Saturday, August 31, 2013

556#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Devil Survivor 2 The Animation

*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*

Devil Survivor 2 The Animation ni based on Devil Survivor 2 role-playing game. Bukan maksudnya review ni pasal second season of Devil Survivor :p He he.


Anime ni agak tension kalau tengok sebab unsur comedy terlampau sedikit. Mengisahkan bagaimana umat manusia nak survive selama 7 hari Judgement Day dengan melawan demon tertentu yang muncul pada setiap hari tu.

Bermula pada hari Ahad, Kuze Hibiki seorang pelajar yang dalam preparation nak masuk ke universiti berbual-bual dengan kawan karib dia, Shijima Daichi lepas mock exam diorang. Mereka bincang pasal future dan Hibiki agak pessimist pasal masa depan dia walaupun dia seorang pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama, Daichi kenalkan kepada Hibiki suatu website baharu yang tengah famous; Nicaea.

Menurut Daichi, Nicaea merupakan satu website yang akan tunjuk death face clips kawan-kawan mereka sebelum mereka mati dan death face clips tu merujuk kepada situasi sebenar si mati. Daichi turut daftarkan nama Hibiki dalam Nicaea. Of course mereka anggap website tu perkara yang main-main aje.

Di train station pula watak utama baru diperkenalkan, Nitto Io, Daichi punya crush :p Sebelum train sampai, Daichi terkejut sebab dia terima death face clip milik Hibiki dan Hibiki turut terima death face clip milik Daichi. Bingung dan takut dengan death face clips tu, mereka ambil keputusan nak keluar dari stesen tu. Malangnya, apa yang ditunjukkan dalam death face clips mereka betul-betul terjadi.


Mereka bertiga survive lepas setuju dengan Nicaea yang offers peluang kedua untuk mereka hidup. Demons mula muncul and di phones mereka ada suatu application baharu, Demon Summoning App. App tu digunakan untuk summons the demons untuk kalahkan demons yang lain.

Japan Meteorological Agency (JP's) bawa mereka bertiga ke markas mereka lepas menyaksikan Hibiki berjaya summon Byakko, demon yang bertaraf tinggi. Mereka dipaksa membantu JP's di bawah arahan Hotsuin Yamato. Rupa-rupanya keluarga Yamato dah lama tahu tentang the seven days of Judgement Day tu. Yamato sendiri ada demon bertaraf Byakko, Cerberus.


Kalau tengok anime ni memang rasa ngeri. Banyak sangat kematian yang berlaku sampaikan kita yang tengok ni pun rasa tension. Tengok anime ni pun dah takut, apatah lagi Judgement Day yang Allah SWT punya kan? Tak dapat bayangkan langsung :/

Oh ya, jangan risau pasal ending anime ni :p Happy ending to all the characters. He he. Hana suka dua-dua OP dan ED anime ni. Sampaikan dua tiga minggu dok dengar OP dan ED mereka. Terutama sekali ED. Sesiapa yang tengok ending song sampai habis, akan perasan ada perubahan pada setiap kali ada watak yang mati.

Lupa nak cakap, anime ni 13 episod aje :)

Sepanjang tengok anime ni, berkenan sangat dengan jaket Hibiki tu x) Stailo kot! He he :D His bunny jacket yang ada speakers kat dalam tu dan bersambung dengan his music player. Phone Hibiki pun stailo :p Bukan touch screen tapi ada fungsi cycloid. Phone Hibiki based on the real model yang syarikat telefon bimbit Jepun sendiri keluarkan.

Till then.
Wassalam.

Friday, August 30, 2013

555#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Wolf Children, Ame and Yuki


Wolf Children, Ame and Yuki a.k.a. Ookami Kodomo no Ame to Yuki ni bukan anime biasa yang ada banyak episod. Wolf Children ni Japanese animated film tahun 2012. Berdurasi hampir 2 jam.


Hana merupakan pelajar universiti yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang selalu masuk dalam kuliahnya secara illegal. They started dating tapi rupa-rupanya lelaki tu ada rahsia yang tersendiri. Lelaki tu half human-half wolf, descendant daripada Japanese wolves yang berdarah manusia. Dalam filem ni tak pernah langsung nama lelaki ni di-reveal, commonly known as The Wolfman only. Mereka berdua berkahwin dan ada dua orang anak; Yuki seorang perempuan dan Ame seorang lelaki. Beza setahun aje umur mereka.


