About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, August 28, 2012

308#Ai no Kotoba ~ Natrah & Murtad


Alhamdulillah, siap jugak assignment untuk Islamic Learning. Ustaz wants us to send him sort of folio zaman sekolah menengah dulu. Suka hati bebas aje untuk pilih tajuk and I decide to make a research for Natrah's case. Rusuhan Natrah 1950 yang pernah berlaku di Singapura dulu. And, I got my 20 pages of folio Islam.

Ini sedikit mengenai kisah Natrah for those who might haven't heard of her before. Yang selebihnya, sila Wiki sendiri. Inche Wikipedia sedia membantu ;)

Natrah atau nama sebenarnya Bertha Hertogh merupakan gadis berketurunan Belanda. Natrah diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya yang ditawan oleh tentera Jepun. Che Aminah telah mendidik Natrah yang masih kecil dengan ajaran Islam. Malangnya, beberapa tahun berlalu, keluarga kandungnya menuntut balik Natrah daripada Che Aminah. Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Melayu Singapura dan Tanah Melayu berasa bimbang kerana Natrah akan dimurtadkan sekembalinya beliau ke Belanda. Selepas beberapa tahun, Natrah menggunakan kembali nama asalnya, Bertha Hertogh.
Kasihan. Kerana tersilap percaturan dan muslihat pihak Belanda dan British, akidah seorang insan bernama Natrah hilang. Akhirnya, beliau meninggal kerana leukemia pada tahun 2009. Tiada siapa yang dapat menjangka pengakhiran hidupnya. 

Dulu, rusuhan berdarah terjadi kerana seorang Natrah yang akan dimurtadkan. Kini, sudah ramai 'Natrah' di luar sana tetapi hanya sesetengah pihak sahaja yang peduli. We can't say 'tak nak ganggu tepi kain orang', 'tak nak busybody'. Please! This thing is so-so-so serious! Mengenai agama kita juga. Sudah ramai di luar sana yang Islam pada MyKad tetapi agama lain bertakhta di hati. Nauzubillah min zalik. Minta kita semua dilindungi. Amin.

Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

2 book page(s) ♥:

eyqa amin said...

natrah.ada tak rasa2nya buku kisah natrah nie diterbitkan?
nk sgt baca lo ada..^^

Haruno Hana 하나 said...

@eyqa amin ada bukunya.. tulisan Datin Fatini Yaacob :)

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)