Showing posts with label UniKL MESTECH. Show all posts
Showing posts with label UniKL MESTECH. Show all posts

Friday, June 2, 2017

694#Love Note ~ Finally! INTRA Dah Habis


Alhamdulillah. INTRA dah habis lepas empat bulan.

Lega. Serius lega.

I did my internship at KPJ Perdana Kota Bharu. Well, since it was quite close to my home. Dekatlah kan kalau setiap kali pergi ambil masa tak sampai 30 minit. 

Kalau nak ingat balik pasal internship placament ya Allah tak tahulah nak cakap apa. I didn't get any place till the last minute! Alhamdulillah ada housemate dia dapat sini tapi she decided to opt for HRPZ instead. So here I was for 4 months.

I learned quite a lot. No. Seriously a lot. Semua staff kat lab mesra dan senang nak mintak tunjuk ajar. I've heard a good deal about them from my senior yang pernah intern kat sini and I was like, thank you Allah for these good people!

Pagi semalam ada lecturer visit from MESTECH. Nasib baik juga ada lecturer visit, kalau tak kena pergi Kajang semata mata nak present benda ni aje. And I enjoyed (even though a bit nervous) the presentation. The lecturer assigned to visit us was very good. Part yang tak banyak soalan lagilah kami suka. Thank you Dr. Haida :)



With Dr. Norhaida and Encik Faiz, our SV here


Thank you so much for these 4 months (kecuali Kak Mila & Encik Kama takde in the picture)

My convocation is should be on October 21st, but I still didn't know the details. Sekarang ni fikir nak rehat jap sempena Ramadhan dan fikir pasal kerja lepas ni. I want to work and earn my own money. And I want to continue writing stories lepas setahun tak tulis apa-apa sebab bercinta dengan thesis punya pasal.

Till then.
Wassalam.

Nota: I don't know why tapi bila komen kat other blogs tak keluar komen. Sebab interface baru ke?

Wednesday, February 24, 2016

686#Love Note ~ Kesibukan




Nampak gaya lepas ni kena buat scheduled posts, tak menyempat nak blogging. Walaupun jadual kelas tak adalah pack sangat, tapi sebab dah start FYP tak payah nak mimpilah nak tidur awal bangun tengok Running Man. Tajuk tak finalise lagi. Tadi jumpa supervisor, bila beritahu pasal rough idea untuk tajuk yang Hana nak, supervisor kata macam susah. Boleh aje buat tapi agak renyahlah. So sekarang kena fikir tajuk baru. Bersyukur sangat dapat supervisor yang memahami, tak paksa nak buat tajuk yang susah susah.

Sekarang ni memang kena bergelumang dengan previous papers yang senior buat dan jurnal jurnal yang sepatutnya. Dahlah nak faham ayat dalam jurnal tu bukan main susah. Dengan terms yang memang tak tahulah nak kata level apa haha sabar ajelah. Kan best kalau all those thesis papers dalam bentuk cerita yang menarik? :p

Till then.
Wassalam.


Wednesday, February 17, 2016

684#Love Note ~ Pening Dengan FYP



Agak lama menyepi lepas previous post pasal Jamer tu :'( Sedih memang sedih tapi takkan asyik nak menangis aje kan? Agaknya kalau Jamer boleh bercakap pastu datang dalam mimpi mesti dia bising sebab asyik sedih aje. Kenalah terima yang dia dah pergi :'( Bukannya tak boleh teruskan hidup pun.

Insya-Allah, hati ni boleh kuat.

Minggu ni Hana sibuk dengan FYP juga sebenarnya. Dah jumpa supervisor tapi sekarang masih pening nak pilih tajuk apa. Yang penting supervisor nak buat pasal cell culture dengan cancer cells. Semester ni Hana akan sibuk dengan FYP1, more to propose the title I would choose sebelum sibuk masuk lab semester depan untuk FYP2. FYP2 ni pula mulalah kena main masak masak dalam lab tu dengan semua jenis alat untuk dapat results. Sabar sabar, tiga semester aje lagi sebelum Hana grad dengan jayanya insya-Allah.

