Tuesday, April 7, 2015

640#Love Note ~ Animal Care Awareness @Zoo Negara

 
 
Hari Sabtu 28 Mac yang lepas, Hana join group budak batch ke Zoo Negara untuk projek Community Health mereka. Jadi committee tambahan sebab mereka tak cukup orang. Dapatlah jejak Zoo Negara yang tak pernah tahu ada kat mana tu.

Projek ni untuk educate people pasal animal care. Yalah, sesiapa yang ada bela pets pun mungkin tak perasan ada sesuatu yang sebenarnya tak elok diamalkan masa jaga haiwan haiwan tu. 
 
Kami sampai sini hampir pukul 9. Memang tak ramai orang lagi masa tu.

 Siapakah harimau itu?~

Kuda kerdil namanya.


Yang ini masa story telling. Kisah 'Why Bear Has Short Tail'. Kostum comel tu pihak zoo yang bagi.

Anak kambing ini namanya Siti ;)

Tak dapat nak bergambar dengan Kwangsoo, kita bergambar dengan anak beranak dia ajelah :p

First time dapat rasa pegang ular. Tak adalah rasa lendir kat bawah tu. Selama ni ingatkan berlendir sakan -__-

 Walaupun panas terik sangat kat zoo pada hari tu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. :) Terima kasih kepada pihak Zoo Negara yang tolong menjayakan program ini. 

Balik aje dari zoo tu kaki dah sakit, malam tekak pula yang sakit -__- 

Till then.
Wassalam.

 

Sunday, April 5, 2015

639#Love Note ~ Melawat Istana Jahar

 
 
15 Mac 2015 yang lepas Hana pulang ke Kelantan. Cuti seminggu untuk mid sem break. Awal awal cuti tu memang tak ke mana-mana. Hari Sabtu dekat nak balik kampus tu barulah dapat pergi berjalan. Itu pun berdua aje dengan kawan Hana sebab kawan kawan yang lain semua dah nak balik uni masing masing.

Alkisahnya Thirah WhatsApp malam sebelum tu, ajak temankan dia pergi meeting Syria Care kat Masjid Muhammadi. Alang alang dah ada kat area tu, kami pergilah Muzium Negeri Kelantan aka Istana Jahar. Dekat dengan Kampung Kraftangan.

Memang tak pernah jejak Muzium Negeri Kelantan ini padahal bayaran RM2 aje untuk sekali masuk. 





Kamar beradu untuk pasangan diraja.

 Pitis. Syiling lama negeri Kelantan.


Kebanyakan barang dalam muzium ni barangan diraja dahulu kala. Daripada kereta kuda, senjata senjata yang digunakan dahulu sehinggalah kamar beradu untuk pasangan pengantin baharu. Ukiran dan seni bina Istana Jahar ini cantik dan masih terpelihara walaupun istana ini sudah lama dibina.

Till then. 
Wassalam.