Showing posts with label Drama Review. Show all posts
Showing posts with label Drama Review. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

667#Love Note ~ [Drama Review] D-Day


Minggu lepas Hana marathon tengok D-Day, the first ever disaster medical drama in South Korea. Ingatkan nak tengok bila drama ni dah complete dua bulan lepas tapi sibuk dengan assignments dan finals la pula. Terpaksalah berkorban dulu sob sob.

Memang tak menyesal tengok drama ni :) Hana minat semua jenis drama (kecuali horror memang tak tengok haha) tambah lagi kalau thriller dan medical. Romance memang wajiblah tengok kan :p Walaupun D-Day adalah drama pertama pasal earthquakes di Korea tapi special effects memang tak menghampakan. 


Episodes: 20
Network: JTBC
Synopsis:
A natural disaster strikes the city of Seoul without anyone expecting. The whole city becomes paralyzed. Doctors and emergency personnel struggle to save the people with limited resources of medicines, electricity and water.


Dr. Lee Hae Sung (Kim Young Kwang) is an emergency surgeon at Mirae Hospital, a cancer specialist hospital. Sebab prinsip dia selamatkan pesakit lebih utama daripada risaukan results daripada surgery atau pun lawsuits, memang pihak pengurusan hospital terutamanya the hospital director, Director Park Gun benci sangat kat Dr. Lee Hae Sung. Dr. Lee Hae Sung ada seorang ibu yang koma lepas satu pembedahan di Mirae Hospital, dia syak ada medical malpractice tapi sebab tiada bukti dia diamkan saja. 

Suatu hari, tiba-tiba aje earthquakes with the magnitude of 6.5 melanda Seoul. Sebab Seoul tak pernah kena earthquakes, Director Park Gun alihkan bajet untuk disaster medical supplies pada bahagian lain. Jadi earthquakes yang tak dijangka mereka ni membuatkan medical supplies mereka sangat terhad. Dr. Lee Hae Sung pula cuba selamatkan semua pesakit yang dia mampu selamatkan. Kat situlah konflik besar bermula di antara Dr. Lee Hae Sung dan Director Park Gun yang mahu tutup hospital tu dengan alasan Mirae Hospital is not a public hospital padahal dia nak elak lawsuits :(




Apa yang Hana suka pasal D-Day ni sebab storyline untuk setiap episod tak membosankan. The momentum from the first episode is maintained till the last episode. Dapat juga tengok bagaimana each character grows as medical personnel tak kiralah doktor, jururawat dan petugas petugas lain. Dalam keadaan bantuan kerajaan belum tentu dapat sebab susah nak hantar ke hospital tu, mereka cuba juga selamatkan pesakit selagi mampu.  

Yang geramnya tengok drama ni bila Director Park Gun asyik rancang benda jahat aje untuk singkirkan Dr. Lee Hae Sung daripada hospital tu padahal Dr. Lee Hae Sung adalah antara the top surgeon in emergency surgeries kat Mirae Hospital. Selain tu geram bila tengok ada doktor lain suka buat mulut dan tak nak membantu pun dalam emergency surgeries. 
My favourite character is Chief Dr. Kang Joo Ran. Dr. Kang Joo Ran ni chief kat ER. Walaupun Director Park Gun suka sangat cari pasal dengan Dr. Lee Hae Sung tapi Dr. Kang Joo Ran memang akan cuba selamatkan Dr. Lee Hae Sung. 

Drama ni sesuai sangat untuk sesiapa yang minat medical drama. Walaupun fokus drama ni pada earthquakes tapi still banyak main pasal medical. Antara medical drama yang Hana suka ialah Good Doctor, Code Blue dan Doctor Stranger. Emergency Couple pun Hana minat tapi rasa macam drama ni lebih fokus pada romance. Kalau berminat boleh tengok di SINI :)

Till then.
Wassalam.

Sunday, January 17, 2016

660#Love Note ~ [Drama Review] Imaginary Cat


Dua tiga hari lepas, sebab rindu sangat kat Jamer si gendut tu Hana tengoklah Imaginary Cat. Memang dah lama tunggu drama ni habis sebab rindu juga nak tengok Yoo Seung Ho yang baru discharged army :p He's one of my favourite actor juga, even umur baru 23 tahun (1993) tapi dia pandai bawa pelbagai jenis watak. Sekarang tengah follow drama Remember: War of the Son sebab dia juga hehe.


Episod: 8 episod (35 minutes setiap episod)
Sinopsis:
Hyun Jong Hyun (Yoo Seung Ho) ni seorang webtoon writer yang kerja part-time di sebuah kedai buku. Bok Gil pula kucing betina peliharaannya. Walaupun dah lama struggle nak debut as a webtoon writer tapi ada macam-macam halangan jadi kat Jong Hyun ni. Seven years ago, Jong Hyun lost his first love dan dia tak boleh melukis macam biasa. Pada masa yang sama, dia terjumpa Bok Gil yang masih kecil. Sejak hari tu, mereka berdua tinggal bersama-sama dan Jong Hyun memang akan pentingkan Bok Gil aje dalam apa-apa hal . 

Imaginary Cat ni adaptasi daripada webtoon. Drama ni walaupun pendek tapi memang mencuit hati. Tambahan lagi Bok Gil ada monolog dalaman yang memang menghiburkan. Memang dapat lihat walaupun Jong Hyun dan Bok Gil tak berkongsi bahasa yang sama but they still love each other. Kisah antara Jong Hyun dengan first love dia juga diselitkan sekali sebagai flashback. 





Suka sangat bila tiba part Bok Gil mula bermonolog. Dia suka panggil tuan dia tu 'The human, my human' :p Geram betul bila tengok betapa fluffy dan gemuknya si Bok Gil ni. Walaupun sedih juga dengan ending tapi cerita ni memang best :) It's uplifting. 

