Monday, April 30, 2012

272#Ai no Kotoba ~ Sambut Birthday Mama :D


Tiba-tiba aje masa tunggu Maghrib abah ajak pergi makan kat luar sempena birthday mama. Okey, my abah is soooo spontaneous. Asyik buat plan mengejut aje (>__<). Selalu aje camni, sebab tu kitorang asyik rushing aje kalau keluar ke mana-mana. Ho ho. That's so my abah. Dah banyak kali jadi camni.

Situasi 1 :

Abah : Jom ikut abah pergi isi minyak.

Kitorang : Okey.

Last-last melencong ke tempat lain. KB Mall ke, Tesco ke. (=.=).

Situasi 2 :

Abah : Abah nak pergi bank ni. Jom la semua.

Kitorang : *angguk*

Melencong ke tempat lain jugak lepas ke bank.

Okey. Stop dengan situasi tu. Memang tak boleh pakai kalau dengar abah cakap just nak pergi isi minyak, beli surat khabar or ke bank. For sure akan melencong ke tempat lain and semuanya secara spontan! Urghh!! (=.=)


Okey, okey. Kembali pada post title. Malam ni abah bawak kitorang celebrate birthday mama kat D'Klasik. Kalau orang Kelantan rasa-rasanya kenal. Tapi kitorang bukan pergi main kopitiam dia. Just pergi ke cawangan yang baru bukak kat Wakaf Che Yeh. Yang ni dah kali kedua kitorang pergi. First time pergi minggu lepas kot? And it was spontaneous macam malam ni jugak. Ha ha. 

Neesa tengah tunggu drumstick dia. Muehehehe~

Mama order Chicken Chop biasa je~ hehe~ 

Kali ni Hana order D'Klasik Burger Special. Ada cheese, tomato, daging burger yang wajib ada. Tapi salad tu tolak tepi. Suka tomato aje. Tambah-tambah raw tomatoes yang merah segar tu. Makan tomato tu macam makan buah epal aje.

Yang ni apa yang Hana order untuk malam ni. Tapi masa first time datang sini, makan yang lagi masyuk! Nak tahu? Hehe~ Scroll bawah sikit..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hambik kau!
Chicken Chop Black Pepper D'Klasik Special yang Hana hadap masa first time datang. Rasa black pepper boleh tahan. Ayam pun lembut semacam aje. Toksah risau bab ayam terbang sebab makan dengan sudu garfu. Sure takkan terbang melayang.


Best jugak makan kat sini. Even agak terbuka sebab tepi jalan tapi kopitiam ni memang kelas lah. Servis pun boleh tahan, cepat. Rasa makanan pun best dan banyak pilihan. Local, western dll. Untuk Kelantanese yang nak cuba datang, korang boleh ke area Wakaf Che Yeh. Betul-betul tepi jalan sebelah kiri kalau korang on the way ke Kota Bharu from Wakaf Che Yeh. Kalau kopitiam utama pulak dekat dengan HUSM. Selamat mencuba :)

271#Ai no Kotoba ~ Segmen : Blogwalking and Follow by Nurul Aisyah


Ditag oleh Sakura Aihana.


Tagging :

Alert!
Sebab peserta segmen ni kena saling follow & blogwalking, sila pastikan korang ada Follower Widget atau Kotak Follower kalau nak Hana follow balik. Sebab Hana dah tak boleh follow guna Button Follow ala Tumblr tu. Nak tahu kenapa? Klik SINI.

270#Ai no Kotoba ~ May Allah Bless Mama :')


*Semalam*
Tengok tarikh kat task bar, 29 April. Yes! Esok birthday mama!

*Hari ni*

Selamat hari lahir, mama. May Allah bless you. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya dan bahagia dengan our family hingga akhir hayat. Insya-Allah.

Masa majlia pertungangan Kak Anis. 

Kakak tak pandai nak express may feelings even through words. Sorry :) Because you're the number one for me. Sorry for my all my mistakes .

269#Ai no Kotoba ~ Mother Nature


Kali ni entri bergambar. Jom tengok gambar yang relate to nature yang awesome! Tak kisahlah original atau artificial, semuanya nampak cantik! Semua orang suka nature, kan?


Ashikaga Flower Park, Japan

Gambar above and under water yang cantik! XD

Bestnya kalau dapat mandi dalam suasana macam ni B-)

Nampak macam sungai kan? A river of flowers~

A tree house yang awesome XD

Canyon, Zion National Park, USA


kredit : Most Exciting Photos

klik SINI atau Donate kalau suka semua gambar ni *mau cari duit*

Sunday, April 29, 2012

268#Ai no Kotoba ~ Netbook Sleeve Saya Dah Siap!