Kim Chaa ada tag Hana. Insya-Allah Hana buat weekend ni ya :) Nak review buku juga. Nanti Hana balas kunjungan sebelum ni ya?

Till then.
Wassalam.


Sunday, February 7, 2016

678#Love Note ~ Kembali ke Kajang


Lepas tiga minggu semester break + seminggu lagi cuti sendiri akhirnya sampai juga Hana kat Kajang ni balik :p Ingatkan dah tak nak jejak dah, nak duduk aje kat rumah tapi kena sedar diri semester ni dah start dengan FYP. Tak boleh nak mengada sangat.

Sebab flight Hana tadi pukul 8 pagi, memang kena awallah pergi airport. Punyalah berangan nak tidur awal sebab tak nak mengantuk, sekali tu blackout dari pukul 12 tengah malam sampailah masa Hana nak ke airport pun elektrik tak ada lagi. Tak tahulah nak kata tidur macam apa semalam. Asyik tersedar aje sebab panas. Tapi berjaya jugalah tidur dengan lena dua jam sebelum pukul 6 pagi tu. Ingatkan taman perumahan aje yang blackout, rupa-rupanya kawasan kat jalan raya pun gelap tak ada elektrik. Agaknya dekat 1 KM atas jalan tu baru jumpa rumah-rumah dan tiang-tiang elektrik yang ada cahaya sinar menyinari alam hahaha :p

Mengantuk sangat dalam flight tadi, memang tidur aje kerja Hana. Sampai aje KLIA2 terus cabut dari arrival hall sebab lapar nak cari makan. Biasanya Hana makan kat Texas Chicken atau Uncle Lim's Cafe tapi kali ni rasa nak makan kat tempat lain pula. Singgahlah kat Wendy's.


Sebab masa tu baru pukul 9 pagi lebih, ada breakfast menu aje. Hana pilih set nasi ayam, ada nasi ayam, hash brown dengan pilihan air sama ada teh panas atau iced lemonade. Nasi ayam Wendy's sedap :) Lembut aje ayamnya tak ada nak risau sudu dan garfu plastik tu patah :p 

Alhamdulillah Hana sampai Kajang dalam pukul 12:30, transit ERL kat TBS lepas tu tukar KTM ke Kajang. Penat memang penat. Even dah tidur lepas Zohor tadi pun rasa mengantuk lagi ni. Nanti bila free Hana jenguk blog korang ya? 

Till then.
Wassalam.


Friday, February 5, 2016

676#Love Note ~ Bila Dah Nak FYP



Tengah hari semalam ingatkan nak tidur lepas Zohor sebab mengantuk, tapi bila dapat WhatsApp daripada housemates yang kata students of batch September 2013 dah boleh tengok senarai nama untuk FYP supervisors, tak lena tidur dibuatnya. Lagi lagi bila subjects tak ada lagi kat student portal. Tidur tidur ayam la jadinya :( Setiap kali bangun mesti bukak phone.

Akhirnya bila dah nak dekat Asar tu ada housemates hantar gambar senarai nama tu. Alhamdulillah Hana dapat lecturer yang Hana nak :) Senarai nama tu ikut susunan nama students dalam batch dan bermula dengan Dean hinggalah lecturer biasa. Hana dapat Miss Isnida, lecturer yang ajar Cell Biology dan Genetic masa Year 1 dulu :) Bila tanya senior, katanya Miss Is suka buat cell culture.

Actually I couldn't believe I would start FYP soon :p Semester ni baru FYP1 yang involve paper writing and presentation, masuk FYP2 ni barulah kami masuk lab. Memang tak boleh nak percaya tapi kena percaya juga :p Macam baru semalam aje masuk MESTECH alih alih batch kami pula jadi batch paling senior. 

Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya? :) Yang pasti memang Hana akan bertambah sibuk lepas ni. Tengok senior sebelum ni pun sibuknya kemain (-_-')

Till then.
Wassalam.



Monday, January 11, 2016

654#Love Note ~ Lebih Mewah atau Tidak Mampu?


Beberapa hari ni kecoh dengan kisah pelajar yang pinjam duit tabung masjid, tidak makan sampai terkoyak usus, tak boleh makan sebab tak ada duit. Ada yang bersimpati tapi ada yang pukul semua pelajar universiti sama rata - pelajar lebih banyak habiskan duit belanja dengan bermewah-mewahan sampai tiada duit. Tapi betul ke?



As an uni student myself, memang terasa juga dengan statement macam ni. Memanglah Hana tak adalah ikat perut sampai kena masuk ER, kena pinjam duit tabung masjid tapi faham perasaan pelajar yang kena ikat perut tu. Walaupun elaun MARA masuk setiap bulan tapi lepas tolak duit rumah sewa, duit printing, duit Unifi, cuma tinggal beberapa ratus aje lagi. Itu tak campur kalau kena tolong parents bila mereka memerlukan. 

Memang ada uni students yang hidup mewah, dapat aje duit belanja terus pergi shopping, makan di restoran mahal atau beli gadjet baru. Tapi apa yang ditunjukkan pada Instagram, Facebook dan Twitter mereka tu tak bermaksud semua pelajar sama sahaja. Malah mungkin apa yang ditunjukkan di media social mereka itu pun tak seperti apa yang kita fikir. Apa yang kita tahu di sebalik gambar yang mereka tunjukkan itu? Mungkin gambar atau status itu sekadar melepaskan craving mereka lepas lama ikat perut?

Tak tahulah pasal JPA dengan PTPTN, tapi MARA students memang ramai makan Maggi lah tiap hujung bulan hehe


Ambil contoh daripada pengalaman Hana sendiri, bukannya tak pernah dapat elaun terus ajak kawan makan ke tempat yang best sikit, contohnya Nando's. Memang makan kat situ mahal tapi kalau sekali atau dua kali sebulan rasanya tak salah. Kita pun ada craving masing masing, bukannya ibu mengandung aje ada :p Tak salah pun uni students nak merasa makan di tempat macam tu asalkan bertempat jugalah masanya. Kalau dah tiap tiap hari atau tiap tiap minggu manalah duit belanja tak cepat habis.

We as uni students kena pandai bahagi peruntukan belanja. Hana akan beli stok makanan kering dan basah setiap kali dapat elaun masuk. Sekurang-kurangnya dengan masak kat rumah sewa tu bolehlah kurangkan makan di luar. Tapi kalau dah buat macam tu pun duit belanja tak cukup nak buat macam mana. Ada aje perkara lain yang memerlukan duit walaupun kita cuba nak berjimat.

Harap harap akan lebih banyak suspended food program diadakan di mana mana IPT. Dapat bantu pelajar yang memerlukan sedikit pun jadilah. Kesian sangat bila baca ada yang sampai terpaksa pinjam duit tabung masjid :(

Till then.
Wassalam.



Friday, January 8, 2016

651#Love Note ~ Tiada Lagi Semester 5


Mula mula nak minta maaf sebab Hana tak dapat nak balas kunjungan rakan bloggers lain. Pagi tadi ada last paper for Semester 5 lepas tu Hana terus rushed pergi airport takut terlepas flight. Kang terlepas menangis tak berlagulah kat airport tu hehe.

Alhamdulillah pada pukul 11 pagi tadi dengan rasminya Hana dah tamat pengajian untuk Semester 5. Sungguh, macam tak percaya ada tiga semester saja lagi, dua semester untuk FYP dan semester akhir untuk intra. Rasa macam baru semalam jadi pelajar Sem 1.


Me and some of my housemates YGG13. Ada yang dah balik kampung. Jumpa empat minggu lagi!

