About Me
19 Ogos 1994 (22)
Kota Bharu, Kelantan
Bachelor of Clinical Laboratory Science, Semester 6 @ UniKL MESTECH
farhanazukri@gmail.com
A student, freelance writer and blogger

Love Notes

Tuesday, May 23, 2017

693#Love Note ~ Rant from the Heart




Ya Allah lamanya aku tak post dalam ni. Nampaknya selesa guna 'aku' aje sekarang ni berbeza dengan my previous posts. Ada lagi ke blog readers? Tak kisahlah. Banyak benda jadi dari tahun lepas sampai sekarang.

Dekat setahun aku tungkus lumus siapkan thesis. Empat bulan cuti sem tapi bertapa kat rumah sewa aje sebab kena masuk lab tiap-tiap hari. Bila thesis dah nampak bayang masa depan yang cerah, dugaan lain datang pula. Mama pengsan kena stroke kali kedua. Empat hari terlantar sakit kat hospital, Allah jemput mama pergi. 2 September 2016, 10:25 pagi Jumaat. Hari yang paling aku takkan lupa. Tak pernah terfikir pun mama takkan sempat tengok aku graduate. Ingatkan nak manja-manja dengan mama masa start internship. Yalah, selama empat tahun belajar kat Kajang memang jarang balik. Alhamdulillah adik-adik semua ada. Kurang-kurang tak ada yang terkilan.

Tapi lagi terkejut sebab hujung minggu sebelum mama kena stroke tu aku balik rumah. Balik weekend aje sebab tak boleh tinggal lab lama. Dua hari sampai Kajang, dapat call daripada abah kata mama rebah. Terus book tiket tak fikir apa. Menangis aje tengok mama kat hospital. Padahal dua hari sebelum tu boleh gelak gelak dengan mama. Cepat sangat benda jadi. 

Al-Fatihah untuk mama. Tahun ni pertama kali puasa dan raya tanpa mama.

Alhamdulillah internship kat KPJ ni berjalan lancar. Banyak pula buku aku dapat habiskan sepanjang hampir empat bulan intern kat sini. Staff semua sporting habis. Nak mintak tunjuk ajar pun tak lokek ilmu. Thank you.

Beberapa hari lagi nak puasa. Tak tahulah nak rasa macam mana. Angan-angan nak puasa penuh kat rumah dengan mama hanya tinggal angan-angan.

Till then.
Wassalam. 


Reading Gives Us a Place to Go When We Have to Stay Where We Are

3 book page(s) ♥:

PeRdU cINta said...

SubhanaAllah...takziah ya...Al Fatihah...

sofie adie said...

Allahuakbar...
moga FZ diberikan ketabahan untuk melalui ramadhan dan syawal pada tahun ini dan seterusnya...

Alfatihah untuk beliau..

atiqah mutaza said...

takziah buat mama awak..inshaallah die dah tenang berada di sana rehat disi penciptaNya

All Rights Reserved by Haruno Hana ;)