPT. Dapat bantu pelajar yang memerlukan sedikit pun jadilah. Kesian sangat bila baca ada yang sampai terpaksa pinjam duit tabung masjid :(
Till then.
Wassalam.