Malangnya masa Ame baru lahir, The Wolfman mati masa pergi memburu sejenis burung atas instinct seekor serigala yang nak beri anaknya yang baru lahir makan. Oh ya, jangan risau. Mostly The Wolfman ni act as a human aje :p Cuma kadang-kadang dia transformed jadi serigala. Masa tengok The Wolfman tu mati, memang rasa heartbreaking. Hana boleh tengok aje masa bangkai serigala The Wolfman tu dibawa pergi oleh pegawai keselamatan. 


Cerita sebenar bermula lepas The Wolfman tu mati, pasal kesusahan Hana nak besarkan anak-anak dia yang half human-half wolf tu. The landlady dekat apartmen yang mereka tinggal beri amaran nak halau mereka sekeluarga sebab jiran-jiran merungut dengar bunyi tangisan binatang dan child-protection officers pula asyik datang ke rumah mereka sebab anak-anak Hana tak pernah dapat suntikan sejak mereka lahir. Hana ambil keputusan untuk bawa Yuki dan Ame berpindah ke kawasan kampung yang dekat dengan pergunungan.


Masa mereka mula-mula pindah ni part yang Hana paling suka :) Tengok macam mana mereka cuba nak survive kat sana dengan savings yang sedikit, bercucuk tanam, nak baiki rumah yang baru mereka beli dll. 

Kisah mereka ni ambil masa dalam 13 tahun; daripada mula-mula Hana kenal dengan The Wolfman sampailah Yuki dan Ame mula jumpa haluan mereka sendiri. Sama ada nak terus hidup sebagai manusia atau hidup sebagai serigala.

Hana suka sangat dengan filem ni :) Pasal family bonding khususnya. Filem ni juga banyak terima kritikan positif dan ditayangkan di hampir 34 buah negara di seluruh dunia. Box office juga tau filem ni :)

Kalau susah nak jumpa site untuk filem ni, boleh tengok kat SINI :)

Till then.
Wassalam.


Thursday, August 29, 2013

554#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hanasaku Iroha

*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*

Nak review anime lagi :p He he.

Berjumlah 26 episod, Hanasaku Iroha lebih kepada slice of life, family and friendship. Oh ya, sedikit romance.


Matsumae Ohana yang asalnya tinggal di Tokyo terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk tinggal dengan neneknya memandangkan ibunya, Matsumae Satsuki nak kahwin lari bersama-sama kekasihnya. Ohana tak pernah berjumpa dengan neneknya sebab hubungan antara ibu dan neneknya yang tak pernah baik.

Di Tokyo, Ohana ada seorang sahabat baik yang selalu menyokong dia kalau Ohana ada masalah; Tanemura Kouichi. Pada malam sebelum Ohana berpindah, Kouchi confesses his feelings kat Ohana tapi tak sempat Ohana nak reply, Kouchi terus lari sebab tak berani nak dengar jawapan Ohana.


Nenek Ohana pemilik sebuah rumah tumpangan, Kissuiso. Kalau Ohana nak tinggal di Kissuiso, Ohana terpaksa bekerja di bawah arahan neneknya. Anime ni banyak berkisar pasal hidup baru Ohana di Kissuiso dan macam mana dia nak mula adjust diri dia di tempat baru. Selain tu, Ohana pun mula fikir pasal confession Kouchi sebelum ni.

Selain Ohana, ada tiga lagi watak remaja perempuan yang sebaya dengannya selain daripada pekerja-pekerja Kissuiso yang lain. Tsurugi Minko, seorang apprentice chef di dapur Kissuiso; Oshimizu Nako yang bekerja sebagai waitress di Kissuiso sebab nak belajar cara bergaul dengan orang; dan Wakura Yuina, cucu kepada pemilik Fukuya Inn, rival kepada Kissuiso tapi Yuina bersahabat baik dengan mereka semua.


Mula-mula tengok anime ni, rasa geram sangat dengan perangai Minko. Suka hati dia aje nak suruh orang lain pergi mati. Kesian kat Ohana yang selalu jadi mangsa. Ohana ni pun jenis keras kepala juga. Dia cuba buktikan kepada nenek dan pekerja-pekerja di Kissuiso yang dia mampu buat yang terbaik.