Sekarang ni mulalah cuak fikir nak buat FYP pasal apa, dapat supervisor macam mana, nak bahagikan masa untuk study lagi. Kalau boleh rasa nak putar masa balik ke Sem 1. As I'm turning 22 this year I could feel the responsibilities on me. Bukan nak kata sebelum ni tak ada sense of responsibility tapi bila dah makin meningkat usia ni rasa makin banyak benda kena fikir. Boleh beruban rasa kepala ni hahaha.


The picture from above. Cantik sungguh :)

Tak apalah, apa pun Hana nak enjoy cuti empat minggu ni. Lepas ni mana boleh enjoy sangat dah. Nanti Hana balas blogwalking korang ya :) Insya-Allah akan join mana mana GA dan segmen korang tu. 

Till then.
Wassalam.


Sunday, December 28, 2014

635#Ai no Kotoba ~ Final Exam Semester 3


Baca tak tajuk kat atas tu?

Yes.

Insya-Allah bermula 29hb ni yakni esok, bermulalah final exam untuk Sem 3 ni. Tamat 9hb Januari sebab banyak gap, lima subjek untuk semester ni.

Tolong doakan Hana dan kawan-kawan. Semester ni ada dua subjek 4 jam kredit dan tiga subjek 3 jam kredit (T__T) Agak lemah semangat di situ.


Tak sabar nak habis final exam sebab nak balik rumah. Sekarang ni pun Hana dengan gigihnya men-download Boss & Me lepas siap download Bad Guys. Comelnya Feng Teng dan Shan Shan ni! He he ;) Baru tengok review aje pun dah boleh rasa addiction tu :p

Boss & Me ni Chinese drama, genre romantic comedy. Bad Guys pula Korean drama, genre crime and investigation. Memang kat FB tu sesiapa yang dah tengok Boss & Me akan pesan siap siap, tengok bila ada banyak masa free nanti jenuh nak tahan diri untuk sambung tengok drama ni :p

Dah. Tu je.

Tolong doakan untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia juga :)

Till then.
Wassalam.

Saturday, November 8, 2014

624#Ai no Kotoba ~ Meeting Tun M @ UniKL MFI


Alhamdulillah. 

Salam Sabtu semua. 

Last Thuesday, I was given a chance to meet Tun M. Yes. Our world-class former PM. :)

Tak adalah sempat nak cakap face-to-face with him. Tapi alhamdulillah, merasalah dapat tengok Tun M depan mata kan? 

Tun M hadir ke UniKL MFI, Bangi untuk bagi talk dengan mahasiswa. Boleh kata semua wakil UniKL dari seluruh Malaysia hadir plus institut institut lain di bawah MARA including GMI. Sebuah sesi yang amat bermakna. 

Suka dengar cara Tun M cakap. Penuh dengan tertib :)

Masa Tun M baru aje sampai

Bila talk dah habis, biasalah kan mesti ada Q&A session. Dalam banyak banyak soalan daripada mahasiswa, ada satu soalan yang betul betul tarik perhatian orang di dalam dewan yang super sejukkk macam duduk kat Antartika tu.

Mahasiswa : Kenapa golongan muda seperti kami tidak diberi peluang untuk terlibat dengan urusan politik, mentadbir negara? Atau mungkin golongan yang lebih berintelek? (lebih kuranglah soalan tu. Hana ringkaskan sikit)

Tun M : Ini memang suatu penyakit. Biasanya bila pemimpin tu seorang yang bodoh, atau kurang pandai, dia akan ambil anak anak buah yang lebih bodoh daripadanya. Bila dah pemimpin bodoh macam tu, anak anak buah pun bodoh macam dia. Takkan dia nak ambil orang yang pandai daripada dia? Bila dia dah letak jawatan, pemimpin yang menggantikan dia akan lebih bodoh daripada dia dan perkara itu akan berterusan. 

