Showing posts with label Cheese in the Trap. Show all posts
Showing posts with label Cheese in the Trap. Show all posts

Friday, January 22, 2016

666#Love Note ~ Cheese in the Trap: Is Yoo Jung in the Dark Side?


Sesiapa yang tak tengok lagi Cheese in the Trap Episode 1 sampai Episode 6 tu Hana tak galakkan baca entri ni hehe. I want to share my opinions and the comparison between the webtoon and the drama. Tapi kalau tak baca webtoon pun tak apa, sebab spoilers yg ada hanya ikut episod drama je :) Fokus entri ni pasal the mysterious Yoo Jung sunbae. 

Lepas tengok drama ni ramai yang tertanya-tanya Yoo Jung ni baik atau jahat? Dia ikhlas sukakan Hong Seol ke tak? So Hana buat entri khas ni pada sesiapa yang berminat nak tahu :) Opinions Hana berdasarkan webtoon dan drama tapi Hana akan cuba limitkan spoilers sampai Episode 6 aje.

SPOILER ALERT!


Dari Episode 1 sampai 6 memang ada tunjuk yang Yoo Jung ni suspicious tahap apa. Kalau Hana jadi Hong Seol pun memang akan berhati-hati dengan Yoo Jung ni sebab tiba-tiba aje lepas perang dingin dengan Hong Seol, dia nak berbaik macam tak ada apa-apa jadi sebelum ni. Viewers mula keliru bila tengok dia banyak tolong Hong Seol: tangkap Kim Sang Chul yang drop-kan kelas Hong Seol, tolong Hong Seol masa homeless incident tu, bawa Hong Seol ke hospital masa ayah Bo Ra sakit dll. Tambah lagi bila dia ajak Hong Seoul couple dengan dia dan the tension between him and Baek In Ho.

Bagi Hana, Yoo Jung memang seorang yang suka manipulate dan gunakan orang. Nampak macam jahat kan? Tapi kalau korang perasan, dia hanya manipulate the ones yang ada buat salah dengan dia dan juga Hong Seol (bila mereka mula rapat). Contohnya TA Heo Yoon Seob curi duit Yoo Jung, Kim Sang Chul guna ID Hong Seol untuk drop kelas, Senior Do Hyun yang nak mabukkan Hong Seol dengan tujuan tak elok, Nam Joo Yeon yang cederakan Hong Seol guna homeless man. His intentions are pure tapi cara dia memang bahaya dan salah.



Yoo Jung sees the world in black and white. Boleh kata prinsip dia an eye for an eye macam tu. Bagi Yoo Jung kalau dia manipulate and use the ones yang suka ambil kesempatan pada dia, tak ada salahnya sebab dia nak balas balik. Perangai dia ni bermula dari kecil lagi. Sebagai anak seorang daripada keluarga yang kaya raya, ayah ada syarikat, memang kebanyakan yang baik dengan dia pun bersebab. Yoo Jung has to show his perfect side sebab expectations yang tinggi daripada orang lain walaupun dia benci betapa palsunya dia dan orang di sekeliling dia. Bila memang memerlukan barulah dia tunjukkan perangai dia yang sebenar sebab tu cuma beberapa orang aje tahu his true nature. 

Jadi Yoo Jung memang sukakan Hong Seol atau ada niat lain?


Ini pendapat Hana berdasarkan webtoon dan drama, Yoo Jung memang sukakan Hong Seol walaupun pada mulanya dia memang benci gila kat Hong Seol. Bagi dia Hong Seol sengaja cuba tengok his true nature yang dia sorokkan daripada orang ramai. Tapi kalau tengok Episode 6, kat situlah Yoo Jung mula perasan yang dia dan Hong Seol sebenarnya sama (tapi bukan personaliti black and white tu). Dia benci Hong Seol sebab walaupun mereka tahu mereka saling membenci tapi Hong Seol still cuba sapa dia dan nak berbaik dengan dia padahal niat Hong Seol tak nak panjangkan perang dingin mereka. Lama lama Hong Seol give up dan makin teruk perang dingin diorang.



The pub event yang Yoo Jung demam dan Hong Seol teman dia tu jadi dekat akhir Season 3 tapi diawalkan dalam drama. Sebelum Yoo Jung demam tu memang dia dah mula perhatikan Hong Seol in different perspectives, berbeza masa dia benci kat Hong Seol dulu. Dia tak nampak Hong Seol ni cuba nak berbaik dengan dia sebab benefits. And ada lagi flashback yang tunjukkan macam mana Yoo Jung dan Hong Seol sebelum ni, tapi sebab tak keluar lagi dalam drama (atau diubah dalam drama) jadi Hana tak akan sentuh bab tu.

