Showing posts with label Savoury Sweet Life. Show all posts
Showing posts with label Savoury Sweet Life. Show all posts

Monday, January 18, 2016

661#Love Note ~ They Were Just Comments!





They were just comments!

Said a human who became a warrior on the keyboard.

So you said they were just comments?

You didn't even know how much someone's live could be badly affected by your so-called mere comments?

People could lose their job, destroy friendships, break families and shatter their dignities. Could you be responsible after that? Could you pick a piece by piece and mend them as if they were never be broken? 

Could you?

If you could not, mind your warrior spirits everytime you're on keyboards. 


Till then.
Wassalam.

Sunday, December 27, 2015

641#Love Note ~ 264 Days...




It has been 264 days since my last post. Kira sendiri? Tidak. Day Counter amat membantu dalam nak kira-kira hari ni. Mudah dan cepat.

Kenapa dah hampir sembilan bulan baru nak update balik? 

Malas dah satu hal. And my beloved netbook has serious internet connection problem. Dah baiki tapi cuma boleh guna untuk menaip sahaja. Nasib baik settle juga SPSS guna netbook tu haha. Netbook tu dah jadi kesayangan sejak 18 Ogos 2011. And this semester is so hectic walaupun tak banyak projek macam sem lepas. 

I want to rant.
I want to review the books that I've read.
I want to blog like the old days.

Bukannya tak sayang blog ni. Berjasa sejak 2010 walaupun jarang update. Tapi mungkin tak akan kerap update juga sebab next semester dah start FYP1. Sebenarnya sampai sekarang macam susah nak percaya dah kena buat FYP1. After two more semesters, I would leave MESTECH. My next plan after degree is either doing Masters or working. But I hope I could post a thing or two each week. 

Insya-Allah. 

And tomorrow I will start my Semester 5 final examinations. 6 papers. 6 days. Insya-Allah would achieve my freedom on January 8th. Doakan :)

Till then.
Wassalam.

Tuesday, December 23, 2014

632#Ai no Kotoba ~ But You Didn't


Tengah skrol FB, tiba tiba nampak gambar gambar ni. Tengoklah, sebab nampak comel. Tapi rupanya ada kisah di sebalik gambar gambar ni :'(

Mahu berair juga mata ni.

Gambar gambar ni dah lama ada. Tapi baru jumpa :p

Info pasal gambar gambar ni ada pada dua gambar terakhir.

Kredit gambar: Azirul Ariff


















Such a beautiful story :) 

Till then.
Wassalam.

Monday, December 22, 2014

631#Ai no Kotoba ~ iM4U + Red Readerhood @BigBadWolf2014


Ini cerita lama. Cerita 13 Disember yang lepas.

iM4U ada anjurkan sesi volunteer kat Big Bad Wolf 2014. Jadi volunteer angkat barang, tolong customer dan macam macam lagilah. Ada dua pilihan tarikh dan dua sesi untuk setiap pilihan tarikh tu. Tarikh 6 - 7 Disember pukul 10 am - 3 pm atau 3 pm - 8 pm (lupa masa untuk sesi petang sebenarnya) dan tarikh 13 - 14 Disember dengan sesi pagi atau sesi petang.

Hana pilih sesi pagi untuk 13 - 14 Disember tu. Asalnya nak pergi dengan kawan kawan lain, tapi sebab ada yang kena tukar plan, mereka tukar tarikh 6 - 7 Disember, Hana stick ngan tarikh 13 - 14 Disember tu. Alang alang dah sorang camni, ajaklah kawan Hana si Dyana untuk join jugak. Dyana pun kaki buku juga. Kitorang selalu tukar tukar buku ;)

Pagi 13 Disember tu, Hana dan Dyana dapat bahagian kat Red Readerhood Section. Section ni untuk charity. Orang beli buku, the brand new ones, then buku tu masuk dalam kotak untuk didermakan ke orphanages/primary schools. Harga buku serendah RM2, semuanya buku-buku baharu.

Kerja kitorang tak berat pun kat situ. Berdiri kat kaunter buku dan setiap kali ada orang lalu lalang, kita cakap 'Books for Charity!' macam pekerja kat Sushi King sebut 'Irashaimase!' untuk sambut pelanggan tu. 


Yakini merah jambu. Free T-shirt for volunteers.

Memang pengalaman yang cukup berharga. Masa tu lah kita sedar yang sesetengah orang kita ni macam mana. Ada yang lalu buat donno aje, ada yang singgah sambil tengok buku untuk dipilih, ada yang bertanya pasal section tu.