Boleh tengok di SINI.

Till then.
Wassalam.


Thursday, January 14, 2016

657#Love Note ~ [Drama Review] Love Me, If You Dare


Dalam beberapa hari ni dengan gigihnya cuba habiskan drama Cina ni; Love Me, If You Dare. Hana memang tunggu drama ni habis sebab nak marathon, jarang sangat tengok drama yang tengah ongoing sebab seksa nak tunggu new episodes setiap minggu ;p Drama ni menarik perhatian sebab ramai viewers kata kalau suka I Remember You lakonan Seo In Guk, Jang Na Ra dan Park Bo Gum patut tengok drama Love Me, If You Dare ni. I Remember You memang antara drama favourite Hana.


Love Me, If You Dare ni adalah Chinese drama berjumlah 24 episodes. Sesiapa minat romance-thriller-suspense genre bolehlah tengok drama ni. Bagi Hana LMIFD dengan I Remember You, lagi suspense LMIYD even Hana suka dua dua drama ni. 

Simon Bo Jin Yan is a criminal psychologist yang ada IQ tinggi malangnya EQ rendah sebab dia tak pandai nak bersosial. Bo Jin Yang ni kira memang antara yang pakar dalam bidang tu. The heroine is Jenny Jian Yao seorang gadis yang baru graduate. Nak dijadikan cerita, masa Bo Jin Yan datang berehat di Tong City, Jian Yao apply untuk jadi translator sementara sebelum dapat kerja tetap. Masa itulah Jian Yao terlibat dengan kes pertama di mana orang kampung syak Bo Jin Yan adalah dalang kes culik kanak-kanak yang banyak berlaku kat Tong City tu. Sejak hari itu, Jian Yao menjadi pembantu Bo Jin Yan dalam mana mana kes pembunuhan yang berlaku. Pada masa yang sama, di setiap kes yang Bo Jin Yan terima rupa-rupanya ada dalang yang sama di sebalik semua kes tu. The mastermind yang mahu perangkap Bo Jin Yan.




Ingatkan watak Bo Jin Yan tu serius aje memanjang tapi lawak juga haha. Pantang kena rasuah dengan makanan berunsurkan ikan mesti kalah, nak pujuk perempuan tu pun tak reti alahai. Kalau majority suka watak Bo Jin Yan, my personal favourite is Fu Zi Yu. Fu Zi Yu ni satu satunya kawan yang Bo Jin Yan ada. He's a specialist in software developing field. Tersangat baik dan setia pada Bo Jin Yan tu. Apa apa perkara Bo Jin Yan minta tolong mesti Fu Zi Yu akan laksanakan juga even merungut kata Bo Jin Yan suruh dia kerja tanpa rehat haha ;p

Bagi Hana drama ni sangat best, lagi pun mungkin sebab memang minat drama genre macam ni. Dengan twists yang tak sudah sudah dan susah nak agak, tak sangka pula orang lain mastermind yang sibuk nakkan Bo Jin Yan tu even dah keluar watak yang kita rasa penting. Creepy. 

Kalau fokus dalam I Remember You tu Lee Hyun (Seo In Guk) nak selesaikan kes kematian bapa dan cari adik lelaki dia yang hilang, dalam Love Me, If You Dare ni pula fokus pada mastermind yang psiko gila tu sanggup buat apa saja untuk dapatkan Bo Jin Yan.

Boleh tengok di DramaNice kalau berminat ;)

Till then.
Wassalam.

Sunday, October 28, 2012

341#Ai no Kotoba ~ [Drama Review] One Liter of Tears


Sekarang mood nak buat entri pasal review drama, anime dan manga yang Hana pernah tengok dan baca aje. Tapi takkanlah nak update pasal benda tu 24 jam kan? Tak apalah, kali ni Hana nak review pasal salah satu drama Jepun yang dah lama. Hana aje yang baru tengok (-__-) Baru adalah masa lah katakan.


One Liter of Tears. Satu kisah benar yang mengisahkan seorang gadis bernama Aya yang menghidap spinocerebellar degenerating disease. Satu penyakit yang melibatkan saraf dan sehingga sekarang penyakit ini masih belum boleh diubati. Siapa-siapa yang tengok drama ni memang akan menangis, kena sediakan tisu banyak-banyak (T__T)

Bayangkan, daripada seorang gadis yang ceria dan aktif dalam sukan basketball, akhirnya tidak boleh berjalan, tidak mampu bercakap dan menulis dengan betul. Aya dilakonkan oleh Sawajiri Erika dan heronya Haruto dilakonkan oleh Nishikido Ryo.

Aya yang pada mulanya tidak dapat menerima hakikat penyakit yang dialaminya, mula bersikap positif. Haruto yang pada asalnya tidak suka bersosial selepas kematian abangnya, mula berkawan dengan Aya dan sentiasa menolong gadis itu. Kebetulan ayah Haruto merupakan pengarah hospital tempat Aya dirawat. Kerana penyakit Aya juga lah Haruto bersetuju untuk menjadi doktor seperti ayah dan mendiang abangnya.


Drama ini berdasarkan diari One Liter of Tears yang ditulis oleh Aya (in real life) bermula dia mendapat penyakit itu sehinggalah sebelum dia meninggal dunia. Tapi Hana tak sure pasal Haruto tu betul atau tidak atau sekadar watak rekaan untuk drama ni.

Apa-apa pun, selamat menonton kepada sesiapa yang belum pernah tengok lagi drama ni :) Semestinya suatu drama yang tidak rugi untuk ditonton. Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada drama ni. OST drama ni pun best. Only Human dan One Liter of Tears :)

Till then.
Wassalam.

Broaden News