Kalau dalam webtoon, most of the chapters berdasarkan Hong Seol's POV jadi readers memang tak tahu nak describe Yoo Jung ni macam mana. Bila dah masuk Season 3 barulah ada tunjuk cara pemikiran Yoo Jung dan pendapat dia pasal Hong Seol tak kiralah in the past or present. Tapi dalam drama, dekat akhir Episode 5 viewers ditunjukkan apa sebenarnya yang Yoo Jung fikirkan. 


In the end of Episode 5, masa Yoo Jung confronts dengan TA Heo Yoon Sub dengan Gong Joo Yong the viewers nampak apa yang membuatkan Yoo Jung marah sangat-sangat tu sebab dia takut Hong Seol akan kembali dingin dengan dia. Dia tak nak Hong Seol pandang dia pelik. Scene kat rumah masa Yoo Jung main game itu pula lagi jelas apa yang Yoo Jung fikirkan.

Yoo Jung tertanya-tanya adakah dia pelik? Dia teringat apa yang pernah orang lain buat pada dia. Bagi Yoo Jung, bukan dia yang pelik tapi mereka yang pelik. At the end, with a sad expression he thinks 'Seol, I'm not strange.'

Scene ni penting sebab tanpa scene ni, viewers makin tertanya-tanya pasal personaliti sebenar Yoo Jung. Yoo Jung has an excessive victim mentality sebab orang di sekeliling dia asyik manipulate dan gunakan dia since childhood. In the end, dia akan manipulate dan gunakan mereka balik tapi dengan cara yang lagi bahaya. 

That's why in some scenes you could see that Yoo Jung has difficulty in expressing his true feelings sebab biasanya dia dalam manipulation mode and Hong Seol is the first one he genuinely having love interest. Contohnya masa awal Episode 5 masa dia bergaduh dengan Hong Seol dalam hujan. He doesn't go back home instead he wait and ponder his feelings kemudian bila dia ternampak Hong Seol lagi dia terus nak have the serious talk to mend their relationship. Bila Hong Seol kalut sebab ayah Bo Ra masuk hospital, tanpa fikir panjang dia terus bawa Hong Seol ke hospital dan sama-sama tunggu di depan operation theater.



Tapi jangan risau, Yoo Jung tak akan buat apa-apa pada Hong Seol :p Again based on the webtoon sebab Hana takut ada yang pelik pula. Tapi pendapat ni in present time aje sebab ada perkara lagi besar berlaku in the past pasal Yoo Jung dengan Hong Seol. Tambah lagi the crucial character, Oh Young Gon dan muncul. Even Hana benci gila Young Gon tu tapi nak buat macam mana, watak dia penting :( 

Yoo Jung sunbae, go and destroy Young Gon! *evil laugh*

Walaupun cara Yoo Jung deal dengan orang macam ni salah dan bahaya, tapi I love how he manages to be by Hong Seol's side or behind her every time Hong Seol ada masalah besar. Setiap kali Hong Seol rasa down pasal study, family dan kawan-kawan pun Yoo Jung mesti muncul dan cuba ringankan masalah dia :p And the scene when he looks so happy bila cuba pakai jam tangan yang Hong Seol hadiahkan tu memang buat my heart flutters hehe sebab dalam webtoon tak tunjuk sangat part tu. 


Harap-harap entri ni membantulah sesiapa yang nak tahu Yoo Jung ni baik ke tak. Hana tak sabar tunggu episodes minggu depan. Kalau sesiapa perasan pada preview tu ada tunjuk Yoo Jung tengah belasah seseorang. Itu antara my favourite chapter, it would shows how much Yoo Jung will go just to protect and get back pada orang yang cederakan Hong Seol. Tapi itu tak bermakna Yoo Jung tak boleh berubah. Just you wait and see ;) Oh ya webtoon Cheese in the Trap tak habis lagi. Sekarang tengah Season 4. Maybe drama akan tamat dulu sebelum webtoon, who knows.

I see Yoo Jung as not the typical hero you will find in most K-dramas. 

He's dangerous. You don't want to mess with him. 

Till then.
Wassalam.


Thursday, January 7, 2016

649#Love Note ~ FINALLY! Cheese in the Trap!