Apa yang Tun M balas pun Hana ringkaskan aje. Tapi memang terkejut masa dengar banyak perkataan 'bodoh' keluar daripada mulut Tun.

Bila dengar sendiri, kebanyakan soalan yang ditanyakan kepada beliau, beliau tak ada menjawab secara direct. Memang ada maksud yang tersirat. Itulah apa yang boleh Hana simpulkan. Tapi boleh kata jawapan Tun M semuanya jenis makan dalam.

Haha.

And then, I met Sarah and Farhana. My college friends zaman kat KMKN dulu. Sekarang ni dua dua sambung degree kat UniKL BMI. Tak sangka mereka pun hadir sama :)

Farhana, me and Sarah :)

Walaupun sekejap aje sesi bersama Tun M ni, tapi banyak pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Bukan senang nak dapat peluang jumpa bekas pemimpin Malaysia yang terkenal ni. Lagi lagi bila kita ni bukannya orang besar. Haha.

It's such a great honour to meet you, Tun.

Till then.
Wassalam.


Monday, September 8, 2014

620#Ai no Kotoba ~ The Start of Semester 3


The start of something new.

Something new lah sangat. Kononnya.

From library. From my shelf.

Six subjects. 18 credit hours.
 
Moga dapat survive sem yang lebih tough daripada the previous ones. Hope myself won't ever give my hopes up. 

He won't help us unless we help ourselves first.

Usaha dahulu baru tawakal. Jangan lebihkan tawakal padahal usaha seciput aje. Macam mana Dia nak tolong kalau kita sendiri tak rajin nak tolong diri sendiri?

Insya-Allah. Boleh buat.

Till then.
Wassalam.

Sunday, September 7, 2014

618#Ai no Kotoba ~ Kisah MSR September 2014

 



Ini kisah sepanjang minggu ini. Dari September 1st till September 6th. 
 
September 1st, new bachelor students mendaftar dan bermulalah MSR Week. Pening kepala kitorang dengan 200 new students ni. Hehe :p Nasib baik kerja Hana cuma jadi Ad Hoc OC, tak perlu deal dengan new students sangat :p
 
Registration dibuat di MPLs kat admin block. Parents semua tunggu di LH kat academic block. 

Hi. I'm 'kakak yang nampak serius dan menakutkan'. Bak kata students yang masuk masa June 2014 intake yang lepas. Tak kisahlah korang nak kata apa. Haha.

Our hostel.

Masa registration day, Hana jaga bahagian hostel. Memang penat. Dari pukul 10 pagi sampailah pukul 5 petang baru selesai. Itu pun still ada students yang baru masuk hostel. Semua OC dan faci yang jaga bahagian hostel sibuk. Dalam pukul 3 lebih baru sempat nak rehat dan makan. Solat apatah lagi :( Kena bergilir keluar rehat.

Bagi Hana MSR Week kali ni tak sepadat MSR Week yang lepas. Hana jaga checkpoint untuk explorace masa hari kedua. Masuk hari ketiga, Hana skip waktu tengah hari till petang sebab kurang sihat.

Dan petang September 6th, Hana keluar dengan Una dan Kak Farah for a celebratory. Celebrate selepas hampir satu minggu yang memenatkan. Even tidak sepenat faci yang kena deal dengan new students tu :p Keluar ke Metropoint kat Kajang aje pun. 

A little escapism before a new and hectic semester.

Having our late lunch at Old Town

Insya-Allah masuk September 8th esok, Hana dah masuk Semester 3 for BCLS. Kali ni kena menghadap dan menelan subjek Microbiology, Medical Biochemistry, Pathology dan Immunology. Tak lupa juga Hubungan Etnik dan Mandarin. Belajar bahasa Mandarin lah untuk Sem 3 ni.

Insya-Allah boleh survive dengan berjayanya. Fighting!