Pelbagai events yang terjadi dan kita akan rasa excited tengok mereka semua. Hana suka sangat tengok ada satu episod pasal mereka terpaksa serve ramai sangat tetamu pada masa yang sama dan satu lagi episod masa mereka nak handle satu majlis perkahwinan di Kissuiso. Sepanjang cerita, progress hubungan antara Ohana, ibu dan neneknya juga ditunjuk. Begitu juga dengan hubungan antara Ohana dan Kouchi. Moral sepanjang anime ni pun bagus.

Kalau ikut Wiki, demographic anime ni untuk shounen, tapi bagi Hana sesuai aje untuk shoujo. 

Till then.
Wassalam.


Wednesday, August 28, 2013

Sunday, August 25, 2013

550#Ai no Kotoba ~ Pesta Buku Datang Lagi! :D


Tak nak cakap banyak. Cuba tengok kat bawah :p


Mulai esok, 26 Ogos sehingga 1 September bermulalah Pesta Buku Kelantan 2013 anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan dengan kerjasama Syarikat Muda Osman (SMO). Sesiapa yang duduk kat Kelantan ni kenallah dengan SMO ni. Kalau tak cari novel baru kat POPULAR, mesti cari kat SMO pulak and vice versa :p


Macam biasa, PBK 2013 ni akan diadakan di Dewan Jubli Perak yang dekat dengan Stadium Sultan Muhammad IV tu. Biasanya kalau pergi memang Hana puas hati. Banyakkkkkk sangat novel tak kira English or Malay kat sana :D Buku-buku untuk pelajar pun ada :)

Hok dok alah KB ko Pasir Mas ko mano-mano tepat hok dekat tu boleh la pakat maghi rama-rama deh?

:p

Till then.
Wassalam.

549#Ai no Kotoba ~ Sebelum Aidilfitri 2013


KL

KL

KB

KB

KL to KB. Alhamdulillah :) 
Kenangan Aidilfitri 1434 Hijrah.

Till then.
Wassalam.

Saturday, August 24, 2013

548#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hyouka


Asalnya nak update cerita raya, tapi Cik Kay Jue kata tengah tunggu anime review daripada Hana lak :p He he. Jadi, kali ni Hana nak review Hyouka :) Dah lama plan nak review Hyouka, tapi mood M datanglah pulak :p


Hyouka literally means ice cream. Tapi ada kisah yang tersembunyi di sebalik nama Hyouka ni. Berjumlah 22 episod, Hyouka ni lebih kepada high school life dan penyiasatan remaja.

Oreki Houtarou seorang pelajar yang baru aje masuk first year of his high school. Dia ni suka sangat conserve energy dia, simpan tenaga sebab pemalas sangat. Kalau tengok sepanjang anime ni, dia suka sangat buat kerja yang tak melibatkan penggunaan tenaga yang banyak. Prinsip Houtarou senang aje, " If I don't have to do something, I won't. But if I have to, I'll do it quickly."

Nak dijadikan cerita, kakak Houtarou si Tomoe tu nak Houtarou masuk Classic Literature Club di sekolah mereka memandangkan kelab tu mungkin akan dimansuhkan sebab tak ramai nak masuk. Tomoe bekas ahli kelab tu dulu. Kalau bukan sebab takutkan kakak dia, memang sahlah Houtarou takkan masuk mana-mana kelab.

Houtarou ingatkan dia sorang aje ahli kelab tu tapi ada seorang lagi pelajar yang willingly join Classic Literature Club tu. Seorang pelajar perempuan, Chitanda Eru yang merupakan best student untuk first year classes. Eru ada rahsia dia sendiri kenapa dia sanggup nak masuk kelab ni.


Eru ni lawak dan agak unik sebenarnya :p Kalau ada apa-apa yang dia curious (dia senang curious akan sesuatu even hal kecik pun), dia akan mula sebut 'kininarimasu' (I'm curious) dengan mata yang memang sparkle :p

Selain mereka, ada dua orang lain yang baru join Classic Literature Club ni. Fukube Satoshi dan Ibara Mayaka. Dua-dua kawan Houtarou masa di middle school dulu. Mereka berempat jadi ahli kelab tu dan mula daripada episod satu, ada satu demi satu misteri yang mereka cuba selesaikan. Yang paling utama pasal antologi Classic Literature Club yang diberi nama Hyouka. 

