Friday, December 6, 2013

572#Ai no Kotoba ~ Banjir


Isu banjir terutama di Kuantan dan Kemaman memang banyak di FB sekarang. Kesian dengan mangsa banjir, terutama warga emas dan kanak-kanak yang kesejukan di pusat pemindahan. Ada yang kena berpindah sekali lagi sebab pusat pemindahan yang asal dinaiki air.

Alhamdulillah kawasan rumah Hana tak pernah banjir walaupun dekat dengan kawasan Pasir Mas yang selalu banjir kalau musim tengkujuh macam ni :)

Dalam rumah (hostel) Hana ada sorang asal Kemaman. Kesian Rafee sebab kawasan rumah dia banjir. Cuma sekarang family dia kat hospital memandangkan ibu dia masuk hospital sebelum banjir. 

Harap harap kerajaan lebih peka dengan isu banjir ni. Katanya Malaysia negara terbaik uruskan mangsa banjir kan? Kalau dapat buat macam negara Jepun dan Thailand yang sediakan khemah plastik (yang comel kalau tengok Jepun punya) lebih elok. Dapat jaga privasi mangsa-mangsa banjir sedikit sebanyak.

Sudah sudahlah dengan perang politik. Waktu macam ni lah YB setiap kawasan patut turun padang dan usahakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan jagaan mereka.

Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita :)

Till then.
Wassalam.

nota : Tak sabar nak pergi Big Bad Wolf esok x) Insya-Allah kalau takde aral melintang ;)

2 comments:

  1. banjir makin teruk. berdoa pada Allah, supaya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. mmg sedih tgk keadaan mereka yg jd mangsa banjir..mg benjir cpt surut...dlm bab ni..semua kn bersatu hati mmberi bantuan

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)