Entri kali ni sebab excited sangat akhirnya Cheese in the Trap dah jadi dramaaaaa! 

Sorry, tengah fangirling sekarang ni ;)


Cheese in the Trap ni asalnya webtoon kat Naver Korea. Hana memang follow webtoon ni daripada Season 1: Prologue sampailah Season 3: Chapter 50. Webtoon ni ada sampai Season 4, tapi sebab yang lain belum ada English translation so tak boleh nak sambung bacalah. Kalau nak senang, boleh baca kat Naver Webtoon app, cuma di app tu kalau tak salah baru sampai Season 2. 

Cheese in the Trap mengisahkan Hong Seol, pelajar Business Administration. Seol ni tersangatlah rajin belajar dan pentingkan grade. Dia tak kisah pun pasal nak enjoy atau pergi date sebab fokus dia cuma nak study dan dapatkan scholarship. Dalam course major dia tu ada seorang sunbae (senior) yang tersangat famous, Yoo Jung. Yoo Jung ni boleh kata perfect dari segala segilah. Handsome, pandai, anak orang kaya dan baik dengan semua orang. Nak dijadikan cerita, cuma Seol seorang yang tak nampak Jung ni perfect. She sees the dark side of him. The second hero is Baek In Ho. In Ho ni ada sejarah hitam dengan Jung. 



What I like about this webtoon is how the author Soonki portrays each character especially the important ones. Seol bukannya gadis tipikal dalam K-drama yang jenis comel comel dan feminin. Dia tersangatlah tak minat nak dress up dan fikir pasal boyfriend. She's highly observant and sometimes overthinking. Bila dia perhatikan Jung, dia perasan Jung hanya tunjuk his dark side kat Seol seorang. Semua orang tak perasan, even dua orang kawan baik Seol, Bo Ra dan Eun Taek pun nampak Jung ni baik aje. 

For Jung's character, actually he's one of the typical K-drama hero (handsome, kaya, pandai bla bla bla) cuma dalam webtoon ni the author tunjukkan lagi his flaws and how he could easily manipulate people around him. Ada terbaca satu komen reader yang bandingkan Goo Jun Pyo dalam Boys Over Flowers dengan Yoo Jung. Mereka berdua ada physical traits and social status yang agak sama cuma kalau Goo Jun Pyo tu suka buli orang tapi Yoo Jung lebih kepada dominating people with his manipulation skills. Senang kata Jung ni pandai nak psiko orang sampai orang boleh mengaku kalau ada buat salah. Webtoon ni banyak main pasal psychology. I could relate to both main characters sometimes. Tak nak cakap banyak nanti banyak pula kasi spoilers.




Since I really love Cheese in the Trap and am a Jung-Seol shipper so I really really excited hearing it would be made into a drama! Dari tahun lepas lagi tunggu drama ni, akhirnya dah keluar first two episodes ;) Macam tak percaya tapi kena percaya jugakkk *sigh*

Yoo Jung is portrayed by Park Hae Jin, one of my top three favourite Korean actors! Double yes here! Minat Park Hae Jin sejak tengok dia dalam drama East of Eden tahun 2008 dulu. He's still handsome as ever *fangirling*. Hong Seol is portrayed by actress Kim Go Eun. Cheese in the Trap ni adalah drama pertama lakonan Kim Go Eun since dia banyak jadi lead dalam movies aje sebelum ni. Baek In Ho is portrayed by Seo Kang Joon. Sesiapa yang tengok Roommate tu kenallah kot Seo Kang Joon ni. 

The fans of the webtoon and Soonki herself chose Park Hae Jin as the most suitable actor for Yoo Jung ;)

From the first two episodes I could see the similarities with the webtoon. Walaupun ada scene yang diubah tapi main focus dalam webtoon tu tak lari. Both the webtoon version and the drama have their uniqueness. Semua watak ditonjolkan dengan baik. Kim Go Eun berjaya bawa watak Seol yang kompleks tu. Lagipun webtoon ni boleh kata lain dari yang lain jadi fans of the webtoon agak risau takut drama ni hasilnya tak baik. Setakat ini memang puas hati. Tak sabar pula tunggu Episode 3 and Episode 4 minggu depan ;) Hana dah tengok Episode 1 dua kali dan Episode 2 tiga kali sebab tak menyabar haha. 

Boleh tengok Episode 1 and Episode 2 di SINI.

Till then.
Wassalam.

Broaden News