Kebanyakan misteri diselesaikan oleh Houtarou. Even dia memang tak suka buat kerja lebih-lebih, otak dia bergeliga. Geram kot dengan dia ni sorang. He he :D


Hana suka tengok Houtarou dan Eru ni :) Setiap kali Eru mula curious, automatically dia akan pergi tuju kat Houtarou ni :p He he. Sorang jenis pemalas, sorang lagi jenis energetic. Comel dan sweet mereka ni x) Oh ya, anime ni tak banyak romance. Tapi adalah juga antara Houtarou-Eru dan Satoshi-Mayaka.

Anime ni best untuk penggemar siri penyiasatan remaja :) Worth watching (Y) Ala, 22 episod aje pun :p He he. Selamat menonton!

Till then.
Wassalam.

Friday, August 23, 2013

547#Ai no Kotoba ~ The Pending Coffee :)


I hope Malaysians can practice this too! =)

nota : Hana baru dapat blogging dan balas jejak sikit-sikit. Sorry kalau terlambat :D Hari Ahad till Rabu lepas password takleh nak enter kat netbook. Nasib baik abah pergi betulkan kat kedai :p Kenalah sindir berbakul-bakul dengan abah :p Hehe.

Till then.
Wassalam.

Friday, August 16, 2013

546#Ai no Kotoba ~ Kembali



Dah bersawang kot blog ni. Kan?

Kembali sekejap nak ucapkan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog :D Insya-Allah blog ni tak akan bersawang lagi bermula minggu depan dan Hana akan mula membalas kunjungan juga pada minggu depan.

Actually banyak benda nak post kat blog. Kisah sebelum Aidilfitri, semasa Aidilfitri dan semestinya anime reviews :P

Hehe.

Banyakkkkkkkkkkkk lagi sebenarnya anime yang Hana nak buat review malangnya kemalasan jadi penyekat :P Kalaulah Hana betul-betul nak review semua anime yang Hana pernah tengok since 6 years old, memang pasal anime ajelah yang korang baca :P Hehe. Jadi Hana akan buat review yang Hana rajin aje lah.

Malam ni tidur awal, insya-Allah tengah hari esok ada plan. Cikgu Naeimah minta teman beliau pergi Rantau Panjang sempena majlis perkahwinan adik Cikgu Dasuki. Alang-alang dah pergi Rantau Panjang, memang rugi besarlah kalau tak singgah Pasar Besar Rantau Panjang.

Sore jaa. Matta ne!

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 4, 2013

545#Ai no Kotoba ~ Kad Raya Aidilfitri 1434 H :)


Dah dua tiga hari blog ni tak ber-update. Hu hu.

Alhamdulillah Hana selamat sampai ke bumi Kelantan ni around 9:30 hari Khamis malam Jumaat yang lepas. Home sweet home~ He he :D


Back to my main title, Hana dapat kad raya tahun ni x) Satu daripada Penerbitan Kaki Novel dan satu lagi daripada Kak Aisya Chipmunk&Barney :)

Terima kasih KN dan Kak Aisya! He he :D 

Untuk yang setia memberi komen di blog ni, Hana ada sediakan e-card untuk mereka. Nak hantar kad raya memang tak sempat. Insya-Allah tahun depan Hana akan mulakan operasi menghantar kad raya :P He he. Harap-harap sudilah terima ya? Hana ada hantar pada ruang komen mereka yang terpilih tu :)

Daripada KN :)

Isi dalam :P He he. Comel kartun tu >_<

Handmade kad raya daripada Kak Aisya :D

Comel aje >_< He he.

Kat sini Hana nak minta maaf banyak-banyak pada semua bloggers. Minta maaf kalau ada terguris hati ke dengan komen Hana, Hana lambat balas jejak ke, apa apa aje lah! Minta maaf ya? :D

Dan mungkin blog ni akan terabai juga lepas ni. Mungkin dua tiga hari lepas raya baru Hana akan update, jejak korang balik. Insya-Allah :) Maaf ya sebab lambat jejak entri lama korang? ;)

Salam Aidilfitri 1434 H! :D

Till then.
Wassalam.