Ada sesiapa yang ingat entri INI? Excited sangat sebab tak sabar-sabar nak siapkan netbook sleeve yang Hana design sendiri sebab dah lama mengidam. Ha ha. Bukan 100% design by myself cuma happy sebab Hana buat sendiri netbook sleeve ni. Bila kita buat sendiri memang rasa puas hati sangat-sangat even takdelah cantik mana pun. Dipersilakan tengok netbook sleeve kat bawah. Malas nak letak watermark. Tapi takpe, netbook sleeve camni Hana sorang aje yang ada *iya ke?* He he~

 special designed for my Acer AO Happy 2nd Generation B-)

 Awal-awal lagi letak nama kat atas tu. Muehehehe~
So, say " No, no, no" to sesiapa yang nak ambik~ *perasan*

Macam-macam icon ada~ FB, Twitter, Blogger~

Korang tentu familiar dengan design macam ni kan? Tak caya lah kalau kata tak kenal design macam ni. Sebenarnya Hana dapat idea daripada screen Samsung Galaxy. Nampak stylo dengan design camtu. Mula-mula nak wat gaya nature dengan ada pokok dan ranting yang berjuntai dengan daun bentuk love, tapi sebab Hana nak letak icon FB, Blogger, Twitter dll, so tak jadi lah buat gaya nature tu. Dah puas hati dengan design ni B-)


Agak-agak berapa rating korang beri untuk netbook sleeve Hana? Beri lah tinggi sikit. Muehehehe~ (^.^)v

nota comel : Klik SINI atau Donate kalau korang suka netbook sleeve ni *nak cari duit*

267#Ai no Kotoba ~ Sepanjang Sabtu 28 April 2012


*Post title ditukar. ada ke buat 28 Mei. Ha ha. Ni baru bulan April. Nasib baik Yuyun tegur. Malu~*

Post title yang tak boleh blah. Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ni. Just wanna share perkara yang Hana buat semalam. Ha ha ha. Takde motif pun entri ni. Kalau nak baca sila scroll bawah, kepada yang tak nak, faham-faham sendirilah apa yang patut korang buat. (^.^)


 Mini bunny ni anak jiran yang punya. Comel je si bunny ni pakai dress~ Ha ha ha :D
Eifa yang pakaikan dress anak patung dia pada bunny ni. Comel lah XD
Tapi Neesa asyik terjerit-jerit je kalau bunny ni datang dekat. Hilang berani tu. Ha ha.

Free Mini LipIce Fruity Strawberry sudah sampai~ Sebenarnya sampai hari Jumaat lagi. Thank Mentholatum. 
Dah lupa entri Hana pasal LipIce ni. Free sample je ni.

Dah lama Hana tak post pasal craft yang Hana buat, kan? Dah lama mengidam nak buat netbook sleeve sendiri. Baru aje start buat lepas Maghrib. Dah nak siap pun. Tak sabar nak siapkan XD

Okey, tu je untuk entri kali ni. Nak pergi siapkan netbook sleeve tu dulu. Daa~

Saturday, April 28, 2012

266#Ai no Kotoba ~ Bowling dan PCB


Makin lama makin malas nak update blog. Sebab sibuk uruskan persiapan untuk ke KMKN jugak ni. Hari Khamis tu Hana ajak Kak Aretien (kak sepupu) Hana shopping barang-barang ni. Mama dan Neesa pun ada sama. Kebetulan Kak Aretien tak kerja pagi hari tu. Kitorang pergi ke Tesco, kiranya settle almost everything kat sana. Tak payah ke sana ke mari. Hampir semua barang dah beli termasuklah kain for baju kurung :P. Ha ha.

Around 12, Kak Aretien hantar Hana ke KB Mall. Sebab Faisal dan Syawal sibuk ajak Hana main bowling. Dahlah tak pernah main. Memang nak kena lah budak berdua tu. Harap je dah lepas sekolah, tak matured langsung (=.=). I'm the only girl! Nasib baik Cikgu Naeimah sudi teman sebab Hana seorang aje perempuan. Yalah, dah ajak mengejut camtu macam mana Hana nak ajak kawan perempuan tolong temankan. Tapi relaks je sebab budak-budak dalam Bulan Sabit Merah yang ramai. So tak kisah sangatlah.

Lepas main bowling, pergi shopping lagi. Sikit aje sebab tak sempat nak beli kasut. Then, cikgu hantar Hana ke PCB (Pantai Cahaya Bulan) sebab ada BBQ Pertima (Persatuan Tingkatan Lima). Kalau cikgu tak offer hantar Hana ke sana, tentu tak dapat pergi sebab tak ada transport. Malam tu tidur kat rumah cikgu. Sempat jugak kitorang shopping kat Pantai Timor Hypermarket lepas pulang dari PCB. He he.





Asyik masuk longkang je (=.=) Kali kelima tetiba dapat strike. Ha ha ha. Nasib totally amateur yang tak pernah main bowling.

Kejatuhan Empayar Faisal Rahman.. padan muka :P

 Cikgu sorok yang beliau nak beri hadiah! Ha ha. 
Syawal (bertopi) tempat pertama, Hisyam (kemeja koko) tempat kedua, Ben (ber-Tshirt hitam) tempat ketiga.