Hana dan Dyana join volunteers lain makan tengah hari and lepas tu terus pergi solat Zohor. Surau kat MIECC tu kecik ya ampun! Kalah surau kat Times Square. Patut diberi ruang yang besar lagi. Dahlah kiblat tu menghadap pintu nak masuk surau tu :( susah orang nak masuk atau keluar dari situ.

Lepas solat Zohor kitorang sambung balik kat Red Readerhood Section tu. Habis aje masa, terus Hana dan Dyana masuk dalam dewan tu sebab nak cari buku. Takde makna Hana nak bawak luggage cam tahun lepas. Fulusnya takde (T_T). Mampu beli 4 buah buku aje, satu buku lagi untuk budak kecik Neesa tu. Mana taknya, awal awal lagi Hana beli tiga buah buku dengan DeBook Room.

Tapi alhamdulillah sebab dapat juga buku yang Hana cari ;) Amelia Grey's Fireside Dreams dan Vivien's Heavenly Ice Cream Shop yang dah selamat dikhatam, Another Way to Fall dan sequel for If I Stay, Where She Went. If I Stay Hana beli dengan DeBook Room, yang movie-tie in cover. Beli Where She Went kat BBW sebab nak jimat. RM8 satu!

Awal tahun depan kena asing awal awal duit untuk BBW, buat satu tabung tampal siap siap BBW 2015 Fund. Even apa yang jadi pun jangan sentuh :p ha ha. Betul sangatlah tu.

Till then.
Wassalam.

Thursday, July 10, 2014

612#Ai no Kotoba ~ Juadah Berbuka Ala Student :p


Selamat berbuka!

Kalau dah namanya student, memang kebanyakannya akan membeli makanan kat bazaar atau kedai-kedai makan. Plus kalau duduk kat hostel. Like me :p

So far Hana beli kat bazaar Ramadhan kat TKS ni. Kalau Kak Dijah (housemate) ada pergi bazaar kat luar tu Hana mengendeng la pergi sekali. Setakat ni merasa jugaklah pergi bazaar Ramadhan lain kat area Kajang dengan Bangi ni.

Hana akan limitkan pembelian tu dalam RM10 aje including nasi, kuih dan air. Cukuplah RM10 tu untuk setiap hari. Kalau beli banyak sangat makanan dan tak habis dah kira membazir dah kat situ. Seelok-eloknya elakkan pembaziran, ya dak?

Korang pula ada letak limit tak berapa RM yang akan spend untuk hari ni? Yang tengah cuti sem tu memang syoklah merasa homemade punya masakan (T__T) Sob3. Tak sabar nak balik rumah.

Sabar, sabar.

Huhu :p

Till then.
Wassalam.

nota : Dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan di Malaysia dengan pelbagai jenis makanan ni, ingat juga kepada orang yang tidak bernasib baik. Terutama umat Islam di bumi Palestine. Save Gaza. Syahid untuk mereka insya-Allah. Mungkin Allah nak kurniakan jannah untuk mereka sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin :)

Tuesday, January 21, 2014

595#Ai no Kotoba ~ Pelangi Selepas Hujan



Allah tak cipta kesusahan untuk menguji kita tanpa sebarang penyelesaian yang indah.

;)

Till then.
Wassalam.

Saturday, January 18, 2014

592#Ai no Kotoba ~ Syukur



Dah lafazkan Alhamdulillah sepanjang hari ini?

Syukur kerana masih diizinkan untuk bernafas hari ini.
Syukur kerana Dia masih beri kita peluang untuk cari jalan demi beratkan timbangan belah kanan di Padang Mahsyar nanti.

Surat Al-Baqarah ayat 152 : "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku".

Selalu sangat kita lupa untuk mengucap syukur kepada Pencipta kita. 
Selalu sangat kita ulang balik dosa yang kita buat. 
Selalu sangat kita lupa Dia Maha Pengampun.

Bersyukurlah sebab Dia Maha Mengampuni dosa-dosa kita, sama ada dosa kecil atau dosa besar. 

Kita dapat makan makanan yang sedap, dapat tidur di katil yang empuk, dapat luangkan masa dengan keluarga kita jadi bersyukurlah. Ramai lagi di luar sana yang mengimpikan untuk hidup dalam suasana yang aman macam kita. Insya-Allah.

Kanak-kanak di Syria kesejukan dan kelaparan padahal kita mampu tersenyum sebab dapat makan masakan ibu yang sedap dan tidur berselimutkan gebar tebal.
Kanak-kanak di Palestin menangisi kematian ibu bapa mereka sebab kezaliman Israel laknatullah padahal kita mampu bergelak tawa dengan ahli keluarga yang lain.

Maka, bersyukurlah.

Till then.
Wassalam.