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 31, 2014

616#Ai no Kotoba ~ Persiapan Menyambut Adik-adik :p

 
                                                                           
Seperti sedia maklum, 1 September ni kebanyakan uni (semua?) akan ada new students intake. I believe it's for bachelor intake. So here I am, mengorbankan cuti sem semata-mata nak sambut mereka ni datang (T__T) 

Tak apa tak apa. Tiket nak balik for the upcoming mid sem break dah beli dah :p Tak sabar nak balik!


A bunch of name tags, including our names and position. Thanks Hani for these sponsored tags!

Mula August 28th kitorang dah berkumpul untuk preparations memandangkan jumlah students yang paling latest dah hampir mencecah 230 students! Kalau kat UniKL lain dah ribu riban dah tapi kalau kat MESTECH ni jumlah 200++ tu memang batch paling ramai la tu :p 
 
 I got mine ;)
 
 I'm responsible for Ad Hoc. Kerja pergi beli stok air mineral lah, sweets lah. Kalau masa June Intake boleh bersenang lenang sebab students tak ramai, memang tak payah bermimpi nak lepak lah sesuka hati sepanjang MSR 2014 September Intake ni.

Kembali ke sekolah! Konon.
 
Memandangkan new sem dah nak mula, konon konon semangat gila nak beli stationery. Each notebook for Biochem, Patho and Immuno. For Microbe, I bought a special book without lines, feeling rajin nak lukis segala apa yang perlu dilukis. Pen warna warni pelangi pun ada beli sekali.
 
Happy 57th Independence Day!
 
Till then.
Wassalam.
 

Tuesday, June 24, 2014

608#Ai no Kotoba ~ 2014 June Intake MSR Week


Kedatangan adik adik baru. Kononnya. Ahaks! :p

Alhamdulillah MSR session dah hampir tamat. Sekarang ni jadual budak budak tu semua penuh dengan briefing aje. Academic, MARA loan, finance briefing bla bla bla~ Nasib korang la budak.

My tag ;)



With some of the OCs and facis


Tak ramai pun diploma intake, hampir 60. Tapi kalau degree mau masuk sampai 200 orang. Barulah pening kepala faci dan OC sekalian nak urus diorang. Haha :p

Just a short update. 

Till then. 
Wassalam.

Sunday, March 16, 2014

600#Ai no Kotoba ~ Sebulan Lebih Menghilang


Ehem. Ehem.

Baru sekarang dapat update blog :( Mahu sebulan lebih jugaklah Hana tak jenguk blog langsung.

Banyak benda nak update tapi kena tunggu mid term break ni lah. Insya-Allah Hana balik Kelantan malam 20 April ni ;) Balik kampung!

Moderated comments pun Hana tak sempat nak publish lagi. Minta maaf sangat-sangat kat Nadia Syairah dan Ayumaira Bridal sebab tak dapat tolong edit blog korang :( Maaf sangat-sangat! Memang Hana langsung tak buka Blogger account ni sejak masuk Sem 2 hari tu.

Me and Nanad :) 
Second sem of BCLS 13/17

Tak sangka dah nak masuk pertengahan Sem 2 dah :) Alhamdulillah sebab masih bernafas even banyak kerja dah sekarang (T__T) nasiblah hidup seorang student. Assignments, quizzes, tests and lecturers. Tu tak campur aktiviti kelab lagi tu.

Pengalaman hidup. Ya tak? :p

Till then.
Wassalam.

#PrayForMH370

Friday, January 10, 2014

588#Ai no Kotoba ~ Selepas 4 Bulan Lebih, Akhirnya...


Assalamualaikum and hello 2014!

Lama dah masuk tahun 2014 tapi Hana baru nak wish :p Tak kisahlah, baru hari yang ke sepuluh dalam tahun 2014 kan?

Hee :p

Sebenarnya posts yang banyakkkk dalam bulan Disember dan awal bulan Januari yang lepas tu semuanya scheduled posts. Almaklumlah, sibuk mengalahkan PM katakan.