 Kat PCB

Pemandangan senja :)


Wednesday, April 25, 2012

263#Ai no Kotoba ~ Kuala Pilah Atau Kuala Nerang?



Semua yang apply matrik tentu dah ramai yang cek dapat kat mana kan? Tahniah pada yang dapat! Hana pun apply gak matrik sebab kaunselor suruh apply semua yang ada. Alhamdulillah, Hana dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Tengok alamat, kat Kuala Pilah.



Tapi Hana dah tetapkan pilihan nak ke Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) for Foundation In Science & Technology - Science (FIST-Sci) under UniKL. Tak rasa ragu-ragu langsung nak pilih FIST padahal kalau nak kira Hana ni jenis ragu-ragu, selalu tukar pilihan. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar.

Kalau boleh survive kat KMKN, Hana akan terus je. Graduan UniKL pun laku sekarang ni. Sebelum grad dah dapat offer kerja. Ayah kawan Hana pun kata baik teruskan aje. Kawan Hana pun masuk UniKL jugak. Abang dan kakak dia pun UniKL jugak dulu even result SPM tip top. 

Apa pun, semoga urusan kita lancar. Amin :) Doa banyak-banyak, ingat Allah selalu. Insya-Allah semuanya akan baik. 

262#Ai no Kotoba ~ Jom Join Bloglist Sahabat Hacker





Komen mengenai blog :
Kalau boleh tolong tukar sikit Nuffnang kat sebelah kanan blog. Boleh menganggu nak tengok apa yang ada kat sidebar kanan. Yang lain dah okey. Loading pun dah okey.

Tag :
Aisya Lieza (mangsa) He he..

Tuesday, April 24, 2012

261#Ai no Kotoba ~ Line Takde Almost 24 Hours



Sorry sebab tak dapat balas follow korang, sorry sebab tak dapat balas shout korang semalam, sorry tak dapat balas komen korang semalam.

Almost 24 hours tak ada line internet dan telefon kat rumah Hana starting yesterday's evening @.@. Tak tahu lah kenapa. Yang pasti, bukan sebab kena potong. Pergi rumah saudara kat tempat lain pon jadi camtu gak cuma mereka cakap sejak pagi lagi. Sebab tak dapat online, Hana pon khatam balik tengok anime Ouran High School Host Club. Tengok dalam pukul 10.30 malam semalam, tidur dalam pukul 2.30 pagi. Bangun pagi tadi sambung balik and habis tengok almost 12. Ha ha.

Okey, yang ni short update je. Cuma nak hidupkan balik blog yang kurang bernafas sejak semalam. He he.

nota comel : Baru aje makan pisang goreng dan ABC tadi~ wee~

Monday, April 23, 2012

260#Ai no Kotoba ~ Segmen : Buku Awesome Terbaik


Segmen yang Hana suka! :DDD Sebab berkait dengan buku. Woohoooo!


Hana suka buku :
Contengan Jalanan by Hlovate *banyak lagi buku fav, tp terpaksa pilih satu*

Tipu lah kalau korang kata korang penggemar novel, tapi tak kenal Hlovate. Hlovate terbaik! Contengan Jalanan ni boleh kata latest novel from Hlovate lah. Publish tahun lepas. Cover buku CJ ni awesome! Sesiapa yang tengok cover belakang mesti fikir kita baca buku terbalik. Ha ha. Ada dua part dalam CJ dan mengisahkan dua sahabat. I - Fend dan II - K-Square. Tapi paling suka I - Fend.

Mengisahkan dua sahabat, Fend dan K-Square yang sama-sama meminati muzik. Tapi Hana nak cerita pasal Part I - Fend. Dah lupa camne, tapi Fend ada jumpa sorang girl ni masa nak balik kampung, kat stesen bas.  Terjumpa dua kali kalau tak silap. Diorang borak then last sekali, girl ni ada kasi CD dengan quote ' The man who decides to changed on 12th hour, dies on 11th'. Ayat yang cukup menggambarkan mati itu bila-bila masa sahaja. 

Paling suka part Chad, sepupu Fend ajak dia backpacking kat Australia masa bulan puasa. Kat situ, Fend khatam Quran yang dah lama dia tak sentuh and blablabla. Dia banyak berubah lepas Chad bawak dia ke Aussie. Tapi, sedih for the last part :'( . Setiap kali baca part last for I - Fend ni, mesti akan menangis. For sure. Tak malu nak mengaku.

Sesiapa yang rasa nak berubah tapi fikir tak sampai seru lagi, Hana cadangkan korang baca Contengan Jalanan. Dengan ayat yang sempoi, mesej yang senang difahami. Bacalah, tak rugi :')

For Contengan Jalanan, I give 5 stars out of five.

Yang ni nak tag :

Done!

Broaden News