Monday, January 6, 2014

587#Ai no Kotoba ~ Marriage Is Not For Me - Seth Adam Smith


Dah lama jumpa kisah ni tapi baru nak kongsi :) Hee. Oh ya, yang ni scheduled post tau, malas nak nyatakan aje. Ditaip pada malam 26 Disember 2013 ;)

Baca sampai habis. It's such a beautiful and lovely story.


Sumber : 9Gag

Hana tukar gambar asal, to a more appropriate picture. 

Hope you'll find something beautiful in it ;)

Till then.
Wassalam.

Sunday, October 27, 2013

563#Ai no Kotoba ~ Dahulu dan Sekarang




Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar, rasa nak kongsi di blog ni.

Hidup baru, novel baru, anime baru, pengalaman baru, semua!

Dahulu, cuma tahu subjek English, Bahasa Melayu, Matematik.

Sekarang, mula belajar subjek yang memang tak pernah belajar sebelum ni. Anatomy & Human Physiology, Philosophy, Clinical Laboratory. 

Dahulu, cuma berada dalam kelompok kecil. Dunia tidak seluas mata memandang.

Sekarang, dunia dah makin luas, makin ramai kenalan baru.

Dahulu, tidak kenal apa itu classical music yang menjadi halwa telinga orang ramai sejak beratus-ratus tahun dahulu, pandai layan lagu biasa aje.

Sekarang, makin suka classical music, makin bertambah koleksi classical music dalam playlist. Elgar's Salut d'Amour Op. 12, Scubert's Ave Maria, Franz Liszt's La Campanella.

Setiap masa, setiap saat, akan ada perubahan dalam hidup kita.

Setiap kali jatuh, berusaha untuk bangun. Kita tak akan jatuh untuk selama-lamanya. Insya-Allah, akan tiba masanya bila kita mencuba untuk bangun, kita akan dapat berdiri teguh selepas itu. Orang yang tidak berjaya dahulu insya-Allah boleh berjaya di masa hadapan kalau dia ambil iktibar atas apa yang terjadi sebelum ni. 

Salam Subuh :)

Till then.
Wassalam.

Friday, August 23, 2013

547#Ai no Kotoba ~ The Pending Coffee :)


I hope Malaysians can practice this too! =)

nota : Hana baru dapat blogging dan balas jejak sikit-sikit. Sorry kalau terlambat :D Hari Ahad till Rabu lepas password takleh nak enter kat netbook. Nasib baik abah pergi betulkan kat kedai :p Kenalah sindir berbakul-bakul dengan abah :p Hehe.

Till then.
Wassalam.

Thursday, July 18, 2013

538#Ai no Kotoba ~ Lazy...



Err...

Betul kot?

Hee :D Weekend's starting!

Till then.
Wassalam.

537#Ai no Kotoba ~ #Short | Writing Is...

*scheduled post - ditaip pada 14/7/2013*


Partially agree. Writing is my passion and I love telling story by using words on paper or blog instead of talking about it :P

Heart to heart?

Well, I guess so ;)

Till then.
Wassalam.

Friday, July 12, 2013

529#Ai no Kotoba ~ My Life Inside My Head

*scheduled post - ditaip pada 7/7/2013*


I can't deny more :P I've lots and lots of interesting stories inside my head. Well, I imagine them every day :P You?

Till then.
Wassalam.

Wednesday, June 5, 2013

490#Ai no Kotoba ~ Abah, Mama Mana?



Yeah, well said. He he :D

Teringat beberapa hari lepas. Hana keluar dari bilik petang tu dan nampak abah tengah tengok TV, teruslah tanya, " Abah, mama mana?"

And, memang taklah abah nak bagi direct answer (-__-) Ada ke abah jawab, " Mama kat Kajang tu."

Erk. Memang jawapan yang dijangka sebenarnya. Kalau tak pun mesti abah kata mama kat KB Mall, KB, KL dll tempat (-__-) Erghhh.

Nak dijadikan cerita, Neesa si bongsu pun tanya abah juga. He he. Banyak kali pula tu tanya, penat abah nak menjawab :P Ha ha. Sebenarnya mama pergi rumah jiran belakang rumah.

Balik aje dari rumah jiran, abah terus kata, " Mana mama, mana mama? Yang paling tua dan muda sama aje. Mama tak hilanglah." Abah tengok aje kat Hana dan Neesa. Kitorang dah tahan gelak. 

Mama pun gelak. Mama kata, " Ingatkan yang paling tua tu abah yang cari mama."

And yes, I laughed. Ha ha ha.

Betullah, kalau ada apa-apa mesti cari mama dulu :P Tak nampak mama depan mata pun mesti cepat aje tanya abah :P

Korang pun sama ke? He he.

Till then.
Wassalam.

Broaden News