Ehem.

Alhamdulillah, 7 Januari lepas Hana dah habis final for Sem 1. Insya-Allah, akan masuk Sem 2 pada 3 Februari nanti. Tiga minggu aje cuti! What the?! Kawan-kawan yang lain cuti lama kot (T__T)

Tapi tak kisahlah, yang penting dapat cuti. Sepanjang Hana daftar masuk degree 1 September lepas sampailah sekarang tak pernah balik Kelantan lagi. Cuti Aidiladha hari tu pun tak balik. Kiranya, dah empat bulan lebih Hana bertapa kat Kajang ni.

Yang pentinggggg!!! Insya-Allah malam ni dalam pukul 10:30 PM kaki akan jejak bumi Kelantan dah. Yes!



Hana balik sorang-sorang. Nasib baik Che Long dan Kak Rubi offer nak hantar sampai LCCT. Jimat duit nak naik KLIA Express. Rezeki rezeki. Alhamdulillah :) Balik naik flight sebab demand tak nak naik bas. 

Aku kan kayo. Kau hado? 

He he. Takdelah, gurau je :) Tiket yang Hana beli nak balik ni under RM 70, lebih kurang ngan harga tiket bas nak balik Kelantan :) 

Doakan Hana selamat sampai tau? Much thanks!


Spek baru :p Dapat MARA untuk Sem 1 hari tu terus pergi tukar spek. Yang lama tu dah nak masuk 3 tahun dah. Tak menyempat nak balik Kelantan :p Hee. Kawan-kawan kata nampak matured sikit pakai spek macam ni :p 

Saya tau saya baby-faced. Ehem.

He he :)

Till then.
Wassalam.

Thursday, January 2, 2014

585#Ai no Kotoba ~ Mimo dan Momo


Ini kisah Mimo dan Momo.

Ini Mimo.


Mimo si anak kucing jantan yang tersangat comel! Hee :D Kecikkkkkkk sangat Mimo ni! Kakak kat rumah bawah yang pelihara Mimo ni. Kadang-kadang Hana bawa naik rumah Hana :p Main-main dengan si kecik ni.

Ini pula Momo, nama manja. Nama sebenarnya Nurul Aneesa. 


Neesa dah nak masuk pra-sekolah :) Hee. Mama kata baju sekolah Neesa kena potong 2,3 inci sebab labuh sangat. Nak buat macam mana dah tuan punya baju kecik aje, tak macam budak nak masuk umur 6 tahun :p

Ini kisah Mimo dan Momo. Seekor anak kucing yang comel dan seorang budak kecil yang.... takutkan kucing.

Memang tak boleh nak pelihara kucing dalam rumah. Nanti ada juga yang berlari sebab takutkan kucing. Walaupun kucing tu tersangatlah comel dan kecik macam Mimo.

Hee :p

Till then.
Wassalam.

Monday, December 30, 2013

584#Ai no Kotoba ~ Final Exam Sem 1


Pejam celik pejam pejam celik dah nak habis satu sem dah Hana kat MESTECH ni. Insya-Allah, pagi esok akan bermula minggu peperiksaan akhir semester. Bermula 30 Disember hinggalah 7 Januari. Doakan Hana ya? Hee :)


Lepas buat lecturers' evaluations dan next sem subjects pre-registration barulah dapat slip exam. Buku panduan peperiksaan pun ada tau. Cuma malas aje nak baca :p


Insya-Allah subjek yang diperjuangkan *eceh* adalah : Educational Philosophy & Psychology, Tamadun Islam & Tamadun Asia, Human Anatomy & Physiology 1, Cell Biology dan Introductory Laboratory Science. Killer subjects : Human Anatomy & Physiology 1 dan Cell Biology. Ehem.

Doakan Hana dan kawan-kawan dapat menjawab dengan hati yang lapang. Hee :)
Tak sabar nak balik rumah!

Till then.
Wassalam.

Broaden News